CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 4

8:30 AM

CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 4


CAMPING SEMALAM DI ESCAPE : TIME TO PLAY PART 4


Assalamualaikum. Holla ~ Entri ESCAPE direjam tanpa henti. Tak pe lah, sementara jari jemari tengah rajin. Sementara otak tengah mencair. Sementara idea tengah mengalir. Hari ni, boss US, nak turun. So, tersangatlah busy and tak sempat nak blogwalking. Entri macam biasalah, haruslah entri auto publish. Nak tunggu aku karang on the spot, ntah abad ke berapa nak siap kan.

Di ESCAPE , pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Antaranya, toilet yang sangat bersih dan selesa, surau, khemah sekiranya ada event berlangsung, kedai untuk menjual minuman dan makanan, kerusi dan meja untuk makan dan jugak locker.

Harus diingatkan, yang ESCAPE TIDAK sama sekali membenarkan anda membawa masuk makanan dan minuman yang anda bawak. Kalau nak bawak jugak, boleh simpan di locker atau sebaiknya simpan didalam kereta. Semua makanan dan minuman haruslah dibeli di kedai yang disediakan. Macam mana nak beli ? Guna cash ? Nope ! Anda akan dibekalkan dengan gelang tangan, dan di gelang tangan anda tu ada barcode. Segala credit yang anda top up akan di scan menggunakan bar code tersebut. Jangan risau, kalau tak habis, boleh refund balik. Ni pun, aku ada cerita dulu dalam entri lama aku. Boleh baca kat sini, ESCAPE PARK PART 6 - THE END ! . Locker pun akan menggunakan gelang yang sama. 

Disini, sistem perparitan menggunakan seolah-olah sungai, seperti di kampung-kampung dahulu. Tiada, longkang yang base dia simen ye kat sini. Semua kat sini kan, back to nature. Termasuklanh longkang-longkangnya sekali. Air yang digunakan untuk menyiram pokok bunga juga ialah hasil tadahan air hujan. Bumbung-bumbung jugak ditanam dengan rumput dengan alasan untuk menyejukkan keadaan sekeliling dan faktor ekosistem. Kaedah ni telah dibuktikan melalui eksperimen yang telah dijalankan okeh pihak ESCAPE. 






Ala-ala reban ayam ni ialah tong kitar semula naa.. Kampung style kan ?






Untuk menggunakan locker, passcode harus dimasukkan di screen ini terlebih dahulu. Passcode ada disertakan di receipt anda seperti dibawah.




Berikut pulak ialah harga-harga tiket.







Harga tiket seperti tertera. Kalau nak tahu, dengan tempahan online, akan akan diberikan diskaun berbanding denga tiket sewaktu walk in. Klaua nak booking, kena sekurang-kurangnya 24 jam hokey. Lagi awal anda booking, lagi banyak diskaun yang diberikan. Sehingga 50%, tapi, maksimum kadar booking ialah sehingga setahun. Kalau dah plan awal, bolehlah book sesiap untuk mendapatkan penjimatan.

Tong tadahan air hujan untuk kegunaan seharian.




Untuk harga bermain dan camping, pakej bermain yang disertakan dengan penginapan satu malam, berharga RM270 (untuk satu tapak lot khemah, yang terdiri daripada 2 buah khemah) dan pakej bermain yang disertakan dengan penginapan satu malam, berharga RM300 (untuk satu tapak lot khemah, yang terdiri daripada 3 buah khemah). Yakni, kalau anda membeli pakej ini, akan dapat bermain selama 2 hari. Mainlah sampai puas. Memang berbaloi-baloi kalau nak dibandingkan dengan membeli tiket sebanyak dua kali. Oh ya.. Kalau anda tinggal di camp side, anda masik keluar outing di malam hari. Harus diingatkan bahawa, ini bukanlah aktivit camping bersama sekolah/ kolej mahupun universiti. Jadi, anda boleh bergerak bebas semahunya. Cumanya, kalau nak keluar tu, kena lah inform kepada staff yang bertugas ya. Jangan risau sebab staff yang bertugas memnag sedia ada di ofis camp side dan kawasan sekitarnya.

Mmm.. Jap ! Apa lagi ea yang aku tertinggal. Kalau dalam khemah, anda disarankan untuk membawa USB fan. Walaupun kawasan camp side ESCAPE, boleh dikatakan berada didalam hutan, namun ia tak lah sejuk sangat. So-so ja bak kata omputih. Selimut memang tak guna langsung. Tapi kalau nak bawak untuk peluk, apa salahnya. Didalam khemah jugak telah dilapik, so tak delah rasa batu-batu macam anda camping zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi, toto NARITA dan bantal masih boleh dibawa untuk keselesaan anda sekeluarga.

Di tapak camp side, memang tak dak soket untuk charge apa2 ye. Tapi, telah disediakan locker untuk mengecas peranti elektronik anda yang terletak di ofis camp side. Dalam locker tu terdapat 2 socket 3 pin dan dua "lubang" USB charging. Password locker tu akan disetkan oleh anda sendiri. Jadi, jangan risaulah tentang faktor keselamatan peranti anda tu. Locker nya juga agak besar, selain boleh memuatkan peranti elektronik, barang peribadi lain pun boleh turut disimpan didalamnya.

Ni entri lain yang berkaitan dengan ESCAPE


Jumpa lagi di entri yang terakhir nanti. Causinciiii !

You Might Also Like

5 comments

  1. 1st time camping..setelah beranak 2..hohohoho best sangat

    ReplyDelete
  2. syok tengok zaf dan semua familia PBU g escape

    ReplyDelete
  3. semua best xde yang x best
    ekekeke

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored