Iftar with ibu & abah .:. Nash Donut, Perda

12:12 PM


Assalamualaikum....

Okeh! tak mau lagho bebanyak hari ni since dah terlepas nak up entri semalam... and Ahad also.. haih ~~ cerita hari ni pasal iftar dekat Nash Donut, Perda.. biar pun kita sudah memasuki bulan Syawal, aku masih ke udara dengan topik iftar... *geleng-geleng kepala...* it's okay.. you can still eat even bulan tak puasa sebab dekat Nash Donut, Perda dia tak spesifik kan bulan apa hampa nak makan kat sana...

Plan asal nak makan dekat Kapitan, Perda.. dah lama oi tak pekena beriani dia tu.. teringat-ingat pulak.. tu pun, masa on the way dok berkira-kira nak makan beriani lauk apa.. kambing or lembu since ibu, abah and me dah tak makan ayam... tak tahu ea..?? okey... baca sini Ayam Al Toyibah, Kulim .:. Ayam halal dan segar...

Selalu dalam menu kami makan, kami akan change ayam to daging or sometimes cakap tak nak lauk.. macam tu lah kan.... back to our plan... plan bertukar sejurus sahaja memasuki simpang menghala ke Kapitan.. kedai pertama yang kelihatan selepas memasuki simpang tersebut ialah Nash Donut.. then, suddenly ibu cakap, jom makan kat sini je lah.. kita pun tak pernah makan kat sini even kedai ni dah bertahun-tahun lamanya.. asyik beli donut and roti/ pastries ja...


Konsep order kat sini, tengok menu.. amek kertas, tulis sendiri nak makan apa.. then, panggil dia datang amek kertas tu... disebabkan ibu terlampau lapaq, beberapa kali dah ibu panggil dia even aku and abah tak siap tulis order lagi.. *geleng-geleng kepala... ibu memang that type of person.. mahap ye..*

Menu adalah seperti berikut .:.







And... this is what we have chosen...




Ice blended cappucino for me.. ibu order air suam while abah hot tea...




Nasi goreng kampung for abah




Nasi goreng sotong for ibu




nasi goreng USA for me... 

Kuah USA ni sedap wey.. tak tipu.. abah and ibu asyik cedok kuah from my pinggan.. ai is the tak kisah... memang sedap.. hampa kena try ni weh... abah and ibu punya pun nice jugak... tapi, nasi goreng ibu and me macam lebih kurang sama ja.. the difference is ibu punya digoreng extra added with sotong... mine, ada kuah USA... ehhh.. tapi an, ada aku kisah.. janji kuah USA tu sedap... aku terjebak makan nasi goreng USA ni pun setelah diajar oleh someone dulu... dia cakap, nasi ni cukup sifat.. ada nasi, ayam/ daging dengan telur goreng.. tak payah nak order extra telur goreng.. heh heh.. aku pun terpedaya...

Overall, memang puas hati lah dengan service semua... sebab kami memang jenis datang kedai selepas solat maghrib.. jadi, peak time pun habis.. boleh makan dengan selesa.. orang pun tak ramai.. tiada hiruk pikuk... 

  

You Might Also Like

5 comments

  1. ehh ada jugak menu macam nih.. nanti boleh cuba laa..

    ReplyDelete
  2. iols ingat ni kedai makanan mamak hahaha..
    banyak ye menu2 diorang..

    ReplyDelete
  3. eh...ada menu lain ka?igt ada donut ja

    ReplyDelete
  4. lama xmakan sini.. last bln 2. sedap2 donut dan roti setanding donut kt QB tu

    ReplyDelete
  5. Assalam zaf,
    rege dia memang murah yer

    pssstttt : ooooo orang USA soka telor mata noooooo :P

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored