Talkin terakhir..

11:30 AM

Assalamualaikum...
Entah betul ke idak tajuknya tu.. Sebenarnya kan talkin dibaca untuk orang yang hidup supaya beringat tentang kematian.. Betul tak..? Correct me if I'm wrong..
Semalam, first time solat jenazah.. Tak pernah rasa pengalaman tu.. Selalu tengok dalam tv, lelaki sahaja.. Rupanya, perempuan pun ada.. Kebetulan, dekat Masjid Sg Ara semalam ada kuliah maghrib.. Jadi, ramailah makmumnya..
Jenazah sampai lepas maghrib, bukan lepas isyak.. Aku pun tak dapat tengok muka arwahyarhamah untuk kali terakhir.. Memang masa di dalam liang lahad, kain kapan diselak.. Tapi, position aku yang membelakangkan jenazah, memang tak nampak..
First time jugak berada di tanah perkuburan sewaktu jenazah dikebumi.. Dengar talkin.. Masa arwah tok belah ibu and wan, aku dok kat rumah ja.. Masa arwah tok belah abah, aku tak balik sebab ada presentation projek final..
Sewaktu talkin dibaca, Allah! Rasa lain macam.. Darah serbu ke otak.. Banyaknya dosa-dosa ku.. Tak tahu sama ada telah diampunkan atau tidak... Ya Allah... Takut sangat time tu.. Dengan persiapan diri yang tak semena.. Sikitnya yang aku persiapkan.. Insaf ~~~
Semoga roh arwah tok ndak, Kalsum binti Zauyah tenang disana...

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored