Rayo Cino kek Gunung Jerai

5:58 PM

Assalamualaikum..... Pagi Khamis, lepas solat subuh, aku menepek kat ibu sambil main2 isyarat mata.. then, bagi abah tiga pilihan... a) Bukit Bendera b) Gunung Jerai c) Cameron Highlands.. tapi, even though pi Cameron, kena amek masa dalam sehari sebabnya, hari Jumaat, ibu kerjaa.... T_T

So, abah memnuat pilihan yang tepat yakni Gunung Jerai... sebabnya antara ketiga-tiga pilihan yang aku bagi, cuma yang ni yang memang kami tak pernah pi lagi.. by the way, adik baru sampai pagi tu dalam jam 0200..

Paksa adik bangun and mandi sebab nak pi "makan angin".. hehe... gerak dari rumah dalam jam 0900.. abang tak mau pi sebab dia baru balik kerja and malam nanti dia kerja lagi.. so, bubye abam.. hehheh..
Dengan tak breakfast nya kecuali abah, perjalanan bermula.. trafik berjalan dengan lancar sepanjang perjalanan.. alhamdulillah.. untuk ke Gunung Jerai, hampa kena exit dekat Gurun, Jeniang, Sik ye... jangan terlajak pulak... kang jauh nak patah balik...

Exit ja dekat Gurun jumpa simpang tiga.. dekat sini ada satu signboard yang menunjukkan arah ke Gunung Jerai... itu pun signbiard, Hotel Regency... adeh! yang ni paling tak syiok.. tempat peranginan tapi tak dak signboard.. acano...?? lepas tu terpaksalah aku menggunakan khidmat maps sebab aku tidak berapa percayakan waze.. haha... itu pun berpusing2.. memang tak dak langsung signboard.. urghh!

Dari simpang 3 tadi straight ja sampai jumpa pasaraya Aneka.. depan tu ada flyover.. naik flyover tu yakni straight jaa... turun dari flyover ada simpang tiga lagi.. yang mana opposite hampa ada post office.. sepatutnya kena amek kanan, tapi sebab ikutkan si maps ni, kami telah amek kiri... huh! geram punya pasai, meh sarapan dulu.. lapaq dah ni... dalam hai dah plan, nak nasi lemak, sambal kerang, telur goreng... tapi, bila sampai kat gerai tu, tengok nasi campuq punya lauk dah siap.. awai lagi masa tu.. aku tak berapa ingat jam pukoi berapa.. tapi dalam pukoi 10 lebih...

Nasi campoq pun nasi campoqlah... lepas dah bayaq, tanya pulak kat tokey kedai tu macam mana nak ke Gunung Jerai... bila segalanya dah berada didalam tangan otak, mari teruskan perjalanan... kalau petua yang diberi, straight sahaja tanpa ada belok2.. jumpa orang jual jagung bebanyak.. jumpa bawal goreng famous, terlajak laris... hahaha... then baru ada signboard untuk ke Gunung Jerai... yang ni hampa kena belok  kiri lah naaa.... sampaiii ~~~~

Ada kawasan parking yang luas dan kelihatan begitu banyak kenderaan.. cadangnya nak naik dengan kereta sendiri jaa.. tapi, bila abah sembang dengan sorang pal cik ni, dia pun ceritalah... dia kata, kalau naik van dia RM60 sahaja.. two way okey ~ tapi, kalau kereta rosak, nak tarik turun bawah kena RM400 + pukoi 8 malam baru boleh turun... mendegarkan risk tersebut, abah decided untuk naik van sahaja.. ye lah abah ~

Pengembaraan bermula.. * dah macam cerita Upin & Ipin dah..* aku dok paling belakang sekali.. duduk sorang2 boleh terbang dengan bebas.. ibu and adik dok part tengah while abah sebelah driver... dari tadi asyik dok cerita, mesti hampa tertunggu2 gambaq kan... jom!


macam ni lah qhupanya kat kawasan parking tuh...



baru gerak dari kawasan parking




signboard pertama.. yeay! manage to captured!



sepanjang perjalanan.. jalan dia memang ngam2 untuk dua buah kereta.. satu untuk turun, satu lagi untuk naik...



horror....??? jangan tak percaya ini adalah sebuah restoran... beroperasi pada belah petang sehingga ke malam...



ada banyak part jalan dia macam ni... selekoh tinggi then depan ada selekoh lagi...



hijau mata memandang... sejuk ~~



ini kali ke berapa entah jalan yang macam ni... 

Sepanjang perjalanan memang jumpa ramai orang nak turun selepas hiking.. yang sedang mengayuh basikal untuk tiba di puncak.. yang hendak turun... memang ramailah.. pangkat pak cik2 pun ramai... tabik spring lah aku.. kalau aku, aku tolak je basikal tu.. tak mampu den.. jalan pun entah berapa kali nak berhenti entah ~ ohh!! rindunya nak hiking lagiii....

Jarak perjalanan ke atas lebih kurang 13km mengambil masa berapa lama ea... entah ~ aku sibuk tengok kiri tengok kanan, jam lupa nak tengok.. adeh! alhamdulillah sampai dengan selamatnya walaupun ibu mengadu tak selesa.. tempat kat tengah tu macam sempit sikit... sebab tu kat belakang luaih nak mampoih.. * merujuk kepada keadaan yang terlampau luas.. err... metafora sangat pulak dah... *



kakak, pinjam fon.. nak amek gambaq bunga.. nah.. untuk tatapan hampa...



bawah tu bendag.. tapi dah tak hijau or kuning sebab depa baru lepas menuai...  



belah kiri tu pulak laut.. subhanaallah ~ saujana mata memandang....



Regency Hotel.. tumpang amek gambaq sat naa... sebenaqnya ada banyak gambaq aku kat sini.. sebabnya, Dikdik ni suka sangat snap bebanyak.. terkadang tu aku ingat dia tak amek gambaq lagi, so maintain pose yang sama ja.. bila dia bagi balik camera/ phone... grrr...! rasa nak marah ja... 10 pose yang sama ja semua... huh!



Ibu nak jugak dengan lavender.. mihmihmih



ku ukir namamu di atas Gunung Jerai.. bersaksikan daun-daun nyiur melambai... eh... tak do pun pokok nyoq.. nipu ea.... heeee



kedah.. kedah pantang kalah...
walau sakit jatuh dan rebah..
lagu peberet masa jadi orang Kedah dulu... 





bunga ni yang warna merah lagi cantik.. seronok pi bertapa bawah pokok ni.. sekali ada akak tu lalu.. dik, yang merah ni lagi cantikk.. baru perasan, yang ai dok pi bertenggek ni warna pink padahal memula target warna merah... T_T




ate.. name pun Royal Villa.. ni untuk kerabat sahaja okeh! ada satu part tu, langsir dia terselak.. ternampaklah keindahan didalamnya.. memang cantik walaupun kulihat dari jauh...



my "royal"


ni kat swimming pool.. part paling belakang kat sini.... tepi tu ada playground and is surrounded by the chalet..



tumpang gedik sat.. hehe




Trademark.. kenapa gambaq Dikdik tak dak....?? dia yang tak mau.. penat dah pujuk.. jangankan kakak dia.. macam rimau yang tak tolak bangkai... hahaha...



chalet bahagian depan.. cantikkk....



my sayangness kuasa 2...





ni boleh dikatakan menu yang ada disini... 




banyak ja kenderaan... musykil ~~~





abah, dikdik and me decided untuk tengok Telaga Tok Sheikh... ibu tak mau ikut sebab dia dah tak larat.. bab shopping larat, other than that, totally no...



jalan menghala ke Telaga Tok Sheikh.. kena turun bukit.. ada part yang macam 90 degreea ala2 Bukit Beruang.. how I miss those things... nasib baik ibu tak ikut, kalau tak.... ish ish ish...

sampai dah... actually telaganya sudah ditutup sebab takut aktiviti2 yang idak diingin berlaku.. cuma ada slauran paip sahaja... kebetulan ada jumpa sorang akak ni dengan anak dia tengah makan while husband dia tengah tadah air telaga.. dia pun mulalah bercerita tentang khasiat air telaga ni... banyak jugalah khasiatnya.. sembang punya sembang sekali termasuk topik pasal van. dia cakap, minggu lepas ada orang naik van jugak, kena charge RM30 ja... foremen ada ja dalam setengah jam or sejam dok lalu2 kat situ... dia dah berulang dari Baling ke situ nak masuk 2 tahun ja.. alhamdulillah tak ada apa pun yang berlaku kat kereta dia.. dia just naik Proton Saga yang lama jaa... akak tu cakap, saja ja pak cik van tu cakap macam tu sebab nak bagi bisnes deme laku... orang yang tak biasa macam kami, mesti terkono... 




akak tu cerita lagi, kat Pasang Tok Sheikh tu ada orang dok bertapa.. dia macam kawasan yang lapang, tapi dah siap bentang sejadah... kebetulan masa kami nak gerak dar telaga tu memang ada jumpa 2 lelaki berjubah putih dan seorang perempuan berpurdah.. dan laluan dia atas ni menghala ke chalet dekat swimming pool... 

sepanjang perjalanan turun ke bawah, abah memang tak cakap langsung dengan pak cik tu... pak cik tu cakap pun, abah buat endah tak endah jaa... abah kata, in case dia tanya pasaipa, nak la jugak abah bagitahu ketidakpuasan hati yang tengah membara ni.. tapi, dia tak tanya pulak... sebelum nak naik tu, abah ada try nego harga dah dengan pak cik tu.. tapi, dia tak mau bagi... tak sangak pulak tragis punya kesudahan.... sobbb... tak dak rezeki kan...







Sekian sahaja dari kami dari puncak Gunung Jerai... jumpa lagi dalam cerita berikutnya di Ladang Anggur, Tasik Berris.... mihmihmih

You Might Also Like

2 comments

  1. biasa bila sebut gunung je mesti perlu mendaki...yg ni special boleh mendaki dengan kereta hikss...

    seronok kan cuti2 dapat luangkan masa bersama parentni tapi Firah 2 beradik je?

    ReplyDelete
  2. adus pakcik.. napela buat cemtu.. dok baik.. kan skarng ni da kena review.. nanti org cam pakcik tamo naik da T.T

    last CT pegi time sekolah rasanya. hotel tu xdak lagi. naik ngan kereta juga tp mmg curam. asal selekoh aje kena hon..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored