TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM KOPITAN CLASSIC, QUEENSBAY PENANG

9:18 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM KOPITAN CLASSIC, QUEENSBAY PENANG


TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM KOPITAN CLASSIC, QUEENSBAY PENANG


Belum terdetik dalam hati ni nak singgah makan dekat Kopitan Classic, Penang. Sebab pernah makan dekat restaurant  yang ala-ala Kopitan Classic, Penang ni, tapi makanan dia agak "kureng". So, impression untuk semua cafe sebegitu, adalah sama. *kolot sangat kan* 

Peluang yang diberikan kepada team Projek Blogger Utara untuk review Kopitan Classic, Queensbay Penang menjadi titik tolak dimana segala impression kolot ditepis lalu dicampak jauh dari hidupku. Pertama menjejakkan kaki ke Kopitan Classic, Queensbay Penang ni, rasa interior design dia biasa sahaja, simple ! Tapi, keselesaan itu ada. Nak2 pulak team Projek Blogger Utara ditempatkan di suatu kawasan yang boleh dikatakan kawasan bertutup serta tidak bercampur dengan pelanggan yang lain. Tak de lah rasa menggangu gugat pelanggan lain ataupun kami sendiri yang rasa tergugat. Eceh !



Bukak ja menu, rasa teruja. Teruja sebab pilihan makanan dia banyak. Terlampau banyak. Sampai rambang mata nengoknye. As compared to the competitor, memang makanan dia banyak. Banyak gilos. Menu untuk kids pun hado. Variety of drinks. Di Kopitan Classic, Queensbay Penang ni, menunya ditukar setiap 2 tahun sekali. Pilihan menu yang ada didalamnya, selalunya hasil dari survey ke atas pelanggan. Kebanyakkan plihan didalamnya adalah dari pilihan hati pelanggan. So, ada yang in and ada yang out. Selain Kopitan Classic, Queensbay Penang, terdapat jugak cawangan-cawangan yang lain yang kebanyakkan nya di kawasan utara. Namun, ada jugak satu di Permas Jaya, Johor Bahru. Kalau nak check lokasi Kopitan Classic di kawasan berhampiran anda, boleh check kat SINI

Jangan risau, Kopitan Classic, Queensbay Penang ni disahkan oleh JAKIM. Memang ada audit dari pihak JAKIM untuk sentiasa memastikan kebersihan Kopitan Classic, Queensbay Penang ni. Oh ya.. Logo JAKIM yang sah, berwarna hitam ya, bukan hijau. Pastikan bebetul. Yang hijau tu, fake !

Apa yang disajikan kepada team Projek Blogger Utara ? Meh scroll lagi,

Mama's Special Sesame Oil Chicken with Rice

Special Marinated Chicken BBQ with Ramen

Chicken Kushiyaki with Ramen

Thai Sauce Fish Fillet Rice

Baked Cheese Chicken Bolognaise Wedges

Cheese Baked Spaghetti Bolognaise

Kapitan Chicken with Fire Cracker Rice



Ini untuk main course. Drink, dessert dan bread pun hado. Teruja tengok main course dia, tu yang main course comes first. Muhehe.


Cendol

Chocolate Mint Ice Blended

Golden Cholate Puff

Tiramisu Blended

Cooler

3 layer milk tea


Overall, memang berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Walaupun ada jugak makanan yang berkonsepkan Chinese, namun, bagi tekak yang menolak kayu dan batu ini, semuanya sedap. Semuanya kena pada selera. Cuma yang paling teringat sekali ialah Thai Sauce Fish Fillet Rice. Rasa masam dia manis dia. Memang sesedap tekak menelan lah. Untuk air yang cooler tu, memang refreshing sangat. Ahaaiii.. Harga yang sangat affordable. Memang mampu makan. Kalau first time pi macam aku, mesti terkejut tengok harganya.

Tapi, harus diingatkan, untuk setiap cawangan, menunya adalah berbezza dan mungkin juga sama. Begitu juga dengan harganya. Ia bergantung kepada faktor sekeliling dan menu itu sendiri.




Kopitan Classic, Queensbay Penang juga menawarkan khidmad food delivery. Ups ! Bukan derang yang deliver kan makanan tu. Derang menggunakan khidmat Delivery Eat. So, kalau rasa malas nak keluar, tapi nak sangat makan makan Kopitan Classic, Queensbay Penang ni, bolehlah call Kopitan Classic, Queensbay Penang untuk membuat tempahan.




Ada jugak off peak. Tapi, kena download dululah di Google Play Store atau di Apps Store. Dapat 10% diskaun ooo. Sapa tak mau kan ?







Berkonsepkan layan diri. Nah ! Tulislah order sendiri, dan pass kan kertas order anda kepada staff yang bertugas. 








Nah ! Ku belanja jugak ais krim untuk tatapan bersama.




Untuk menu penuh, boleh klik SINI. Sebarang maklumat lain pun boleh didapati di laman sesawang Kopitan Classic. Pihak Kopitan Classic jugak sangat mengalu-alukan pihak yang berminat untuk membuka cawangan franchise mereka ini.

Terima kasih kepada Mr Leong yang super peramah dan supervisor yang bertugas, Cik Lina, serta staff Kopitan Classic, Queensbay Penang di atas layanan yang mesra pelanggan kepada kami. Terima kasih juga sebab sudi menerima kedatangan team Projek Blogger Utara.

You Might Also Like

10 comments

  1. kalau x silap kat amanjaya SP ada kan?? kalau sama hsna rajin gak mkn situ.. boleh tahan laa..

    ReplyDelete
  2. Sedap cheese bake spaghetti bolognese dia

    ReplyDelete
  3. Kopitan classic nie mmg tmpt favorite kak farah.. tp bkn kt sini branch lain.. boleh kata seminggu 3x mesti lepak sini.. sebab menu2 semua dia best!!!! nnti nk pi try yg kt QBMall pulak.. tgk tempat lagi best kottt! ;)

    ReplyDelete
  4. yummm yummm sedap nyee...nmpk yang bakec cheese tu tempting nyeeeee

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. suka tgk zaf berhijab ritu lain skit muka..terlajak comel

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored