eeeuuuwwww ~ air kencing

3:53 PM

haaa... tok sah dok eeeuuww sangat lah... hari ni jom sembang pasai kesihatan.. topik dia urine.. hek2... dah macam doktot2 plak.. sapa yang memang amek berat pasai warna urine hampa..? erti kata lain, ayaq kencing lah.. haa.. kita geng... aku memang amek berat pasai warna ayaq kencing ni.. sebab dari sini jugak salah satu cara kita nak tau yang kita ni sihat or tak.. ka hampa geli nak tengok.. semua orang sama ma.. cuma warna and bau je berbeza-beza disebabkan faktor pemakanan dan sebab2 tertentu... warna dia pun boleh berbeza-beza kadang2 atas sebab proses yang terjadi dalam tubuh.. tapi, kalau usually warna dia kuning cerah ke kuning coklat, kira ok lah tu... jom hari ni check maksud tersirat disebalik warna ayaq kencing.. tok sah dok penyegan sangat aih... naa.. naa...


  • Kuning cerah atau terang: Ini adalah warna air kencing ideal yang menandakan tubuh hampa cukup ayaq yang diperlukannya.

  • Kuning coklat: Warna ini menandakan tubuh hampa kurang ayaq. Boleh jadi, hampa ni kurang minum or memang malas untuk minum tapi banyak ayaq yang dok keluaq melalui peluh yang berlebihan. Hampa mengalami hidrasi tahap ringan. Cara untuk mengatasinya hampa kenalah banyak minum ayaq.

  • Kuning gelap: Warna ini berkemungkinan menunjukkan ada masalah pada organ liver atau hati. Mungkin terjadi kerana hepatitis atau masalah hati yang lain. Pi check doktot cepat...

  • Putih susu: Ini menunjukkan hampa mengalami jangkitan di saluran kencing atau terdapat batu karang.

  • Merah atau pink: Penyebab air kencing berwarna seperti ini adalah mengambil makanan dengan pewarna merah. Tapi, boleh jadi  adanya campuran dengan darah. Sebaiknya air kencing yang warna merah perlu pemeriksaan lanjut di hospital. Penyebabnya mungkin buah pinggang, sukan, atau aerobik yang semua itu boleh membuat kerosakan sel darah merah

  • Oren: kemerahan warna oren pada air kencing lebih disebabkan oleh pengambilan ubat atau makan lobak merah. Boleh jadi jugak sebab dehidrasi or tak cukup ayaq.. Pi minum banyak2 kaih..


  • Biru atau hijau: Banyak kes air kencing berwarna biru atau hijau kerana pengambilan ubat yang berkaitan dengan saluran air kencing. Atau air kencing warna ini terjadi dari pengambilan makanan dengan pewarna tersebut atau makan asparagus.


haaa.. dah tau kan maksud tersirat disebalik warna2nya.. satgi pi toilet, check la skali.. hehe.. selamat mencuba.. sekadar berkongsi untuk pengetahuan.. maaf kalau ada salah info sebab ceq tak amek course medic.. ceq amek engineering...

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored