TPM baru Malaysia berkuatkuasa 29 Julai 2015

3:51 PM


Assalamualaikum...

 

Google

Topik panaih lit-lit, topik hangat, topik yang sedang sibuk diperkatakan untuk hari ni... rombakan kabinet telah diadakan..bila..??? aku tak pasti.... tapi, hasil rombakan nya dah keluaq tadi.. since I'm on leave for today, dengan jayanya aku telah terpacak di hadapan Astro Awani.. channel yang paling rare untuk aku sendiri yang bukak...

Setelah diumumkan oleh PM kita sebentar tadi, gerangan yang bakal menggantikan Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin ialah Menteri di Kementerian dalam Negeri, yakni DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau juga dipertanggungjawabkan di dalam kemeterian yang sama... DS Najib pula dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Keewangan..

Ada rombakan lain jugak tapi aku tak berapa perasan.. al maklumlah.. nama menteri pun tak hafal, ingat... dok menghafal pagi tadi ja.. tu pun sebab nak masuk periksa.. *apa nak jadi ni..??* yang aku perasan Dato Ahmad Shabery and Menteri di Jabatan Pertanian yakni DS Ismail Sabri telah berubah posisi.. ecehhh.. macam main bola pulak gamaknye ye.. DS Ismail Sabri bakal menggantikan DS Haji Mohd Shafie Haji Apdal sebagai Menteri di Kementerian Wilayah Luar Bandar... Dato Ahmad Shabery pulak, tak pasti di kementerian mana..  

Menteri belia dan sukan, menteri kesihatan, menteri pengangkutan, menteri pelancongan, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, menteri pertahanan,kementerian perdagangan, kementerian tenaga, teknologi hijau dan air, kementerian perladangan dan komoditi, KPDNKK, kementerian kerja raya, kementerian sumber manusia, wilayah persekutuan seingat aku tiada perubahan... alasan untuk rombakan ini ialah sebagai langkah persiapan awal untuk pilihanraya yang akan datang... tahun..?? maaf.. aku sendiri tidak pasti...

Bagi aku, Tan Sri Muhyiddin telah menjalankan tanggungjawab yang baik sewaktu memegang tampok pemerintahan aka pemegang amanah.. aku suka ja tengok dia.. maybe sebab wife dia bertudung... ehh.. jangan pandag remeh bab tu.. maybe hampa cakap, ala.. suka sebab pakai tudung je kot.. orang lain pun pakai.. nak jadi pemimpin, kena bermula dari rumah.. kalau keluarga sendiri pun hampa tak mampu untuk memimpin, apatah lagi berjuta-juta rakyat di luar sana.. sekurang-kurangnya Tan Sri Muhyiddin telah menunjukkan satu sifat kepimpinan nya... hampa ada...?? hampa mampu...??? terima kasih Tan Sri Muhyiddin atas jasa yang anda telah taburkan... DS Najib juga ada menyatakan yang beliau boleh menerima kritikan dari rakan sengakatan, namun janganlah di tempat awam kerana bakal menjatuhkan nama baik kerajaan.. ehh... hampa kalau nak kutuk aku, kutuk depan-depan ye.. no no guna social media.. I don't like... heee...

Tahniah kepada DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.. semoga beliau akan membawa kita lebih baik dari hari semalam.. ye lah... sapa nak stay pada tempat yang sama..?? sapa yang nak duduk selamanya pada kegelapan.. kan..??? semua orang nak move on.. ohh.. maybe ada yang suka tinggal dalam kegelapan... tapi tidak bagi aku dan orang-orang yang senantero dengan aku.. semoga DS Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugasnya dengan amanah dan saksama.. ecehhh... macam ye2 DS2 di atas nak baca blog kau Zafirah... 

 

You Might Also Like

6 comments

  1. amboi...entri panas lit lit dia bg

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh.. terkejut tengok geng #bloggerutara dok sembang...

      up satu entru.. hehe

      Delete
  2. Assalam zaf,
    OK fine
    uols cotik harini
    bye

    pssssttt : akak tukor nama panggilan uols yer :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... hehehe.. bergumbira di rumah ni..

      Psstttt .:. tukar lahh.. ^_^

      Delete
  3. husna pon kena paksa igt nama2 menteri ni time sek men dlu.. sbb nak kena masukkan dlm karangan jadik bombastic gittu..:p skarang dh abeh tak igt laa..XD

    ReplyDelete
  4. vavavahhhh... erkkkk no komen lah...bole???? agagaga

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored