PERPINDAHAN OPERASI BUS EKSPRES KORIDOR UTARA DARI PUDU SENTRAL KE TERMINAL BANDAR TASIK SELATAN (TBS)

1:30 PM

PERPINDAHAN OPERASI BUS EKSPRES KORIDOR UTARA DARI PUDU SENTRAL KE TERMINAL BANDAR TASIK SELATAN (TBS)


PERPINDAHAN OPERASI BUS EKSPRES KORIDOR UTARA DARI PUDU SENTRAL KE TERMINAL BANDAR TASIK SELATAN (TBS) // Assalamualaikum. Holla ~ Haaa. Cerita dah agak lama sebenarnya. Tapi, nak share jugak sebab dah ambil lama dah gambar ni. Nak share jugak dengan hampa. Tak kira !

TBS ni memang tak asing lagi dengan aku. Begitu juga dengan Pudu Sentral. dari aku kecik-kecik lagi kot Pudu Sentral tu. Dari tak dak penyaman udara (air conditioner) sampailah dah bertutup dan cantik seperti sekarang. Dari berhabuk nak mam*** sampailah berhabus walau pun dah kurang sikit.

Hari tu, terkejut jugak masa nak beli tiket. Sebabnya, aku kan dari selatan, jadi terpakasalah berhenti di TBS. Hajatnya nak book tiket sesiap masa kat selatan tu, tapi, dia cakap dah tak boleh. Kena beli sendiri dekat TBS. AKu pun, hangguk je lah kepala padahal dalam pala hotak dok pikir, kenapa beli dekat TBS. Sampai TBS, terkejut lagik ! Ada kaunter tambahan untuk ke pantai timur dan utara. Tapi, gasak je lah ! Sebab nak cepat. Dah balik Penang, and kebetulan pi Penang Sentral, baru tahu kenapa. 



Haaa. Nampak ! Nampak ! Since November lagi benda ni dah start. Tapi, cuma aku yang tak alert, sebab tadak urusan dekat sana. However, Pudu Sentral masih digunakan, tapi untuk bus ekspres jarak dekat dan untuk bus henti-henti. Tapi, jarak dekat dari mana, sampai mana, tidak pulak aku tahu.

Untuk pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi talian hotline SPAD di  1-800-88-7723 atau layari SINI. Harapnya, info yang dikongsikan ini bergunalah untuk hampa na. Kalau nak ke KL tu, dah tak turun kat Pudu Sentral tau. Turun dekat TBS or Jalan Duta.

Selamat bercuti ~ Selamat berjalan ~ Selamat berhibur ~ Selamat bergembira ~

You Might Also Like

4 comments

  1. kawan kata TBS sekarang lebih sistematik dan hopefully dorg mengekalkan momentum yang baik itu

    ReplyDelete
  2. Owh.. dah tukar tempat dah ye..
    Akhirnya...

    ReplyDelete
  3. TBS skrg makin sesak dah mcm eport pun ye

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored