MOVIE REVIEW.:. HOTEL TRANSYLVANIA 2

8:15 AM

MOVIE REVIEW.:. HOTEL TRANSYLVANIA 2


MOVIE REVIEW.:. HOTEL TRANSYLVANIA 2 // Assalamualaikum. Holla ~ Sapa ingat lagi cerita Hotel Transylvania ni. Agak lama dah kan Hotel Transylvania ni jika nak dikira dengan cerita yang kedua ni. *sapa suruh kirakan?* Dah lama dah sebenarnya tengok cerita ni. Ni pun, time ngedate dengan SYM dan hari yang sama makan Chili's tu. Nampak tak betapa lamanya aku memeram telur masin supaya ianya sedap seiring waktu. Heh2. Sudah ! Jangan nak ke laut sangat.

Google



Aku suka lukisan Hotel Translyvania ni. Dia bersegi sikit. Tak de lah semata bulat atau semata empat segi ja. Buhsan okeh lukisan yang macam tu ! Kalau cerita Hotel Transylvania dulu cerita tentang hantu bercinta-cintun dengan manusia. Sekarang, pasangan tu dah ada anak tau. Anak lelaki, Dennis namanya. Mavis, sang emak, nak mengajar anaknya untuk hidup seperti seorang manusia, kiranya macam orang normal lah. Macam ayah dia, Johnny. Tapi datuk dia, Dracula, yakni bapa kepada Mavis, nak sangat cucu dia ni hidup seperti derang. Geng dracula. Macam-macamlah yang datuk dia ni ajar supaya si anak mengikut jejak langkahnya. Ajar terbang. Makan. Serba-serbi pasal kehidupan  lah. Sebabnya, anak dia tidak mewarisi gen dracula.

Dek kerana itu, Mavis behasrat untuk membawa Dennis hidup dibandar seperti suaminya, Johnny sewaktu kecil-kecil dulu. Dennis telah ditinggalkan bersama Dracula sewaktu Mavis dan Johnny melawat ibu dan ayah mertuanya di bandar. Sepeninggalan Dennis bersama datuknya, Dracula, ada rancangan yang hebat telah diaturkan kepada cucunya itu. Nak tahu apa rancangan itu ? Nak tahu kesudahan cerita ini ? Saksikanlah sendiri Hotel Transylvania 2. Sebab aku bukan jenis yang cerita sampai ending. Bukannya apa, nanti tak best pulakkan dah tahu the whole story. Saja bagi hampa excited, nak tengok and tinggalkan ending dengan tanda tanya.

Google

Overall, cerita Hotel Transylvania 2 ni agak menarik untuk ditonton. Kalau ada anak-anak, lagi menarik sebab dapat spend time bersama. Ada humor part, ada part serious. Tak de lah terasa sangat kebudak-budakkannya. Hotel Transylvania 2, boleh layan ~ Kot mana pun, aku tetap suka dengan lukisan dia. Ngeh2

Google

Google

You Might Also Like

6 comments

  1. ada dah eh part 2
    nti suh hb download je
    hehe

    ReplyDelete
  2. owh ini sambungan dari no 1...tak tengok habis lagi no 1

    ReplyDelete
  3. ok.. akak jeles.. miamor dah tgk.. nak kena cari juga nie..

    ReplyDelete
  4. muka dracula tu elok sangat la macam Adam Sandler.. patutla.. director tu Adam Sandler ahahha..
    Mavis da macam Shila Amzah ahaha..

    ReplyDelete
  5. wowwww yang ini pun macam best. boleh layan dengan si Fateh Uwais ituuuu

    ReplyDelete
  6. yg no 1 xtgk lagi dah ada no 2 adesss

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored