CERITA POSLAJU NATIONAL COURIER

10:19 PM

CERITA POSLAJU NATIONAL COURIER


CERITA POSLAJU NATIONAL COURIER


Huh ! Menyebutkan namanya je dah boleh sakitkan hati. Sakit tau hati kite. Nyampah kite ! Semua adalah. Assalamualaikum. Holla ~ Sorry terpaksa layan luahan hati dan kegeraman yang terpendam didalam lubuk hati ni. Begini cerita diaa... 

*ada sesi flashback macam dalam movie*

Hari tu, aku ada beli barang secara online dengan trusted seller. So, this is not the first time dealing with her. Service dia memang tip top kebabom ! Tapi, yang tak bestnya part courier. Nyampah weh ! Sebab aku ni terlampau excited dengan barang tu, makanya aku memang keep on track dengan barang tu. Selalu ja check tracking online dekat mana dah barang tu.

Last sekali aku check, dia dah sampai rumah, and tak dak orang so dia return back to the main office dekat Bagan Dalam. Sokay lah, maybe ibu pi kedai or what so ever. So, malam tu aku tanya ibu. Ibu pi mana dalam pukul 11 lebih sebab waktu check tracking online tu menunjukkan jam 11 lebih dia datang rumah. And ibu cakap, ibu tak pi mana pun. Petang tu, ada la ibu pi Giant, tapi pagi tu memang ibu ada kat rumah. Ibu cakap tadak orang datang pun, tadak orang bagi salam pun. Well, rumah aku bukan standard banglo yang kalau orang laung kat pintu depan, dekat dapur dah tak dengar. Rumah aku abah, setoet je. Memang dengar lah kalau orang panggil, unless kalau tutup pintu and tidur mati. Masalahnya, ibu jenis tak suka tutup pintu tapi grill berkuncilah. 

Lepas tu, ibu macam tak puas hati sebab ibu memang ada dekat rumah at that time tapi, dalam Poslaju punya sistem mention, tadak orang. Sebab ibu tak puas hati, aku lagi lah tak puas hati. Sebab aku memang tak sabar tunggu barang tu, plus memang aku keep on track barang tu. Alih2 dia boleh cakap macam tu. So, aku terus call hotline dia, tapi disebabkan jam pada masa itu sudah menunjukkan jam 2030H, makanya operator Poslaju pun dah tak bekerja. Working hours deme sampai jam 2000H ja.

Besoknya, aku call hotline lagi. Adalah dalam dua tiga kali jugak aku call hotline, tapi tak berjawab. Jadi, aku terus call main office Poslaju tu dekat Bagan Dalam. Aku tanya kenapa macam tu ? Notis pemberitahuan pun tak tinggal. Lepas tu, orang yang entertain aku tu cakap, buat apa posmen nak simpan surat. Kenapa dia tak mau deliver surat tu kalau dia dah sampai. Darah aku memang medidih time tu. Sebab malas nak panjang citer, aku terus letak fon. Pi amek barang dekat main office Poslaju tu guna tracking number je.

Balik dari amek parcel tu, ada la singgah sini and sana sat. So, sampai rumah dalam pukul 11 lebih. Dekat pukul 12 tu, ibu nak keluar buang sampah baru perasan ada notis pemberitahuan untuk tuntutan parcel tu. Believe it or not, aku ada ja kat rumah, tapi tak dak salam pun. Tak dengar orang ketuk pintu pun. Tetiba dapat notis tu.

Phuiiii !! Poslaju punya orang buat kerja macam mana ntah. And ni bukan kali pertama kes macam ni. Hari tu, abah dah terkena sekali. Masa aku call main office tu, aku cakap ngan dia, kan ada no telefon, kenapa tak call ? Dia tanya aku balik, alamat betul tak. Aku cakap, alamat betul la. Dia boleh jawab, kalau alamat betul, memang posmen tak kan call. Phuiiii lagi sekali !!! Kalau macam tu, tak payah nak letak kolum no telefon kat situ. Ko nak tunggu alamat salah baru nak call ? Mana ko tahu alamat yang ko pegi tu tak salah ? 

Aku memang tak leh sabar dengan orang macam ni. Ko salah, admit lah ko punya salah. Say sorry at least, ko nak tegakkan benang yang basah nak buat apa ? Bukan aku nak mintang segantang gandum pun. Courier lain, elok je boleh call even dah sampai depan rumah. Poslaju, macam hape lagi. Please lah ! 

Saat entri ni ditaip pun, darah menggelegak balik. So, better stop now atau bad words akan fluent je keluar dari mulut aku,

You Might Also Like

9 comments

  1. Akak pun biasa kena macam ni. Diorang ni agaknya siap2 tulis slip then drop je kat rumah kita. Malas nak nunggu kot. Tak pun nak kejar time ke. Bab2 camni memang malas nak call hotline,..jawapan2 diorang macam jawapan pak menteri. Buat kita mendidih hati ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. nak kejar time lah tu... aje konon dah hantar, padahal tidak.. janji derang dah sampai.. konon je tu semua.. geram ! huh !

      Delete
  2. pernah call office utk buat penghantaran semula,,tunggu 2hari,,tak de pun dtg rumah,,memang kena byk sbr dgn pos laju ni T.T

    ReplyDelete
  3. ni perkara normal.hny yg sbr je mampu tahan..huhuu.. haru aih posmen gitu. nsb tmpt yui ok

    ReplyDelete
  4. Susah nak kata servis diorg ni camana...sbb belum pernah kena mcm Siti Nurzafirah lagi... :)

    ReplyDelete
  5. Owh.. aritu kat sini pun masalah.. posmen datang x ikut time.. pastu ikut suka je.. tapi skrg dah ok.. dia datang pepagi.. Alhamdulillah.. yg dekat opis dia pun ok..

    ReplyDelete
  6. pernah je kene sis. Rasa nak tempelak je org yg hantar dan org hotline tu. Tapi, mls nak gaduh. Sabar jelah.

    Jemputan ke segmen kita.
    * http://alongwawaerna.blogspot.my/2016/04/erna-mini-giveaway-april-mei-2016.html

    ReplyDelete
  7. pos laju x bersalah..org yg bekerja yg pos laju tu kasi basuh sikit...dia nk keje ke x nak..hadoilah

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored