3 BERANAK MAUT DIHEMPAP TANDA

10:18 AM

3 BERANAK MAUT DIHEMPAP TANDA


3 BERANAK MAUT DIHEMPAP TANDA // Assalamualaikum. Holla ~ semalam sewaktu tengah menonton berita jam 1330H petang, *this is rare, I seldom do it* adalah beberapa berita yang menarik perhatianku .. antaranya, kisah 7 murid orang asli yang sesat didalam hutan kerana khuatir dimarahi oleh cikgunya kerana mandi sungai tanpa kebenaran ...  alhamdulillah ~ dua sudah ditemui dengan keadaan yang agak lemah manakala lagi 2 mayat belum ditemui ..

Berita yang seterusnya yang agak menggemparkan, *bagi akulah* tiga beranak maut setelah dihempap oleh papan tanda pada jam 0630H .. kejadian berlaku di KM399 Tanjung Malim-Behrang, Tol Utara Selatan menuju ke selatan.. Ya Allah ~ terasa sebak bila terpandangkan keadaan kereta mereka.. kereta Mercedes yang dipandu, remuk .. bayangkan papan tanda sebesar alam tu jatuh diatas kereta mereka ...

Pada mulanya, aku sangkakan ini berlaku disebabkan oleh keadaan struktur papan tanda yang tidak kukuh .. namun, jangkaan aku meleset sama sekali .. papan tanda itu, rebah menyembah bumi kerana telah dilanggar oleh sebuah treler yang telah hilang kawalan ...

Google


Berhati-hatilah semasa memandu .. kadang-kadang kita dah berhati-hati,tapi orang lain pulak yang cuai dan disebabkan itu orang lain pulak yang menajdi mangsanya ... bayangkanlah, kalau yang menjadi mangsa itu adalah dari kenalan anda, ataupun dari ahli keluarga anda, mesti anda berasa marah kan .. letaklah duduk anda ditempat orang lain .. barulah anda akan dapat merasa baik buruknya sesuatu itu .. kalau setakat duduk di tempat sendiri, memanglah anda tidak akan merasa apa-apa..

Terutamanya kepada pemandu-pemandu kenderaan besar.. Ya Allah ~ kenderaan-kenderaan lain terlampau kecil disisi anda, nak-nak motosikal mahupun basikal .. apatah lagi kalau pejalan kaki ... takkan benda dah jadi, baru nak beringat .. bak kata orang tua-tua, beringatlah sebelum kena ..

Jom sedekahkan al fatihah untuk mangsa sekeluarga ~ 

You Might Also Like

10 comments

  1. Allah hu akbar..ngeri...bagaimana ya boleh tak di ketahui kekuhan papan tanda tu..seolah dipasang untuk membunuh..kesian tul tu Zafirah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trailer langgar.. dia terbabas dan terlanggar papan tanda tu...

      Delete
  2. Ajal itu tidak dilewatkan sesaat tidak pula dipercepatkan sesaat. Takziah buat keluarga harap tabah menghadapi ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmh.. cuma kita sedar atau tidak sahaja dengan petunjuk2 nya...

      Delete
  3. memang sayu tengok gambar semua arwah. bayang kereta tu jadi cenggitu haaa. seram ngeri semua ada nengoknya huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. ada gambar mayat masih dalam kereta..

      aduh.. tak tau macam mana nak cakap bila tengok gambar tu..

      Delete
  4. Perkara yang menambah trauma Zumal jika memandu, takut laa...

    ReplyDelete
  5. nauzubillah.. Allah saja yang tahu semuanya..
    naik kenderaan jangan lupa baca doa k..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored