TEMPAT MAKAN BEST Di Georgetown | AB Cafe

11:10 PM

TEMPAT MAKAN BEST Di Georgetown | AB Cafe


AB Cafe tempat makan best di Georgetown // Hari tu berkesempatan untuk lepak bersama geng-geng otai.. dan terasa sangat gumbira bersama sebab banyak sesi sharing.. ye lah... aku ni mula daripada zero and maybe one day become a hero.. acehh!

Port pilihan kami pada hari tu ialah AB Cafe, Jalan Argyll, Penang.. memulakan operasi nya pada bulan March 2015... ia diilhamkan oleh seorang pereka 'fashion' bernama Aini Bakker yang sangat meminati cafe... berkonsepkan hitam putih yang menampakkan konsep dirinya sendiri yakni simple..

Ketibaan kami disambut dengan hujan gerimis.. arghh.. syahdu.. AB Cafe adalah bersebelahan dengan Pejabat Utusan ye.. kalau hampa tau kat mana lokasi pejabat Utusan, mesti hampa tau jugak AB Cafe ni... since Penang mempunyai banyak cafe seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, AB Cafe pun adalah antara salah satu daripadanya.. ^_^






How does AB Cafe looks at the first sight..? what do you think...?? sangat simple kan..?? the deco is not too crowded.. yeah ! sesedap mata yang memandang..




Jangan datang pukul 3 semata nak cari western cuisine pulak ye,... western at AB Cafe start at 6 pm.. so, plan your time before coming... variety of menu is it..?? let's have a try... yang mampu je lah, yang tak mampu, next time datang lagi...

Bukan menu 'western food' sahaja disediakan tetapi terdapat menu masakan tempatan juga disajikan disini.. cafe ni juga mendapat mendapat sentuhan daripada 'chef' yang merupakan anak kepada pemilik Tari Cafe yang terkenal dengan burger menarinya... alah ~~ buat-buat lupa pulak dah hampa ni... semua hidangan ini dicuba terlebih dahulu oleh pemilik cafe sebelum disediakan buat pengunjung...

AB Cafe di argyll road georgetown penang, western food cafe, AB Cafe,
AB Cafe, Argyll Road, Penang

Lokasi AB Cafe

Again, highlighted, AB Cafe ini terletak berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear dan Roti Canai Argyll Road.. lokasi yang mudah untuk ditemui.. serius tak susah.. AB Cafe juga terletak bersebelahan Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad... *tadi kan den dah kobar..*



Senarai menu yang disediakan di AB Cafe

Ini adalah antara menu yang disajikan jika anda berkunjung ke sini... kepelbagaian menu ini membuatkan seisi keluarga mudah menikmati hidangan yang disajikan... moh tengok senarai menu dan harga disediakan di AB Cafe...

AB Cafe Western Food, AB Cafe Jalan Argyll, Senarai menu AB Cafe,
Menu AB Cafe Western Food
AB Cafe Western Food

Side/Tapas, Kids Menu & Local Menu
Cold Beverages

Juices & Hot Beverages

Menu Pilihan di AB Cafe

Antara menu yang berjaya menambat hati kami untuk di order.. kalau ikut rasa hati, memang nak order ja semua yang ada dalam menu tu.. tapi, orang tua-tua dah pesan... jangan ikut hati, nanti matiii... heh heh heh.. maka, order lah ikut kemampuan.... sila jamu mata ye.... 

Spagetti Meatball

Spagetti bolognese RM15.90Rasa kuah




 Rasa kuah memang sebati dengan spagetti nya.. makanya, rasa terhibur juga timbul sewaktu makan.. ^_^ hover kan..! erk... suka lahhh...

Smokey Meatball Bolognese with wedges

Smokey Meatball RM15.90

One thing yang aku suka kat sini, wedges dia.. perghhh ! memang sedap lah.. kalau ada yang tengok dekat IG tu, kan aku dah bagi tau awal-awal.. antara tapas yang win ialah, wedges.. rugi wei tak rasa....

Big Boss Burger


Big Boss Burger - RM 15.90

Patty dia.. mak eiii.. mungkinkah Crabby Patty kepunyaan Mr Crab sesedap ini sehinggakan ianya menjadi igauan.. hampa rasalah sendiri..

Fish n Chips

Fish n Chips - RM 15.90

Ikan dowry yang dicelup tepung dengan rahsianya yang tersendiri.. tapi, sos hasil dari tangan chef yang menggunakan bassil and pesto, sangat me "wow" kan.... gila tak try..! ish ish ish...

Chicken Black Pepper

Chicken Black Pepper With Coleslaw & Fries - RM 15.90

Antara banyak-banyak.. inilah yang aku pilih pada malam tu.. black pepper sauce diaaa... nahaiiiii... ngigau oii.. jatuh cinta berkali-kali.. ahhhh ~~~~

Chicken Chop Oriental Sauce

Chicken Chop Oriental Sauce with Coleslaw & Fries - RM 18.90

Sedap sedap sedap... makan pulak dengan coleslaw... mabelesss ~~ coleslaw tu pun sedap... rasa nyaman di dalam mulut...

Lamb Chop Black Pepper

Lamb Chop With Black Pepper Sauce RM 24.90

Lamb ni yang paling win malam tu.. tambah dengan sauce black pepper pulak.. AB Cafe mempunyai rahsia dalam penghasilan sauce black pepper dia.. sedap kot.. menu yang ada balck pepper sauce, memang menjadi pilihan hati ku.... ^_^

Mexican Soup

Mexican Soup - RM 9.90

Lain dari yang lain.. gonna have to try it... yummeh ~~

Fried Rice - Special

Fried Rice Special RM 12.90

Kenapa sambal dia sedap sangat..?? kenapa time makan, nak kena makan berulang kali...?? kenapa tak boleh stop time makan sambal dia tu..?? kenapa aku rasa macam ni..?? *flip hair* 

Antara menu air yang telah dipilih....



Selain itu, AB Cafe juga menerima kedatangan hampa dengan besar hati sekiranya hampa nak buat sebarang function or event.. just give them a call, and everything's will be as planned... jangan risau pasal nak cari surau or masjid tengah-tengah bandar ni sebab depa memang ada menyediakan surau berserta built in toilet... dah gaya nak jual handphone pulak an... disampaing itu, ada jugak wifi kalau hampa rasa nak relax and chill kat situ lelama...

Any enquiries you can contact sendiri owner dia .:.

017-3593597 -Aini Bakker (this is where this cafe got it's name, AB)
Email .:. ainibakker@gmail.com

You Might Also Like

20 comments

  1. wahhh best la dapat food review teringin nk join tapi dihalang pulak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. burger...??? sama dengan Kak Sha lah.. heeee

      Delete
    2. Assalam,
      he3
      burger menu iols gitew
      sedap3

      Delete
  3. jom zaf nanti kita pi makan kat sini lagi! teringat la spaghetti dia..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hokey !

      Roger and out... *laju je an...*

      Delete
    2. Assalam uols,
      tu laaaaaaaaaa
      iols dok teringat semua menu ni haaaaaaaaa
      punggaaaahhhhhhh

      Delete
  4. husna dah lama tak mkn western ni kak zaf.. tringin pulak..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini meh...

      kita pi makan sekali dengan Kak Farahhh ~~

      Delete
  5. Menu yang nampak sedaaaaaap, kena try nie ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh lah turun Penang Zumal...

      Boleh serbu reramai.. hek hek

      Delete
  6. Bilalah nak dapat wat Cafe review cam uolls nie..
    Semoga Zafirah akan menjadi hero..
    Chaayook.. chayookk

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha allah kak...

      Nanti akak buat la belah sana pulak..

      Boleh kami baca sambil jeles sikit2.. heee

      Thank you kak... in sha allah.. semoga ada rezeki u ntuk saya.. ^_^

      Delete
  7. uuuish dapnyeee tengok.. makanan2 tu semua mcm memanggil2 diriku..
    jom Zaf..

    ReplyDelete
  8. menarik.. bila laa nak terjah kat sini..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored