MCT's BOWLING DAY

8:19 AM

MCT's BOWLING DAY


MCT's BOWLING DAY // Assalamualaikum . Holla ~ ini kira enti paling masam yang aku simpan . Paling win lah kira . Ini kalau umpamakan sebagai stokin, campak dalam kolam pun ikan mati . Nak menujukkan betapa lamanya gambar-gambar ini disimpan sebelum berjaya dimuat naik . Ini kira aktiviti pertama aku bersama MCT .

Kejadian berlaku pada bulan Mei . Ye lah ! Bulan Mei kan bulan tersibuk dalam kalendar olok2 aku . Penuh dengan aktiviti, dan ini adalah salah satu daripadanya . Aku ni sebenarnya, dah berkurun tak main bowling . Last sekali main, masa zaman uni dulu . Itu pun masa sem awal2, sebab lepas tu geng dak2 laki pindah dok jauh dari kitorang, makanya dah jaranglah nak berpeleseran bersama . Auch ! Ayattt !

Skill yang macam Shalin Zulkifli tu pun dah lama tenggelam dek lama tak kena asah . Tapi, sebab teringin nak main, hentam pi jugaklah walaupun tahu bola bakal ke longkang melebihi ke tempat sepatutnya . Team kami terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan . Upss... setiap team kena campur jantina dan campur department ye . Itu antara syarat-syaratnya.. meh la tengok gambar yang dah basi ni . Kalau rasa bau tu kuat sangat, sila tutup hidung sambil scroll ye. Harap maklom ~~










Setiap kumpulan diberikan peluang untuk membuktikan kejayaan dengan satu game sahaja. Kau rasa cukup ? Gasaklah.. dah management decide macam tu kan. *kedek* hahahaha...

Walaupun kalah kerana kekurangan skill Shalin Zulkifli, bab bergambar kena win ye ! tiada istilah looser sewaktu bergambar..










Masyarakat dekat kilang aku ni tak ramai mana pun. Jadi, kalau hampa scroll dan jumpa muka yang sama, itu biasa... walaupun kilang kecil, tapi, tetap jarang jumpa sebab faktor kesibukkan kerja atau pura-pura sibuk.. ngeh2

Apa pun, tahniah kepada pememang. Yang kalah seperti aku, tahun depan boleh cuba lagi. In sha allah kalau ada rezeki, umur yang panjang.. Kannn....

You Might Also Like

7 comments

  1. Singgah pagi...
    dah lama x main bowling....

    ReplyDelete
  2. rasa macam pernah pegi tempat bowling ni. tapi tak main la. kita tengok orang main je. pasal nak baling bola pun tak reti kofkofkof

    ReplyDelete
  3. Akak tak pernah lagi ni main bowling..teringin juga...hihi

    ReplyDelete
  4. jom bebila kita pi main bowling..
    bowling tournament kita apa cer eh ? hahaha..

    btw Kak Long tetap paling tinggi..

    ReplyDelete
  5. tgk pic2 ni rs nk main bowling skrg jugakkkkkk ;-)

    ReplyDelete
  6. hahaha tu jarang nak p main.. asyik ke longkang jer destinasinya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored