Allah Penyembuhku, Wahyu Ubatku

8:29 AM

Tanyalah Ustaz siaran (15 February 2015) daripada Ustaz Sharhan Shafie

* mintak maaf andai kata ada terkurang dalam penyampaian ini.. yang buruk itu datangnya dari saya sendiri dan yang baik itu datang dariNya..
* semoga ini dapat memberi manfaat bersama...


Ayat yang menyatakan bahawa Al-Quran ini ialah penyembuh:
Surah Al Israq ayat 82 yang bermaksud: Sesungguhnya aku turunkan Al Quran itu sebagai penyembuh kepada orang2 beriman

Macam mana nak buat Al Quran tu ubat:
 i) letak tangan kat dada: baca ayat2nya
 ii)  jampi di dalam air



Bagaimana pula dikatakan air itu ubat?
Nabi Ayub pernah menghidap penyakit barah selama 40 tahun. Lalu Allah swt menyuruh baginda menghentakkan kaki ke bumi. Maka keluarlah air dari perut bumi. Allah menyruh Nabi Ayub minum serta mandi dengan menggunakan air itu. Nabi Ayub mengikut suruhan itu dan sembuh dari segala penyakit. Allah kembalikan harta benda baginda yang musnah dahulu.

Al Fatihah tu sebagai ubat...??
Surah Al Fatihah ni memang cantik.. didalamnya terdapat 7 nama yakni pembukaan, umul kitab, alhamdu segala puji pujian, 7 puji pujian ruqyah jampi, al kanzu khazanah, al quran nulazim

Bagaimana hendak berubat dengan Al Fatihah?
Pernah cucu Rasulallah s.a.w demam. Lalu baginda mengambil segelas air, membaca surah Al Fatihah dan menghembusnya ke dalam air dan kemudian memberi kepada cucunya untuk di minum serta di sapu di badan. Alhamdulillah suhu yang tinggi tadi turun.

Apa hukum pagar rumah dengan garam lada hitam?
Boleh guna bahan yang Allah turunkan untuk berubat namun haram jika kita beriktikad barang2 tersebut boleh menghalau jin. Ini berbalik kepada pegangan kita. Kita sudah berikithiar, segalanya tawakal kepada Allah.

Untuk menguatkan rahim: minum madu.. (Jangan berputus asa, kerana sifat ini ialah sifat mazmumah dan sifat mazmumah ialah sifat syaitan..)

riwayat hadis dan muslim ya

You Might Also Like

1 comments

  1. itulah pengangna dan kepercayaan yg patut kita pegang..nice sharing

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored