TEMPAT MAKAN BEST .:. Roti telur gegar, Food Court Market Seberang Jaya

8:00 AM

TEMPAT MAKAN BEST.:. Roti telur gegar, Food Court Market Seberang Jaya


TEMPAT MAKAN BEST .:. Roti telur gegar, Food Court Market Seberang Jaya // Assalamualaikum... Good morning.. Yeahh! It is Monday, and it's holiday.. seronok kan.. mesti tak do Monday blues.. tapi, mungkinkah ada Tuesday blues..?? dan tetapi, kalau kerja menimbun, mana sempat nak ber blues bagai kan.... nak nguap pun tak sempat.. adehhh ~~

Hari Sabtu lepas, ajak adik breakfast dekat Food Court Market Seberang Jaya... ada pelbagai jenis makanan yang dijual disini.. sebut sahaja, pasti ada.. ye ka..?? common punya breakfast lah.. Malaysian style... cadangnya, nak makan kuey teow kerang.. tapi, kedai tu tutup pulak.. jalan punya jalan, decided untuk makan wantan mee sebab terpandang orang yang tengah beratur untuk mendapatkannya.. panjang jugak barisnya.. hari tu pernah try dah.. tapi, gerai yang hujung sekali.. kali ni gerai yang tengah-tengah pulak berhampirang dengan Ikmal Char Kuey Teow.. gerai no berapa, tak perasan pulak..

Suruh adik pi beratoq sementara aku pulak pi cari tempat untuk parking kan bont** ... heee... berkongsi meja dengan seorang ibu dan dua heronya... suka cara si ibu mendidik anaknya.. seolah-olah anaknya itu sebagai kawan... dalam hati pun terdetik untuk jadi ibu yang sebitu jugak.. in sha allah...

Dan terpandang menu roti bakar telur bakar... tetiba rasa teringin pulak nak merasainya untuk kali kedua.. tanya adik, and she agreed.. RM3 per set.. aku rasa, harga itu sangat berbaloi untuk set itu.. dua biji telur dan 2 keping roti benggali...


RM 3 per set

Roti pun lembut.. haruslah kan.. tapi, aku suka style yang macam ni bila hendak dibandingkan dengan yang first time aku makan.... boleh tengok kat sini....

Daripada beratur, aku suruh adik terus order.. sebabnya, yang aku perhatikan, yang beratur tu untuk orang yang ingin bungkus.. makanya, kalau hamp nak makan, hampa terus order je lah na.. tak payah beratur macam kami adik... 

Sejurus selesai sepinggan roti bakar telur gegar, wantan mee pun sampai...

Wantan mee special, RM 4.50

Kenapa special? sebab ada daging tu.. daging tu rasa manis-manis ja.. lembut.. sedap... kuah mee ni pun sedap.. tapi, yang tragisnya kuah aku sikit.. tak pa lah.. lain kali, kalau nak order, aku nak seperiuk kuah... metafora sikit, tak pa kan... overall, aku rasa wantan mee ni sedap and no wonder lah orang ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya.. jika nak dibandingkan dengan gerai yang lagi satu, wantan mee gerai ini tetap menjadi pujaan hatiku... mungkin lidah kita berbeza.. arghh!! sudahh.. dah tentu lidah kita berbeza, maka rasa nya juga mungkin berlainan.. 

Yang terigin nak merasai wantan mee sedap dan halal, bolehlah singgah di sini... apa salah kita mencuba... salah kalau kita tak mencuba tapi terus membuat penilaian.. tak gitu...???

You Might Also Like

8 comments

  1. ya betul tuh Zaf.. dah lama tak makan kat sini.. lastly makan rasanya dah lebih 5 tahun lepas..

    ReplyDelete
  2. bestnye telur gegar tu..selalu la buat untuk breakfast

    ReplyDelete
  3. sedap tgk wantan mee tu
    bak mai semangkuk

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan mee wantan... rasa rindu nak makan ^-^

    ReplyDelete
  5. Assalam zaf,
    oooooo
    saja jer kan3
    sat3
    akak pun nak up entry telor gegor :P

    ReplyDelete
  6. Telur gegar n wantan mee xpernah lg try

    ReplyDelete
  7. yang telur tu kenot go.. dah penah try huwaa..
    i makan roti bakar je la..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored