BISKUT CORNFLAKES CRUNCH

3:48 PM

BISKUT CORNFLAKES CRUNCH 


BISKUT CORNFLAKES CRUNCH 


Biskut Cornflakes adalah antara biskut laku keras kat rumah. Kalau buat berbalang-balang pun boleh habis. Selalunya aku buat Biskut Cornflakes yang jenis cornflakes di campurkan sekali dengan adunan. Tahun ni rasa nak try resepi baru pulak. Google punya Google, jumpa yang ni. 

Tapi, seriusly aku terlupa aku amek resepi ni dari mana. Halalkan ye tuan punya resepi. Nama diberi, Biskut Cornflakes Cruch. Dah memang crunch, sebab tu nama dia ada crunch. Eh ! Apa aku mengarut ni.

Beginilah rupa biskutnya... Cara-cara membuatnya, sila scroll ke bawah lagi ye.


Biskut Cornflakes Cruch

Bahan-bahan
Bahan A
280gm mentega (aku guna Butter Cup)
180gm gula kaster
1/2 sudu teh vanilla
2 biji telur B

Bahan B
320gm tepung gandum/rose
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh Emplex

Bahan C
500gm cornflakes (diramaskan)

Cara-cara
Pukul Bahan A sehingga kembang, dan kemudian telur dimasukkan satu per satu
Pukul sehingga sebati
Masukkan Bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut
Rehatkan didalam peti sejuk selama semalaman
Sudukan adunan dengan menggunakan sudu teh dan gaulkan adunan didalam Bahan C
Bakar selama 20 - 25 minit spada suhu 150 C


Siap ! Lagi banyak cornflakes, lagi sedap. Tu pun ada yang luruh cornflakes nya semasa nak dimasukkan kedalam balang.

You Might Also Like

10 comments

  1. Suka biskut ni! Huhu dia rangup lg kalau letak corn flakes bnyk2 hehe...

    Jemput singgah blog jgn lupa tggal jejak ;) selamat menyambut ramadhan!

    ReplyDelete
  2. wah zaf, rajinnya...seronok tengok adik2 buat biskut raya ni :)

    ReplyDelete
  3. tahun ni boleh try.. tiap2 tahun sebelum ni asyik corn flake madu je..

    ReplyDelete
  4. ini sedap !!!! buatla guano pun memang sedap gak.. tapi i is malas hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored