D Siblings Holiday .:. Pulau Perhentian & Pulau Redang PART 4

4:25 PM


Assalamualaikum....

Cerita bersambung.. last entry sebelum cerita bertukar...

Malam semalam, yakni malam BBQ, Remy dah pesan.. katanya esok (Ahad) boat esok jam 0900.. so, bangun pepagi, kemas barang then terus gi sarapan.. pagi ni punya sarapan, bihun goreng and roti bakaq.. abang and me kedarah roti bakaq ja.. sedap tau.. awat selera sakan sangat ni... adik pulak makan bihun goreng and korek-korek isi dalam bihun tu.. budak tu lagi sakan makannya.. dia kata, kalau dia duduk lagi lama kat sini, lagi gumuk lah dia... mak cik tu masak memang sedap oi...

Boat delay sikit pagi tu sebab Remy bangun lewat.. dia cakap, dia tdow lewat semalam.. haha.. dia nipu.... dia tdow awal sikit dari iolls.. mana iolls tahu...?? kan kitorang lepak sekali.. then, dia cakap dia nak beransur, dah ngantuk... tapi, dia still WhatsApp iolls, and last sekali dia hilang.. hehehe..

Pagi tu jugak berhenti kat 2 tempat untuk ambil orang.. penuh la jugak boat.. alhamdulillah, ombak tak kuat jugak... so, tiada manusia yang mabuk laut jugak... iolls dah booked tiket bus since day first iolls sampai sini lagi... ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tiket habis yang tidak diingini berlaku... iolls ambil bus jam 1100.. tak nak awal-awal sangat takut tok dan... nanti, ada jugak yang menangih kat situ an..

Jom nikmati gambar sekitar jeti Kuala Besut...












Sebab sampai awal, kami duduk dalam 7E kat pekan tu.. tak dak aktiviti pun.. then duduk kat jeti pulak sambil menunngu jam menghampiri ke pukul 11... nak ambil gambar dengan Remy tapi tak sempat pulak... ni nak cerita sikit pasal pakej ni...
Ada dua pakej yang ditawarkan...

1. RM280 (3 hari 2 malam)
- snorkelling (Perhentian Island, 5 point kalau tak silap)
- makan sepanjang disana *memang fantastic
- penginapan (kipas) *untuk air-cond sila tambah RM50/ pax
tambang boat pergi dan balik

2. RM350 (3 hari 2 malam)
- snorkelling (Perhentian Island, 5 point kalau tak silap) *sama dengan pakej dia atas
- snorkelling (Redang Island & Lang Tengah)
- makan sepanjang disana *memang fantastic
- penginapan (kipas) *untuk air-cond sila tambah RM50/ pax
tambang boat pergi dan balik

Iolls rasa pakej ni sangat berbaloi.. bila iolls total balik semua, memang pakej ni memang best lah.. macam mana iolls total...?? iolls tengok senarai harga kat sana and total up semua... so, iolls yakin iolls telah buat keputusan dengan bijak.. heee... sebab iolls lupa mana iolls letak name card Remy, kalau uolls berminat nak pi jugak, uolls contact la iolls.. nanti iolls tolong adjust.. hehe...

Sekitar 7E and jetty ~~ 






Haaa... yang baju putih tu Remy.. mana lah tahu ada rezeki hampa pi under dia, senang dah kenai yang mana satu tuan empunya diri... seluaq belang-belang tu pulak Ayu.. ingat lagi tak iolls cerita pasal dia..?? tak ingat..?? sini baca...




Lebih kurang jam 2000 sampailah di Butterworth.. tamatlah percutian D Siblings buat julung kalinya.. tunggu next trip ya ~~~ dalam perancangan...

You Might Also Like

6 comments

  1. Seronoknya ampa jejalan... hakak ni tak tahu laa bila plak rezeki hakak nak pi jejalan sinun...

    ReplyDelete
  2. bestnya.. tak penah lg ke sini. kalau ada rezeki boleh diving kt sana. laut cantik ! :)

    ReplyDelete
  3. Kak Sha .:. in sha allah.. kalau dah tertulis itu hak akak, pasti punya.. hehe

    AM .:. haah... ada lesen diving ea..?? seronoknya....

    ReplyDelete
  4. Assalam siti,
    la
    murah laaaaaa tu
    makan tidur jalan3
    semua include

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaa !! macam pakej ngan redang tu skali pun best..
    n blik nak yang ekon hahaha.. kena sejuk2 baru best.. sharian dah berjemur kan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored