MH370 : pray for them

11:19 PM

2 hari ni heboh pasal pesawat Malaysia Airlines yang hilang dalam perjalanan tu.. pesawat tu dari Malaysia nak ke Beijing... tak sampai setengah perjalanan pesawat tu dah tak dapat dikesan.. radar terputus hubungan.. GPS pun tak dikesan.. dan khabar terbaru mengatakan radar TUDM dapat kesan yang pesawat tu berpatah balik.. awat dia patah balik..? sampai mana yang dia patah balik tu kita tak tau.. masih dalam siasatan.. kalau nak ikutkan perjalanan depa baru sampai kat Laut China Selatan... penerbangan membawa seramai 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 orang anak kapal... Pesawat berlepas pada jam 12.41 pagi dan terputus hubungan dengan unit kawalan trafik selepas 2 jam.. mereka sepatutnya sampai di Beijing jam 6.30 pagi tapi tak sampai.. macam mana dengan nasib depa semua? hampa2 yang tak berkenaan janganlah post sesuka hati hampa kat laman media sosial.. hampa bayangkan lah yang dalam pesawat tu ayah hampa, mak hampa, adik bradik hampa.. pikiaq la sikit perasaan depa.. depa dah la dok sedih.. hampa boleh plak dok pi tambah minyak kat api.. sian la kat depa sama naa.. kalau betul depa hilang kat tengah lautan, Subhanallah... lautan itu amatlah luas... dengan kuasa Mu ja mampu menyelamatkan mereka.. semuanya mampu terjadi.. kun faya kun... cerita ini jugak ada dikaitkan dengan surah Yasiin.. (yang ni aku tak pasti.. sekadar berkongsi..) surah Yasiin mempunyai sebanyak 83 ayat dan pesawat terbabit hilang pada 8/3/2014.. minit 41 dan dari surah Yasiin ayat yang ke 41 bermaksud " dan satu tanda (kebesaran Allah) adalah bahwa kami angkut keturunan mereka dalam kapal yan penuh muatan" ...  Subhanallah... memang mati itu pasti, tapi bagaimana, bila kat mana dan caranya ja yang kita tak tau.. aku bukanlah nak bermaksudkan camtu.. tapi kita tak tau kan.. sama2lah kita berdoa.. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba2 Nya.. wallahualam ~

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored