BISKUT DOT CHIP

3:27 PM

BISKUT DOT CHIP


BISKUT DOT CHIP


Biskut yang paling win buat setakat ni kat rumah. Dah beberapa tahun biskut ni berjaya menetap di rumahku. Hehehe..

Cara nak buat dia pun mudah dan senang. Barang-barang yang digunakan pun tak banyak. Jom intai resepi biskut Dot Chip yang mudah ni. Sempat lagi ni kalau nak buat untuk raya. Paling tidak boleh buat kudap-kudap time kat ofis nanti.

BISKUT DOT CHIP

Bahan-bahan
125gm mentega (aku guna Butter Cup)
50gm gula aising
Secubit garam
1/2 biji telur
125gm tepung kek
1/4 sudu teh serbuk penaik
100 gm kacang badam
70gm coklat cip

Cara-cara
Pukul mentega dan gula seketika
Masukkan telur diikuti dengan bahan-bahan lain
Gaul sehingga sebati dan bentukkanlah mengikut kesukaan
Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.


First time guna Hershey's chocolate chips, selaluya guna yang beli dekat kedai bakery


Time bakar, alahai semerbak je bau. Part tu yang aku paling geram and reason why aku selalu baking memalam. Mana tahan dengan bau dia. Huh ! Dah buat, mesti nak rasa pulak kan ? Haihh... Haaaa... Beginilah rupanya.. Nama pun bikut Dot Chip, sebab tu ala-ala dot. 




Almond tu aku beli yang sebutir-butir tu, lepas tu tumbuk dalam lesung batu bagi hancur. Bukanlah hancur terus, tapi kepada yang lebih kecil lah supaya time makan tu terasa kerangupan dia.

You Might Also Like

5 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored