Hari haram berpuasa

1:13 PM

Assalamualaikum.... tengah buat apa tuh..? dah  lunch..? eh.. sat2.. puasa..?? tahu tak semalam, hari ni dan esok adalah hari2 yang diharamkan berpuasa.... 3 hari ini adalah hari2 Tasyriq yakni tiga hari yang mengiringi hari raya haji... ini berdasarkan hadis sahih riwayat Imam Ahmad... hari2 tersebut adalah untuk kita bergembira (makan dan minum) dan tidak dituntut untuk berpuasa...

selain itu, kita juga diharamkan berpuasa pada hari pertama raya puasa dan raya haji.. seperti sabda baginda Rasulullah s.a.w,. telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidilfitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidiladha untuk kamu makan dari daging korban kamu."
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari

seterusnya hari syak yakni hari yang diragukan... contohnya, seperti hari yang ketiga puluh dan bulan Sya'ban yang tidak diketahui dengan jelas sama ada ia dan bulan Ramadhan atau dari bulan Sya'ban.

puasa hari Jumaat juga adalah haram jika tidak disertai dengan sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.. begitu juga dengan hari Sabtu.. harus disertai dengan hari sebelum atau selepasnya... namun, ini dikecualikan untuk puasa qadha dan puasa nazar.. Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu.


Hukum sang isteri berpuasa ketika sang suaminya ada bersama, adalah haram jugak melainkan jika sang suami bagi green light... sang isteri jugak dilarang mengerjakan puasa berlebihan yang menyebabkan dia men"cuai"kan tanggungjawabnya.. hehe




sharing is caring maaa....

You Might Also Like

4 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored