ROYAL MONSTER TEA .:. PENAGA, PENANG

8:28 PM

ROYAL MONSTER TEA .:. PENAGA, PENANG

ROYAL MONSTER TEA .:. PENAGA, PENANG // Assalamualaiukum. Holla ~ Ni cerita 2 minggu lepas. Kebetulan my first love ajak pi pasar pagi Penaga. Sana syiok oo. Macam-macam ada. Aku lebih suka mencuci mata daripada mencuci poket. Auch ~

Tak cari apa pun sampai sana. Saja, suka membuang angin masa, sambil jalan-jalan. Dah cakap kan saja suk cuci mata. Kat sana macam biasalah, orangggg.. ! ramai yang amat. Kalau nak raya, lagilah. Jalan punya jalan terjumpa burung. Padahal sebelum tu first love baru cakap nak bela burung. Tanya punya tanya, mak ei ! Yang anak pun harga dah RM170, tapi belum train lagi tu. Kena train sendiri.

pasar penaga, pasar pagi, penaga, brung kakak tua,

pasar penaga, pasar pagi, penaga, brung kakak tua,
Nah seketoi burung ajak selfie ! ^_^

Cantik ! Jinak ! Dan dia tak patuk orang sebab tuan dia ni dah ajar untuk tidak mematuk. Bagaimana ? Mainlah dengan paruhnya, lama kelamaan dia tidak akan makan tuan. Eceh !

Usai membuang angin masa, perut pun meronta-ronta minta diisi. Singgah di gerai yang menjual mi hailam yang berada di tepi gerai buah. First love order cucuq ! Aku pulak order mi hailam. Walaupun mi hailam ku sampai agak lambat, tapi hati ku sejuk dengan rasa keenakkan mi hailam itu. Sedap eh ! Au bukanlah penggemar mi hailam. Tapi, mi hailam kat gerai pak cik tu, aku boleh bagi A lah ! Teh ais kat sini pun sedap tau ! Berkira-kira didalam hati untuk membawa Dikdik ke sini. Dia kan penggemar teh ais. Hardcore tu !

Bertentang dengan gerai mi hailam pak cik tu terpandangkan gerai Royal Monster Tea. Bak cendawan tumbuh selepas hujan, gerai-gerai sebegini semakin subur membiak. Biarlah. Sesama nak cari makan. Untuk tidak melepaskan peluang merasainya, kedua-dua kaki ku ini sampai jugak di kedai itu.

Macam biasalah, green tea jugak yang aku pandang dalam banyak-banyak menunya. Harga segelas besar tu, cuma RM4.50. Rasanya, biasalah. Rasa green tea. Boleh dikategorikan sebagai sedap. Oh ya ! Dia juga ada menawarkan khidmat francise sekiranya berminat. Yang putih kat atas tu ialah susu, yang dipam dari satu alat, yang pada pandangan aku ada kelainan berbanding dengan tempat lain. *harap jangan ada yang melencong kelain*



Jom sokong barangan tempatan ! Barangan tempatan dia pun ada kelasnya yang tersendiri.

*Kenapa aku rasa entri kali ini bersifat formal. Argh ! tidak merasakan seperti entri yang ditaip oleh aku*


You Might Also Like

12 comments

  1. alat tu xtau apa namnay..tp tgk kbyk peniaga mmg guna pam tu..

    ReplyDelete
  2. bolehlah bw anak2 pi sini nti
    ehhh geram tul lah xde kesempatan nak minum ayaq border2 ni hahaha

    ReplyDelete
  3. burung pun ada jual kat situ yer.. hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh nyamannye royal monster green tea tuu.,

    dh ajar burung tu berkata2 ? hehe2

    ReplyDelete
  5. Yup.. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan.. Tapi baguslah.. semangat berniaga tu kena disokong..

    ReplyDelete
  6. Berkenan lak dengan burung tu, comelnya ^-^

    ReplyDelete
  7. kat mana lokasi pasar pagi ni ye? boleh bagi landmark paling dekat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas sikit dari teluk aur tawar.. simpang tiga sebelum JPJ, amek kiri, straight jaaa...

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored