BISKUT UNTAIAN KASIH

9:00 AM

BISKUT UNTAIAN KASIH


BISKUT UNTAIAN KASIH


Mood raya ON lagi ! Assalamualaikum. Holla ~

Biskut raya terakhir yang dikongsikan disini. Yang lelain kena tunggu lain kali or next year. Biskut ni nama macam dalam surat beranak dia, Untaian Kasih. 

Sebenarnya nak buat Biskut Untaian Kasih ni kena pakai nozzle yang special and dedicated to it. Tapi, sebab malas nak beli, penyegan, peramah... Eh ! Pakai je lah apa yang ada.. Tu yang kalau perasan, Biskut Untaian Kasih kat rumah orang lain, lain macam sikit dengan yang aku kongsikan ni. Janji, Biskut Untaian Kasih sedap masuk kat tekak dan selamat dihadam dalam pewot.

Kalau rasa nak buat Biskut Untaian Kasih ni mengikut bentuk asal dia, pakai lah nozzle khas untuk dia ye. Boleh cari kat online atau kat kedai-kedai kek. Aku memang tak jual, beli pun idak. Pakai je apa yang ada.


BISKUT UNTAIAN KASIH



Bahan-bahan
250gm butter
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
Esen vanilla
Hiasan : apa-apa pun boleh (ceri, chip chocolate, bintang dan bulan *macam aku*)

Cara-caranya
1. Gaul butter dengan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur, esen vanilla, tepung jagung dan tepung gandum.
3. Masukkan dalam piping beg.
4. Bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit.


Senangkan ? Sedap pulak tu.. Cuma aku tak kenan part cawan ni. Aku lagi suka pakai penimbang. tapi.. Asal sedap, cawan pun cawan lah. Hehehe...

Semoga maju jaya ~


You Might Also Like

7 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored