ESCAPE PARK PART 3

5:53 PM


Assalamualaikum.. Hello lovely Friday ~~~
Alhamdulillah.. bernafas lagi hari ini...

Seketika dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di Sabah.. harapnya tiada kemalangan jiwa yang berlaku.. *tak uptodate sangat iolls ni.. tunggu berita malam nanti ye...*

Nak sambung lagi cerita hari tu... kalau last entri dah habis cerita pasal monkey business... kali ni nak cerita pasal our business pulak... ehh.. selepas kepenatan membakar lemak di monkey business, haruslah kehausan yang tak terhinggakan.. so, decided untuk chill sambil minum.. ingin diingatkan kembali yang tiada makanan serta minuman luar dibenarkan.. maka, kenalah beli didalam.. untuk hari tu, beli air mineral sebotol yang berharga RM3.++ dan sebotol minuman isotonik berharga RM4.++...  itu yang botol kecil ye, yang besar, iolls tak tahu.. so, total untuk dedua botol RM9.++ .... kau rasa..??? ni kalau kat luar, confirm tak beli.. sebab tekak memerlukan betitis-titis airlah yang memaksakan diri untuk membeli.. sambil beli, sambil nangis.. boleh...????

Lepas dah chill sikit, jom sambung aktiviti lain lagi ye... sebenarnya, banyak lagi aktiviti kat sini selain dari monkey business...




Muka merah bukan sebab blusher buatan hokey ~~ blusher original.... iolls memang jenis yang kalau penat, muka jadi merah... bukan iolls nak cakap iolls putih, tapi itu memang fact.. hek hek...





Ni antara aktiviti lain yang disediakan disini... model-model itu berkhidmat secara percuma ye.... siapa berminat untuk hire mereka, boleh tinggalkan nombor telefon di kotak komen dibawah.... heee....

Atenye, selepas hilang penat dan lelah, aktiviti berikutnya ialah flying fox.. kali ni, flying fox dalam hutan... uolls kena merentasi tapak taman ini dari kiri ke kanan.. uolls rasa, uolls mampu.. sebelum nak sampai kat flying fox tu pulak, ada beberapa obstacle jugak.. ada yang lebih kurang macam dekat monkey business, ada yang lain sikit.. meniti atas cable sambil pegang cable.. sakit ooo tapak kaki yang tu... kaki iolls kan besau, mana nak hadap cable besau tu... haaa.... nanti kat Padang masyar, ntah cane ntah kan....

Nak menuju ke station flying fox tu kena mendaki anak tangga.. agak tinggi jugak.. tapi sekeliling dia pokok-pokok.. dah kata, flying fox dalam hutan.. dah tentu nak menuju ke station nya pun kena lalui hutan....




Masa ni, Kak Aida dah tak larat nak panjat anak tangga.. membebel dia kenapa anak tangga banyak sangat.. hehehe... iolls, maintain sihat dan kuat.. biasalah, tuan punya blog memang nak nampak hebat.. hahaha..

Ehhh.. tak caye lak yang iolls cakap iolls maintain sihat dan kuat... nah payung satu gambar..




Dan lagiiiiii....




Nampak anak tangga yang iolls dah tinggalkan...??? hado lagi yang belum didaki...




Kat sini, sangat nature... memang tak dengar bunyi kenderaan.. nampak signboard...?? no transportation here... hokey ~~~




Rumah-rumah yang comel ni, iolls rasa tempat berehat untuk cleaner kat sini.. sebabnya, masa iolls berada dihadapan rumah ni, ada satu cleaner cakap boleh masuk.. iolls dengan tersenyum lebar dan hati yang sangat teruja terus menggapai tombol pintu.. namun, kekecewaan melanda disebabkan pintu itu berkunci.. lalu, iolls berteriak manja kepada cleaner tadi...

iolls .:. tak boleh punnn!!! 
cleaner .:. boleh... 
iolls .:. kunciiiiii....!!!
cleaner .:. ada kunci...
iolls .:. mana...??!!
cleaner .:. ini.... *sambil menunjukkan segugus kunci serta mula mengorak langkah menghampiri iolls....*
iolls .:. ehh.. tak pa lah.. nak naik atas..... *dalam hati, dah cuakkk...!!!*




Baju dah jadi dua tone disebabkan peluh yang mencurah-curah... tahap kemasaman..??? haruslah maximum tahap sederhana... kalau maximum, lari balik dah iolls.. seganlah dengan orang sekeliling kalau bau sendiri dah macam bangkai.. hek hek...





Lagi dan lagi rumah-rumah comel ini... still tak nampak station kat ataih tu kan...?? sabor je lah yeop... ~~~ panjat lagi....

Cukup dulu sampai sini.. ada mission nak incomplete ni.. nanti iolls sambung lagii.....


You Might Also Like

5 comments

  1. Assalam siti,
    asai baca entry escape park ni ahkak mesti semput :P

    ReplyDelete
  2. hahaha yeeee hazab sangat tangga kat sana..
    memang seksa.. kami pun brenti beberapa kali nak amek nafas..
    makanan mmg mahal.. tp kalo dah shari suntuk kat situ.. mmg trpaksa lah beli jugak.
    kang dok main2 game pengsan lak x makan kan..

    ReplyDelete
  3. Kak Sha .:. hahahaha.. lawak lah akak ni...

    Siti .:. tu lah.. tapi hari tu kami tak makan pun... since kami ni time penat, jenis tak lalu makan... hehe...

    ReplyDelete
  4. muka tahan panas merah jambu ya...

    ReplyDelete
  5. azab2 pun naik jugakan.. muka awok flawless

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored