WARNA WARNI RAMADHAN BUFFET DINNER, IXORA HOTEL

9:19 AM

WARNA WARNI RAMADHAN BUFFET DINNER, IXORA HOTEL 


WARNA WARNI RAMADHAN BUFFET DINNER, IXORA HOTEL 


Ramadhan bakal menjelang. Tak lama dah. So soon. Bulan puasa selain mengatur masjid untuk buat terawih, hehari kena atur menu untuk berbuka dan sahur jugak. Assalamualaikum. Holla ~ Sempena bulan Ramadhan nanti, Hotel Ixora ada menyediakan buffet berbuka puasa yang bertemakan Warna-warni Ramadhan.

Pelbagai menu dan juadah yang disediakan. Sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Ada lauk ala kampung, ala arab, ala western. Haih ! Memacam lah. Jom tengok antara menu yang disediakan oleh Hotel Ixora.



Beraneka kerabu. 

Jeruk buah-buahan

Aneka ulam-ulaman dan sayur-sayuran


Geram nengok petai tu

Keropok pun hado sebagai penambah selera

Di bahagian luar jugak turut tersedia aneka juadah antaranya Penang Char Kuey Teow, Laksa Johor (jarang-jarang jumpa menu ni), Pasembur, ABC dan kambing golek.






ABC punya isi kandungan. DIY ye ABC nye
Pasembur


Kambing golek in the making

Aneka air turut jugak disediakan. Air sejuk mahupun air panas. Time puasa ni, tengok semua jenis air, semua pun teringin kan ?



Aneka jenis kurma



Sup ekor berjintan dan roti tu pun antara menu wajib try dekat Hotel Ixora ni. Memang terangkat habislah kalau kena hat ni.






Kalau kat tempat lain, ais krim yang disediakan jenis ais krim yang kena cedok tu, kat sini lain sikit dari yang lain. Hotel Ixora menyediakan ais krim Malaysia. Haaa.. Tetiba terimbau kenangan dulu. Ais krim Malaysia dia gemok2 and memang sedap lah. Cukup rasa semua. Hat ni pun wajib try.







Aneka pencuci mulut. Kalau rasa tak mau pencuci mulut ala western, kuih2 tradisional pun ada jugak. Kalau tak mau kuih muih, ada jugak buah-buahan, marshallow serta chocolate fountain. Kuih raya pun ada jugak kalau terasa nak makan kuih raya awal-awal nanti. Semuanya di buat sendiri oleh chef Hotel Ixora ni.





Udang Kasturi

Kupang Mangga Berlada




Bubur cha-cha pengat pisang

Aneka kerabu

Shawarma ! Must try ! 


Kambing golek

Terdapat 3 jenis gravy untuk kambing golek ni. Ada blackpepper, rosemary dan pudina. Kalau gabungkan ketiga-tiga gravy ni, memang terangkat habislah.


Sepanjang menikmati hidangan juadah berbuka puasa itu, anda bakal dihiburkan oleh alunan muzik yang sangat selesa untuk dijadikan halwa telinga. Kalau nak solat dulu, then sambung makan pun boleh, surau turut disediakan.




Kalau anda pemegang kad Meriah Mydin, anda bakal mendapat diskaun sebanyak 10%. Ada jugak prepaid voucher untuk orang dewasa. Jadi, tunggu apa lagi ? Plan your day untuk berbuka di Hotel Ixora. Warnai Ramahan anda dengan juadah yang disediakan di Hotel Ixora. Lokasi adalah seperti dibawah.







You Might Also Like

19 comments

  1. teringat lagi menu2 yang dihidangkan tu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. huwaaaaa ~~ janganlah cakap kat sini.. nanges tau !

      Delete
  3. mak aii banyaknya menu.. jenuh la nak pilih.. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itulah masalah nya...

      then tengah pk nak makan apa, kenyang dah... sebab amek sana sikit sini sikit.. huhu

      Delete
  4. Mummy kalo banyak mcm ni alamat pukul 10 pun tak habis lagi bukak puasa.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yelah ... plus sembang2 lagi... sampai sahur pun boleh kan.. ;P

      Delete
  5. Replies
    1. band tu pun dah well established.. and well known...

      Delete
  6. Emmm sedapnya menu bufet tu ;)

    Ramadhan kareem SN..
    Selamat berpuasa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2.. hehe

      terima kasih kak CH... selamat berpuasa jugak dari diriku yang jauh di mata dekat di hati.. mihmihmih

      Delete
  7. Replies
    1. haish ! bab sedap tu lah yang buat tersandaq...

      Delete
  8. Banyak betul pilihan makanan. Kompem rambang mata. Boleh rosak diet gini, hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. lepas makan baru ter pk pasal diet.. acane ?? mihmihmih

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored