Sembang gegurl .:. Nivea Body Moisturiser In Shower

10:30 AM

Sembang gegurl .:. Nivea Body Moisturiser In Shower


Sembang gegurl .:. Nivea Body Moisturiser In Shower

Haaa.. Hari tu kan dah share pasal Nivea Body Lotion In Shower, boleh baca dekat SINI. Kali ni nak share pulak pasal akak dia. *kenapa akak ? suka hati aku la. sebab, ni blog aku bukan blog hampa depa orang lain* Dalam entri tu jugak ada aku ceritakan kenapa aku pakai lotion. Kenapa aku suka lotion in shower. Kenapa hampa pun kena try lotion in shower jugak. Nak tahu untuk jawapan kenapa-kenapa ni, kenalah baca sendiri. Aippp ! Jangan malas sangat. Rerajinlah membaca ye. Jadikan amalan. Ewah ~

Okeh ! Sambung cerita pasal Nivea Body Moisturiser In Shower. Dia ala-ala Nivea Body Lotion In Shower jugak. Yang berbezanya, dari segi tube. Kalau Nivea Body Lotion In Shower, tube putih, Nivea Body Moisturiser In Shower pulak boleh didapati dalam tube yang berwarna biru. Haa. Senang kan kenal yang mana satu Nivea Body Lotion In Shower dan yang mana satu Nivea Body Moisturiser In Shower ?


Kalau agak tak pasti, tube dia rupa macam mana. Nah ! Aku tepekkan rupa asal Nivea Body Moisturiser In Shower untuk tatapan hampa.




Nivea Body Moisturiser In Shower ni sesuai untuk dry skin yakni, aku lah tu. Proses melembap untuk kulit jugak berlaku dengan kadar segera. Dengan bantuan almond oil, lagilah membantu proses itu. Kalau nak tahu, almond oil memang sangat bagus untuk melembap dan menghaluskan kulit. Selain itu, ianya jugak dapat meredakan iritasi kulit serta menyingkirkan sel yang mati.

Sedar tak sedar, hampa dah dapat manfaat lain dalam satu tube ni. Tube Nivea Body Moisturiser In Shower ni aku beli dekat Guardian, 2 tube 50ml, RM 5 sahaja. Lepas tu terdetik dalam hati, berapakah modal untuk menghasilkan satu tube ini. Hmmm. Nanti, boleh kita buat lawatan ke kilang Nivea untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana Nivea Body Moisturiser In Shower ni dihasilkan.




The first skin conditioner from Nivea. Ewah ~ Cara pemakaiannya sama sahaja dengan cara pemakaian Nivea Body Lotion In Shower. Pakai setelah hampa menggunakan sabun mandi, kemudian, bilas. 

Nivea Body Moistuiser In Shower ni pun aku suka. Aku suka lebih sikit kot dari Nivea Body Lotion In Shower, sebab dia memang specially made for dry skin. Normal skin pun boleh pakai jugak. Jangan risau. Lepas mandi, memang aku suka bauan nya. Aku suka kelembapannya. Serba-serbi aku suka.

Give this a try ! You may like it ! And maybe not. But, it's not wrong to give a try to Nivea product especially both Nivea Body Lotion In Shower and Nivea Body Moistuiser In Shower.

You Might Also Like

3 comments

  1. Dah pernah cuba Hehe produk untuk perempuan ja ka? Tapi rasa tak selesa. Mungkin sesuai untuk perempuan saja

    ReplyDelete
  2. oo.. nivea ni memang banyak brand pakai dalam shower.. saya pernah try yg lotion whitening tu botol putih. okay la.. sbb sunburn kan xlama lepas tu ok dah.. haha..

    Singah sini..

    Blog Ahmad Hasif site.

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored