PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 3

11:30 AM

PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 3

PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 3 


Move on to day 3. Sebenarnya rasa macam dah up entri ni berkurun lamanya. Unfortunately, lost it all. MIA ! Tak tau kenapa tak auto save. Huh ! And mood pun down untuk upload and karang balik. T_T

Lagi lah ke laut memory ni kan. Tapi, jangan risau sebab day 4 aka last day dah siap karang and ready to publish. 

Moh sambung day 3 at Bukit Tinggi. As usual, breakfast at hotel. Tapi, day 3 punya menu, macam 'kureng' sikit. Gasaklah ! Janji ada makanan untuk diisi ke dalam pewot comelku. Day 3 ni kami ke Rumah Minang, tapi yang ini memng tak kena bayar and tak jauh dari bandar Bukit Tinggi. Kiranya, keluar sikitlah dari Bandar Bukit Tinggi tu but still sejuk. 





Since sampai awal, memang tak de tourist lain except for us. Gasaklah ! Tak de lah berasak sangat orang kan. Selesa. Nice view kat sini. Ijo je mata. Mata pun sejuk. Rumah Minang ni terletak di Padang Panjang dan selalunya tourist tak dibawak ke sini. Cuma dibawa ke Istano Basa Pagaruyung. Boleh baca entri tu kat sini, PADANG, BUKIT TINGGI HERE I COME !!! DAY 2












Kat sini jugak terkenal sebagai Kota Serambi Mekah suatu ketika dahulu. 

Masuk je kat dalam Rumah Minang ni, akan ada orang yang panggil kita untuk sesi penerangan. Aku ada record kan apa yang dia ceritakan. Kalau rajin, tengoklah. Btw, video tu dalam mode slow motion sebab aku tak perasan pulak tertekan slow motion punya mode. Bertabahlah ye. ^_^




Akak Minang tu banyak ceritakan pasal orang Minang, adat perpatih dan memacam lagi. Bagus jugak untuk pengetahuan dan memperbetulkan perception kita tentang orang Minang. Dah habis sesi penerangan dari akak Minang ni, boleh teruskan sesi tinjauan kat dalam rumah ni.  









Di Rumah Minang ni jugak disediakan perkhidmatan untuk menyewa baju perkahwinan mengikut adat Minang. Harga dia lepas convert duit Malaysia, dalam RM10. Sebab aku tak try baju tu, aku rakam lah pengalaman Anis. Hergh !! Nape ntah jari gatai ngat tekan slow motion punya video. Sorry ! T_T







Eh ! Aku nak feeling jugak merasai pelamin fantasia Minang. Tapi, tak de baju pengantin dan tak de calon imam kat sebelah. Ahaks








Ada satu bilik yang menempatkan replika burung ni. Burung ape ntah. Serius cuak at first. Cuak pun sempat selfie an. Hahaha





Keadaan dalam rumah Minang dari puncak tertingi dalam rumah. Sekarang, rumah tu memang tak de yang menginap dah. Fully untuk tourist.







Tido time amek gambar sekali berkala, tak kisah sangat lah kan... *urut2 dada*





Struktur rumah yang senget ni pun bersebab tau. Errr.. Tapi, aku tak dapat recall, maybe untuk elak gempa ?? Haih ! Macam salah pulak.. Bawah ni rumah padi, rumah untuk menyimpan padi.








Next location is, Rumah Kelahiran Bung Hatta. Actually, I'm not really familiar with the name, I'm only familiar with Hatta. So, pick up train pun datang dengan kadar perlahan.

Daripada hasil kunjugan aku ke Rumah Kelahiran Bung Hatta tu, dapat aku simpulkan bahawa Bung Hatta ni adalah seorang pejuang bahasa, pejuang ilmu. Beliau sangatlah menggemari ilmu. Percaya tak Rumah Kelahiran Bung Hatta ni terletak betul-betul di tengah pekan dan agak  susah sebenarnya untuk mencari parkir.

Rumah Kelahiran Bung Hatta ni sebenarnya, berada di hadapan sikit daripada kedudukan sekarang. Namun, atas sebab arus modenisasi, Rumah Kelahiran Bung Hatta telah dianjak kebelakang tapi, bentuk asal rumahnya tidak diubah sama sekali.








Bilik Bung Hatta sewaktu beliau "bekerja" . Hiasan di dinding kamar Bung Hatta ni mengingatkan hiasan di dalam rumah arwah tok aku suatu ketika dahulu.






Rumah padi


Kandang Kuda.. 
Teringat pulak cerita P.Ramlee, 3 Abdul part P.Ramlee dan bini dia kena tido kat kandang kuda..




The gediks





Pak Putra bagi kami pilih menu untuk lunch hari ni. So, decided nak makan ayam penyet pulak. Jemu dah aih Nasi Padang. Restoran Nasi Ayam Penyet ni bebetul terletak bertentangan dengan hotel kami. 

Pak Puta jugak bagi kelonggaran untuk memilih menu lunch. 4 of us amek ayam penyet, tapi ayam nya di variasikan. Ada ayam goreng, ayam bakar, ayam tak ingat pun hado. Hikssss



Sambal nasi ayam penyet ni, memang pedas das das das... Haih ! Meleleh air mata, tapi sedap sangat. Sampai boleh bertambah sambalnya walaupun menangis tahap tak hengat. 

Selepas settle sepinggan nasi ayam penyet, Pak Putra offer lagi kalau2 kami nak tambah makanan lain. Bila belek2 menu, tengok semuanya makanan berat. So, forget it !

Next location after perut kenyang, shopping lagi. Pasar Aur Kuning. Kat sini, memang murah2. Variety of kain pun memang banyak. Rambang gilo mata ni haaa. Adeh ! Sebut ja 


Muka penat kempiskan purse

Captured this sebab teringat kan Nadiah !

Kat sini KFC amemang susah untuk dijumpai, apatah lagi McD. Tapi, dengan kekurangan itu, ada kelebihannya. Kat sini, memang banyak jual ayam ala-ala kepci version jalanan. Sedap dengan tak sedap jugak. Pak Putra suggest restoran ni, siap ada tempat makan bagai, ada set beserta nasi. Tapi, disebabkan perut kenyang masih kenyang shopping, kami tapau ayam goreng ni sorang seketoi.





Nak habaq yang ayam kat restoran ni memang sedap. Ala-ala kepci. Memang setanding lah. Cuma part sos dia, kureng sikit. Tapi, ayam dia memang malebes mabeles. Kena try ayam goreng kat sini kalau pi Bukit Tinggi. Restoran ni memang kat tengah pekan and selalunya memang ramai orang. Ramai je yang beratur. Bertabahlah kalau nak rasa keenakan kurma ajmal ayam goreng ni.

Malam ketiga pun makan sama dengan malam kedua. Still at Hotel Treeli. Tapi, opkos menu berubah but yet still failed for me. Chosen menu yang tekak cakap tak best even nama kemain kebabom ! Huh !




Nasib baik ada pisang cheese ni untuk mengubat hati yang lara. Hat ni pun sodap. Murah, tapi tak terasa murahnya. Mungkin betul, Bukit Tinggi kaya dengan cheese. Cheese tak kedekut langsung. Memang terasa sampai ke anak perut tekak. Chocolate dia pun sama. Recommended !



End of day 3. Will be continue in the next entry for the last day, day 4. Stay tuned !
Boleh baca entri sebelumnya kat sini...



You Might Also Like

3 comments

  1. Bukit tinggi tu tinggi tak? He he he

    ReplyDelete
  2. Zafff, nape tak pakai baju pengantin tu..kempunan nak tgk..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored