AYAM MASAK BALI

9:00 AM

AYAM MASAK BALI


AYAM MASAK BALI


Ni bukan entri dalam draf basi ye sedare sedari. Ni entri baru dan masih fresh lagi hokey. Memang lah time Ayam Masak Bali tengah popular sudah berlalu. Tapi, masalahnya, aku baru nak try rasa/ masak/ makan Ayam Masak Bali ni. 

Okey ! Lupakan part makan sebab aku tak sempat nak rasa pun Ayam Masak Bali ni. Semua orang cakap Ayam Masak Bali air tangan aku ni, sedap. Masalahnya, aku sendiri tak sempat rasa. Adik time tido pun sempat bisik kat telinga aku yang Ayam Masak Bali ni sedap. Hehehe

Sudahlah ! Moh share barang baik ni bersama.


Ayam Masak Bali


ayam masak bali, ayam bali, masak ayam, masak simple,


Bahan-bahannya
Ayam (aku guna dalam 6 ketul)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari (ceraikan dari tangkai)
1 sudu besar kicap manis
Gula melaka (adjust mengikut rasa)
3 sudu besar cili kisar
3 biji bawang besar (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
Halia (lebih kurang seinci)
Belacan
Minyak masak 
Garam
Air

Cara-caranya 
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam, gorengkan separuh masak dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi (kuantiti dikurangkan), goreng serai dan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
4. Masukkan kicap, gula melaka, belacan dan garam secukup rasa.
5. Apabila sambal dah sebati, masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan air sikit untuk jadikan ia berkuah.



Walaupun namanya sambal, aku tetap buat dia bagi berkuah sedikit. Sebab family aku memang makan jenis berkuah, tak de kuah sat lagi, bising pulak. So, sebab tu nampak berkuah sikit. Kalau tak nak berkuah, tak payahlah letak air ye.

Ohh ! Kalau perasan, aku masak memang tak letak bahan penambah perisa. Maaf ! Sebab memang aku tak guna bahan penambah perisa time masak. Sebab Ibu pun memang tak guna, so do I. So, kalau yang guna bahan penambah perisa tu, pepandailah adjust time bila nak tambah penambah perisa tu ye.




You Might Also Like

20 comments

  1. singgah pagi..
    salam jumaat..♥
    menarik...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tu lah... kalau makan kat kedai, dia terlebih letak bahan perasa,t erus tangkap kepala.. haih

      Delete
  3. Replies
    1. tunggu air tangan kak lia pulak laa.. mesti lagi sedap.. yummeh !

      Delete
  4. sy pun xpenah try lg sis..nnt nk try laa..

    ReplyDelete
  5. Kitorang kalau kat kampung belah nenek time raya mesti buat sambal bali! Tapi daging lah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh !!! mesti lagi sedap kan guba daging...

      Delete
  6. kalau akak tau resepi ni je..ayam masak beli. gi kedai, beli..hehe

    ReplyDelete
  7. rajin zaf masak skrg
    nak naik pelamin kut
    cia cia ciaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. aminnnnn

      sekarang full time houseladies bila cuti.. tu yang rajin.... ^_^

      Delete
  8. laa..nape pas mask tu x rasa dulu..rugilah tak tahu sedap yg adik ckp tu...masak pos ke sini semangkuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab lepas masak tu kelam kabut nak keluar pulak... T_T

      kalau Firah, pos mangkuk je boleh tak Sis JM ??? ngeee

      Delete
  9. sama laa tak suka letak penambah perisa.. bila nak masak untuk Eyda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gimme pai !

      Boleh.. nanti kita buat pot luck reramai naaa...

      Delete
  10. lama tak makan ayam masak bali ni.. lama tak beli ayam sbb mahal hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah pun sebenarnya dah lama tak beli ayam... raya hari tu baru start beli balik.. tapi, tak kerap macam dedolu

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored