JUMP STREET, TRAMPOLINE PENANG

8:30 AM

JUMP STREET, TRAMPOLINE PENANG


JUMP STREET, TRAMPOLINE PENANG // Assalamualaikum. Holla ~ Cerita 2 minggu lepas ye. Biasalah cik adik manis ni memang suka sesi memeram entri.. Boleh geng dengan akak Jari Manis. Gunakan alasan sibuk dan part time blogger, aci tak ? Padahal kau memang dasar pemalas kan ? Aiyayaya. 

Macam mana boleh terjebak kat sini ? Haaa.. Ni semua gara-gara Kak Aida. Dia lah yang berjaya menjebakkan diri aku dan Nurul ke sini. Nurul tu kawan sekerja kami jugak. Janji pukul 11 pagi sebab waktu yang dibenarkan untuk "melompat" adalah sejam per session. Dan masa mainnya bermula jam tepat. Maksudnya, pukul 11, pukul 12 dan so on and so forth. Jump Street ni bukak jam 1030. Since, Nurul kena masuk kerja *dia buat part time* jam 1300, maka jam 1100 adalah waktu yang terbaik.

Atenya, setelah Kak Aida sesat untuk ke sini, lebih kurang jam 1115 barulah kami start untuk masuk. Oh ! Pasal tiket, sebelum hari kejadian, Kak Aida telah membeli tiket yang berharga RM6 daripada sepupunya. Bagaimana boleh tiket berharga seperti itu ? Itu, aku sendiri tidak pasti. Kehkehkeh. Aku, kalau orang offer the great price, takkan nak cagak lagi. Ish. Haruslah tidak !Untuk masuk kesini, hampa kena pakai stokin yang telah dikhaskan yang berharga RM5. Sekiranya hampa dah pernah kesini, dan masih memiliki stokin brand Jump Street seperti dibawah, hampa boleh gunakannya lagi. *kalau tak koyaklah*

jump street penang, trampoline park, melompat, tempat untuk melompat, exercise
Stokin brand Jump Street

Pada pagi Jumaat yang hening tu, tak ramai pun orang. Cuma ada segelintir pelajar sekolah. Oh ya ! Gambar memang tak banyak sebab, aku bawak camera, tapi, memory terlupa nak bawak. *haruslah bengan dengan diri sendiri* Kak Aida dan Nurul pulak tak bawak phone derang sewaktu melompat. Jadi, adalah beberapa keping gambar yang dapat aku tayangkan.

Pesanan aku sekiranya nak ke sini, haruslah secara berjemaah. Sekiranya, hampa pi dengan marka hampa ja, or dengan BFF hampa dua orang ja, taubat tak best. Sebabnya, benda-benda gini, ramai-ramai barulah syiok main. Setakat 3 orang macam kami hari tu, hampeh ! Tak best weh ! Jeles tengok sekumpulan pelajar sekolah tu. Seronok sahaja bermain bersama rakan-rakan mereka.


K.A.M.I. jer

Pada setiap gelanggang, ada seorang life guard yang tolong jaga kawasan. Ala macam beach boy. Haaa. Gittew ~ So, kalau hampa ada melakukan aksi terlarang, siaplah hampa kena sound check dengan depa. Since depa dah duduk sini hehari, style depa lompat pun, memang versatile. Tengok pun jeles ! Serius ! tak delah aku rakam time depa dok melompat tu. Ate, gadget tak dak kan..

Ada beberapa gelanggang kat sini, antaranya macam basketball, aku lupa nama betul dia. Lepas tu ada blablabla.. Argh ! Lupa semua. Nanti, kalau aku pi lagi, aku share na. Aku amek gambar sekali. Bagi terang bijik mata hampa tengok.

jump street penang, trampoline park, melompat, tempat untuk melompat, exercise
Antara gelanggang yang ada. Tapi, aku lupa namanya.

Ada lagi gambar sebenarnya. Tapi, sesudah si phone itu membuat hal, gambar pun hilang. Maaflah ! *bila nak dapat phone baru ni.. nanges*

jump street penang, trampoline park, melompat, tempat untuk melompat, exercise
Bebajet model. Tolong jangan kecam saya ~


Gayat at first.. beberapa kali, okeh la dah...

Nice pose from her...

Kak Aida punya asyik tak boleh ja. Memory full ! Ai pun stress !

Tu je lah kot. Nanti, kalau berkesempatan lagi, boleh lah share lagi. Kali ni, aku janji, bawak memory card. *ye2 je janji* Happy weekend dearies ~ weekend yang full for this month. Nanti kalau hilang, jangan rindu bebanyak naa. Nanti, habis luruh bebulu mata ai. Sobsobsob

You Might Also Like

24 comments

  1. okey ditunggu share berikutnya. happy weekend juga kak.

    ReplyDelete
  2. Syoknya lompat-lompat! Lompat, lompat dan lompat lagi!

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaaaaaaaaahhh x sabaq nak pi lompat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu depan punya minggu depan... sabaq sikit ja lagi...

      Delete
  4. ooooit dia dah sampai dulu.. dahla x ajak !! ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh2.. bukan tak nak ajak awok, tapi masa tu tak sesuai untuk ajak awok..

      Next week ye...

      Delete
    2. woooo waktu dan ketika itu yaa.. baik =')

      Delete
  5. mana aci..blom ape2 miamor dah terjah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tunggu lagi sekali punya terjah laaa...

      Reramai sikit..

      Delete
  6. wow zaf seronoknya jump jump kat sini , boleh kurus slim river kalau selalu buat ni :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Hehehe.. haah.. hari tu tak tau #bu nak p sini...

      Tu yang pi awal sikit tu... ngeh2

      Delete
  8. nanti kita jump jump berjemaah 28hb ni ekkkkk

    ReplyDelete
  9. best nyer dpt melompat2 release tension...kt kl ni jauh plg dkt kt PJ.. ;-(

    ReplyDelete
  10. Bestnye melompat..
    Boleh hilangkan stress..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored