RESEPI APOM GULA HANGUS

9:00 AM

RESEPI APOM GULA HANGUS


RESEPI APOM GULA HANGUS


Asslamualaikum. Holla ~

It's Wednesday but today there's no entry for WW just to share this.

Apom gula hanguih ~ 
Aku memang suka sangat makan apom gula hangus ni. Nak2 kalau dia hitam melekat, yang warna coklat tu, feel dia kuarng sikit. so-so je.

Aku memang suka benda itam. Sebab yang itam tu, rasa dia lain macam sikit. Tangkap syurr ~



Okeh ! Sebelum membebel lagi panjang, meh aku share kan resepi apom gula hangus ni yang memang dah lama nak buat, recently baru impian tu tercapai. Phew ~



Apom Gula Hangus

Bahan-bahan
1 cawan gula pasir *
1 cawan air panas *

Bahan * dijadijan gula hangus ye

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar butter / marjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. Gula dihanguskan dan kemudian dicampurkand dengan air. Kemudian, sejukkan.
Hati-hati sewaktu menambahkan air ke dalam gula, wap air akan terbebas secara drastik
2. Blendkan telur, susu, minyak dan butter / marjerin, dan ksiarkan dalam anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama dengan soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4.Akhir sekali, masukkan tepung dan teruskan proses mengisar.
5.Kukus  adunan didalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan plastik seperti yang dijual di kedai.
Sekiranya adunan agak acair, tambahlah tepung agar apom tidak mendap dan basah di bahagian bawah.
6. Siap ~

Percubaan kali pertama, bantat walaupun rasa dia seperti yang aku dok admire selama ni.
No idea, kenapa.. 

Percubaan kedua, menjadi. 
Yeay ~




You Might Also Like

8 comments

  1. first time buat bantat tu normal la.kalau first time buat jadi elok. second third fourth mesti hancus. hahaha :') Selalu ain jadi mcm tu

    ReplyDelete
  2. Suka makan...tapi x penah buat..

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa.. nanti nak try buat la

    ReplyDelete
  4. Kalu resepinya hangus sebelum gula tu hangus camne? He he he

    ReplyDelete
  5. sedap ni ceq suka.. nanti open house dak ? nak serbu hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored