BUDGET 2016 ! APA YANG HAMPA TUNGGU ?

8:04 AM

BUDGET 2016 ! APA YANG HAMPA TUNGGU ?


BUDGET 2016 ! APA YANG HAMPA TUNGGU ? // Assalamualaikum. Holla ~ Selesai sudah sesi pembentangan belanjawan 2016. Apa yang hampa tunggu ? Dapat tak apa yang hampa mau ? Tak puas hati ? Sila bersidang sendiri tahun hadapan ye. Aku sokong je kalau aku dapat manfaat nya. Ngeh2

Berikut adalah intipatinya .:.

1. Budget bertemakan mensejahterakan kehidupan rakyat.
2. 7 langkah pembaikkan GST :
    a) semua jenis ubat terkawal, sifar GST
    b) susu bayi, kekacang, biji sawi, gula merah, sifar GST
    c) threshold untuk petani turun 2%
    d) approved trade scheme 
    e) pelepasan GST kepada pengimport
    f) bahan mengajar, sifar GST
    g) topup, beli RM10 dapat RM10
3. Budget diperuntukkan RM267.2b. Antaranya RM215.2b untuk mengurus, RM52b untuk pembangunan, RM70.5b unutk gaji, RM761j untuk aset dan RM1b untuk lain-lain. 
4. RM18b untuk projek Pengereng, Johor.
5. RM1b untuk skim dana pembiayaan PKS.
6. Menambaik lebuh raya.
7. Menaik taraf lapangan terbang Kuantan, Kota Bharu dan Mukah.
8. Kerajaan meneruskan rundingan dengan Singapura mengenai high speed rail.
9. RM1.4b untuk membinadan menaik taraf jalan luar bandar serta RM200j untuk jalan-jalan di felda.
10. RM60j untuk mencegah banjir di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
11. Visa secara atas talian akan diperkenalkan.
12. RM450j untuk program impak tinggi pertanian.
13. RM180j untuk menaik taraf JPS.
14. RM180j untuk FAMA.
15. RM90j untuk agropreneur muda.
16. RM515j untuk bekalan eletrik di Sabah.
17. RM41.3b untuk membina 30 sekolah rendah, 20 sekolah menengah dan 4 MRSM.
18. Bantuan RM100 untuk anak-anak yang bersekolah.
19. RM130j untuk RMT.
20. RM500j untuk baik pulih fasiliti sekolah.
21. BB1M diteruskan dengan jumlahRM250.
22. RM250j untuk SL1M.
23. RM3.7 b untuk MARA bagi tajaan dan pinjaman pendidikan.
24. RM16.1n untuk lebuh raya Pan Borneo tanpa tol.
25. RM70j untuk membina rumah panjang di Sabah dan Sarawak dengan kerjasama BSN.
26. RM70j untuk subsidi baja padi di sabah dan Sarawak.
27. RM500j untuk usahawan TEKUN.
28. RM300j untuk kemajuan orang asli.
29. RM852j untuk RISDA dan FELCRA.
30. Getah dinaikkan dari RM1.75 kepada RM2.20 sekilo.
31. Harga padi ditingkatkan SSHP dari RM248.10 RM300 per tan matrik.
32. 175 000 unti rumah PR1MA akan dibina.
33. 10 000 unit untuk rumah mesra rakyat.
34.  22 300 unit rumah pangsapauri akan dibina.
35. 20 000 unit untuk rumah FELDA pada harga RM70k hinga RM90k.
36. RM150j untuk menaik taraf rumah daif luar bandar dibawah KKLW.
37. Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman dan Pendang.
38. RM52j untuk opereasi 328 klinik 1 Malaysia dan akan dibukak sebanyak 33 buah lagi.
39. Caj penuh bermula 1 Januari bagi pesakit bukan warganegara.
40. RM350 kepada OKU bekerja dan RM200 kepada OKU yang tidak bekerja.
41. RM17.3b untuk Kementerian Pertahanan.
42. RM160j untuk membina 4000 unit kuarters tentera.
43. RM300 untuk warga emas. RM100 hinga RM450 untuk anak keluarga miskin.
44. 2000 unit untuk rumah mampu milik bagi anggota polis.
45. RM35j untuk menambah 500 biji motor dan 500 kereta peronda.
46. RM1200 sebulan gaji minimun bagi kakitangan awam.
47. RM950 minimum bagi pencen kakitangan awam.
48. BR1M akan diteruskan.
      a) pendapatan bawah RM1000 (ekasih) bakal mendapat RM1050.
      b) gaji antara 3k - 4k bakal mendapat RM850.
      c) pendapatanbawh RM3k bakal mendapat RM1000.
      d) khairat kematian RM1000 
      e) bujang 21 tahun ke atas akan mendapat RM400
49. Gaji minimum dinaikkan dari RM900 kepada RM1000.
50. Kakitangan awam bakal menerima pemberian khas sebanyak RM500 dan Rm250 kepada pesara.


Tamatlah budget 2016. Semoga budget ini akan mensejahterakan kehidupan rakyat seperti mana temanya. Kalau tak, boleh tukar tema untuk tahun 2017.  




You Might Also Like

4 comments

  1. semoga negara akan tetep aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  2. tak ada yg menariknya bajet tu SN

    ReplyDelete
  3. Ssmoga apa yang dibajetkan dilakukan dengan betul n berhermat

    ReplyDelete
  4. Semuanya x best.. Pada akak lah.. lebih baik dia fokuskan untuk menaiktaraf hospital sedia ada dan menambah doktor serta nurse.. dari dia duk buat klinik 1 malaysia tuh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored