PENGALAMAN MENAIKI ETS BUTTERWORTH -KL

8:19 AM

PENGALAMAN MENAIKI ETS BUTTERWORTH -KL


PENGALAMAN MENAIKI ETS BUTTERWORTH -KL


Assalamualaikum. Holla ~ Setelah berkurun lamanya, berjaya jugak aku menaiki ETS. Apa tu ETS ? ETS ialah Electric Train Service. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca SINI. Sekali check dengan time table dia bagai. 

Tujuan nak ke KL, sebab nak ke kenduri. Tapi, kendurinya di Muar, Johor. Sebab rindu Dikdik, tu yang singgah sana dulu. Ha laaa. Adik ada sorang tu ja. Hat tu la dok buat lawan gusti, hat tu la dok main make up2, hat tu la nak jadi king control pun dulu masa kecik2, hat tu la jugak dok pinjam baju tudung segala bagai, duit je tidak. Hak2. Sayang ooo !
Back to the story. ETS ni ada 4 coach, A sampailah D. Pergi and balik aku memang menggunakan khidmat ETS. Acah2 tak nak naik bus dah. Padahal dulu, semuanya bus. Biarlah kan. Ada kemudahan baru, silalah gunakan dengan sebaiknya ye.

Pergi and balik memang dapat Coach A. Kalau nak ke KL, memang coach A belakang sekali. Tapi, kalau nak balik ke Butterworth, coach A depan sekali. Tapi, tak de beza pun, sama jugak waktu sampainya. Yang tak best nya, masa nak pi tu, seat aku membelakangkan jalan. Jadi, waktru ETS tu bergerak, aku seolah-olah jalan dari arah belakang la. Dapat bayangkan dak ? Pening tau. Aku langsung tak boleh tengok luar untuk menikmati keindahan malam.

Hari Jumaat tu, ETS memang penuh. Kalau ada yang turun, ada ja yang naik gantikan orang yang turun tu. Kira most of the time, memang tak da tempat kosonglah. Tiket aku pada hari Jumaat tu, patutnya jam 1900H. Tapi, train delayed. Setengah jam pulak tu. Belengas dah keti** aku dengan berlari ala2 Watson Nyambek, berkejar dari kelas amek ibu pulak. Adeh !




Dan disebabkan itu, aku tak sempat nak Asar and hajatnya nak Asar dalam ETS ja. Jom tengok surau ETS sebelum baca bebelan aku dengan penuh sabar.


Tempat ambil wudhuk

Jarak antara tempat ambil wudhuk dan pintu

Ruang solat


Ruang musollah/ surau hanya ada di coach C. Cafe pun ada di coach C jugak. So, kalau duduk coach A, agak jauhla nak menapak untuk ke cafe or musollah. Tapi, tak pe. Sambil jalan, boleh cuci mata. Mana tahu jumpa bodoh jodoh. Ahaks ~

Musollah memang bebetul tepi cafe. Ada satu pintu yang ada naming musollah. Haa. Yang tu lah. Jangan cari musollah wanita or lelaki pulak sebab hanya ada satu sahaja. Kongsi2 lah ye. Ruang musollah memang kecil. Hanya boleh memuatkan dua orang. Kalau nak selesa, sorang lah kan. Tapi, kau jangan tamak sangat nak. Rugi satgi.

Masa aku nak solat Asar, aku tak kunci pintu, tetiba ada pulak laki bukak pintu. Nasib baik aku tak buat aksi-aksi 18SX, kalau tak mengigau dia dekat aku malam tu. Rezeki dia lah kan. Nak buat macam mana. Aku tak mau kunci, kot2 ada mak cik nak tumpang solat jugak. Mana tau, "pak cik" pulak yang mai. Heee. Jadi, masa aku solat Isyak tu, aku kuncilah pintu, untuk keselamatan. 

Kalau dah kunci tu, janganlah nak berlama-lamaan pulak dalam  tu. Orang lain pun nak guna jugak. Macam mana nak tau kat dalam musollah tu ada orang ? Dekat pintu tu ada indicator, kalau hijau tu, maksudnya tak dak orang lah. Kalau merah, ada hamba Allah yang tengah mengabdikan dirinya kat dalam tu. So, boleh lepak sat kat kerusi cafe.

Toilet pulak hanya ada di dua coach, coach B and D. Aku tak sure, macam mana rupa toilet di coach B, sebab aku pass by je tapi tak usha pulak. Aku singgah toilet di coach D, since lepas solat tu terasa pulak nak ter***** Heee. Toilet ETS friendly user termasuklah untuk OKU. Luas baq hang ! Lebih kurang sama saiz dengan musollah rasanya. Memang selesa lah. Tapi, kalau ramai tu,kena take turn la ea. 

Masa nak balik dari KL, memang semuanya okey. Train pun tak delay. Kalau delay, nangis aku sebab naik malam Isnin. Esoknya nak kerja. Dah kalau delay, macam mana nak pi kerja. *alasan* Cuma time nak balik ni feel dia lain. Every station orang pakat dok turun and tak ramai yang naik balik untuk gantikkan orang yang turun tu. So, makin lama, makin kurang orang. Rasa sadisnya. Bilalah nak sampai ni. Ni kalau naik time nak balik raya, boleh nangis jugak tengok train almost kosong bila dah sampai Butterworth. Hak2. Over sangat tau !

Overall journey, memang okey, 4 jam total hours. Cuma part yang tak best, part delay tu lah. Dikdik suruh aku naik train pi Kampung Baru, but since train delayed, aku budget sampai KL Sentral pun dah lewat and kaunter tiket pun dah tutup even though train ada lagi. Aku dah la TnG dengan top up lagi. Huh ! Sian Dikdik mai dalam hujan. Tapi, yang tu aku cerita entri yang lain.

Perjalanan yang diambil oleh ETS, lebih kurang dengan masa yang diambil oleh bas. Tapi, sometimes bus take more than that. Tapi, it's more convenient than a bus because when u want to shishi, anytime boleh rush pergi toilet even kena tunggu pun, rather than bus, depend on the driver kalau dia nak berenti. Kalau nak solat pun senang, masa pun tak terganggu. Still on time jugak sampai. Ruang duduk pun selesa, tempat untuk letak kaki pun luas. Untuk orang yang lonjong tinggi macam aku, kalau ruang tempat letak kaki tu sempit, kaki mulalah nak terkepit. Mulalah nak rasa tak selesa. I don't like hokey ~

Nah belanja sekeping muka passing baton tidoq dalam ETS kat worang belakang. Ngeh2


You Might Also Like

4 comments

  1. uish..x tau plak ada surau dalam ETS..cewah, padahal baru naik sekali

    ReplyDelete
  2. yui klau ke kl mmg suka nek ets..lbh selesa

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored