DOCTOR vs ENGINEER

3:20 PM

DOCTOR vs ENGINEER


DOCTOR vs ENGINEER 


Assalamualaikum. Holla ~ Ni cerita pagi tadi. Sebenarnya gini. Semalam, aku ada rasa ngilu kat bahagian gigi atas kiri. Haih. Hati dah mula tak sedap, kenapa pulak jadi macam ni. Dua hari sebelum kejaidan pagi ni, yakni hari Rabu malam lah benda ni start. Takkan kacang tanah menjadi penyebabnya. Sebab right before that, aku makan kacang tanah dengan rakus sekali. 

Bila mendongak, akan ada rasa macam tarik. Haish ! Seriau ! Kawan abah dulu meninggal sebab sakit gigilah. At first, he just ignored it. Sampai, dah kritikal and kuman dah jangkit ke peparu and otak. Since that memang aku seriau sikit bab gigi ni.

So, semalam lagi plan nak pi check gigi. Klinik kesihatan Seberang Jaya, *aku dah biasa kat sini* kalau nak check gigi, for adult, hari selasa ja. Yang lain, semua penuh. Untuk orang tua lah, appointment lah, untuk bebudak sekolah lah. Tapi, sebab aku dah tak leh tunggu and sayangkan AL, maka aku sergah jugak Klinik kesihatan Perai, pagi tadi.

Sampai sebelum pukul 9, tapi doctor tak dak. Dia ke sekolah berhampiran, sesi sengan budak sekolah. Nurse kat kaunter tu suruh tunggu 10-15 minit. Tak kisahlah kan. Ralit dok tengok tv, nurse tu panggil suruh tunggu kat dalam, nanti dia panggil.

Aku baru gaya nak duduk, ada sorang nurse lelaki bukak pintu sambil pegang kad merah and pandang kiri and kanan. Padahal, aku sorang ja kat situ. Dalam hati terbit rasa curious, mamat ni nak panggil aku ka ada orang lain. Sejurus hatiku usai berkata-kata, nurse lelaki tu memanggil namaku. Pergh ! Nasib baik, mulut ni berat sikit pagi ni. Kalau tak, dah makan masak lomak dah pepagi. Apo ko bondonya ea ? Dah la aku sorang ja, buat pandang kiri kanan macam ramai orang, last2 panggil nama aku jugak. Hello ! Aku tak layak ea untuk nama tu ?


Dipendekkan cerita, aku terus duduk atas kerusi ala2 stretcher tu. Then, perbualan antara doctor dan engineer bermula.

Doctor .:. Ye dik. Kenapa ?
Engineer .:. Nak check gigi. Ada rasa ngilu kat bahagian atas kiri.
Doctor .:. *sambil berborak dengan nurse lelaki sambil check gigi aku* Gigi adik ni cantik, bersih, tak dak masalah. Sakit kat mana tadi ? Atas kiri ?
Engineer .:. Haaa... *dalam keadaan mulut ternganga dan sukar untuk bercakap*

Then, doctor amek air gun and blow dekat gusi atas. 

Doctor .:. Ada rasa ngilu ?
Engineer .:. Tak.
Doctor .:. Awak rasa macam mana ea ? Macam tarik tu ea ?
Engineer .:. Haaa.. Macam tu lah.
Doctor .:. *padamkan lampu yang menyuluh ke dalam mulut, letak tools* Itu memang biasa dik. Semua orang ada rasa ngilu tu, cuma kuat dengan tak kuat ja. Saya pun ada. Yang ni, tak de ubat dik, cuma saya boleh sarankan cari ubat gigi yang sensitif.
Engineer .:. Tapi, kenapa dia jadi macam tu ?
Doctor .:. Sebab saraf. Adik boleh cari ubat gigi yang sensitif di pasaran ye.
Engineer .:. Okey ! Terima kasih.

Dalam hati, gelak berdekah-dekah time doctor tu padamkan lampu and letak tools. Mesti menyirap doctor tu dengan aku. Yelah ! Sebagai seorang engineer, aku kena peka terhadap semua benda. Termasuklah sekecil-kecil benda. *biar pun selalu tak amek port, tapi bab gigi, aku memang tak buat main*

Credit

Abaikan tulisan tamil tu. So, let's keep the doctor away ! Muhaha.. Doctor, saya tak perasan nama doctor pagi tadi, tapi kalau doctor ada terbaca ni, saya mintak mahap. Manalah saya tahu. Sebab itu abnormal, sebelum ni tak pernah jadi. So, saya kenalah dapatkan khidmat dari yang pakar.

You Might Also Like

18 comments

  1. laaa best lah cite ni Zaf..sian doctor tu kan..btw hat tulisan tamil tu je kak ana faham.. ngeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. *malu*

      hahaha... okey ! kak ana boleh ajar speaking tamil pulak pas ni.. haha

      Delete
  2. Nie mesti trauma kes kawan abah tu yer. Pi beli ubat gigi Glister, surely ok dan lebih selamat untuk gigi ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. memang trauma pun.. sebab tu buat regular check up..

      ubat gigi Glister ? first time baca.. kat mana nak cari ?

      Delete
  3. Replies
    1. tu lah.. time doc cakap, time tu teringat Sensodyne jugak..

      Delete
  4. he he engineer memang begitu..kalau ada masalah sikit je nak cepat2 solve kan..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hahaha.. kak ! kalau rasa ngilu di gusi, jangan pi klinik tau.. haha

      Delete
  6. Wakakaka.. Sabar jelah bila baca enrty miamor kali ini...
    Memang menghiburkan hati yang gundah gulana..
    Tapikan miamor, kalau kita x sensitif pada sesuatu yang abnormal lagi bahaya..
    Kebarangkalian untuk ianya jadi lagi teruk memang sentiasa ada..

    ReplyDelete
  7. Engineer ni suka pikiaq byk mnda skit...
    Depa ni suka troubleshoot awai2 dari melarat2...
    Hahahha..paham sgt perasaan itu...


    Dari bekas iginiaaa tuaa

    ReplyDelete
  8. Laaaaa... Tu jekkkk jawapan doktor??? Kalu jumpa bomoh mesti dia kata ada gangguan jin... He He He...
    *gurau je...

    ReplyDelete
  9. xpe normal pun its good utk pergi check up.. bab2 gigi mmg saraf banyak kt area tu.. link dgn kepala lagi sbb dekat kan..

    janji doc puji gigi cantik ^^

    ReplyDelete
  10. Kehkehkeh. Dah sakit mesti la kena jumpa dokte ye dok? Mihmihmih. Try la pakai sensodyne tu kot kot mau

    ReplyDelete
  11. errr... sebenarnya doktor ngan nurse lelaki tu orang yang sama ke?
    ha ha ha...

    tetiba tak paham

    ReplyDelete
  12. Apapun citer ni lawak ... comel...
    boleh tambah scene kat slot akasia ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored