AYAM MASAK MERAH

9:00 AM

AYAM MASAK MERAH


AYAM MASAK MERAH


Assalamualaikum. Holla ~ Hari ni nak share resepi lagi. Kalau suruh Ibu masak ayam masak merah, mesti Ibu akan masak ayam masak merah yang warna oren tu, yang kena letak tomato puree tu, kalau setengah orang panggil ayam masak ros.

Sebenarnya aku suruh masak ayam masak merah ala-ala rumah kenduri. Hat tu sedap weh ! Aku paling tersuka. Kalau pi rumah beradik-beradik, mesti ayam dengan sambal dia ku amek banyak sikit. 

Dan disebabkan aku tengah bertugas sebagai Master Chef sekarang, maka... Officially, dapur tu aku yang punya. Jom masak ayam masak merah my style. Muahaha




Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya
7 ketul ayam (lumur dengan garam dan kunyit)
4 sudu besar cili kisar
Sos cili (aku main tuang, so tak de sukatan tepat)
Serai (dititik)
Gula (secukup rasa)
Garam

Bahan kisar
1 biji bawang besar
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari)

Cara-caranya
1. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan. (Jangan goreng terlalu masak, nanti keras)
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga agak garing.
4. Masukkan serai dan diikuti dengan sos cili.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.


Argh ! Nikmatnya ayam kenduri walaupun tak kenduri lagi... Hehehe 


You Might Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. memang sedap.. eh ! terpuji diri sendiri pulak.. hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. kan kan kan.. selalu p kenduri memang cari lauk ni dulu

      Delete
  3. Tengok ayam masak merah ni..terus rasa lapar lah dik..hihi

    ReplyDelete
  4. kalau akak, suka blend serai ngan lengkuas sekali pastu tumis..sedap la jugak (puji diri sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi lah tu.. sapa lagi nak puji diri sendiri kan..

      Delete
  5. Sedap ayam masak merah ni.. Lepas raya ni dah kurang

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored