BISKUT OVALTINE, CHOCOLATE MALT

8:30 AM

BISKUT OVALTINE, CHOCOLATE MALT


BISKUT OVALTINE, CHOCOLATE MALT


Assalamualaikum. Holla ~ 

It's Thursday ! Mata berat ! Semalam jam 4 pagi baru boleh tido, tu pun kena paksa to the max. Jam 6 pagi dah nak bangun. Haih la mata ! Dengan workload melambak tak hengat, report audit nak kena prepare lagi. Moga aku terus bertenaga sampai balik. Oh ! Lunch nanti sempat kot nap sekejap.

Ovaltine.. Macam lama dah tak dengar kan. Dulu masa kami beradik-beradik masih bersekolah, Milo / Ovaltine /Vico is our breakfast. Alhamdulillah. Memang tahan. Tapi yang selalunya Milo dengan Ovaltine lah. 


Ingat lagi, time tu, kalau abah / ibu yang bukak tin Milo / Ovaltine, bau semerbak dia tu. Aih ! Tak tahan.. Tapi, sekarang, bau tu macam dah tak da je. Ke hidung aku tersumbat ? Any answer ? Heee..

Hari tu, masa kat Giant, terjumpa Biskut Ovaltine ni. Pastu. tetiba rasa terimbau kenangan time zaman sekolah. Terus grab sebungkus buat bekal makan kat office. Since, aku tak order nasi kat kilang, so hehari aku kena fikir nak makan apa. So, untuk senang, Isnin and Khamis aku puasa, jadi tak de lah penat aku kena fikir nak makan / masak apa. Hehhehheh

Back to the Biskut Ovaltine. Sebungkus tu berharga dalam RM 3.++ if I'm not mistaken, but below than RM5. Packaging masih mengekalkan packaging Ovaltine, merah, kuning, biru. Eh ! Macam bola Selangor dan Perlis pulak. 





Thailand Halal Certified. Of course, since this is product of Thailand.


Frankly speaking, towards the end of the pack, I still did not like the taste of the Ovaltine Biscuit. Why ? Huh ! 

First and foremost... Dah macam nak bagi speech pulak... Tekak aku rasa Biskut Ovaltine ni agak manis, bukan manis Ovaltine or manis malt *ada ke manis malt?* . Tapi, manis gula, which I don't like. Rasa Ovaltine macam tenggelam dek rasa gula tu. Tak rasa pun Ovaltine tu. Errr.. Tekak aku may have some variation, tapi, aku try makan untuk beberapa hari, tapi, rasanya still sama. Not my type.

Secondly, macam mention kat atas, bau Ovaltine tu dah tadak. Which I expect, bau tu aku akan sedut beberapa kali sebelum biskut tu selamat masuk ke dalam perut aku. Failed ! Macam mana nak mengimbau kenangan silam macam ni ? T_T

Thirdly, rasa Biskut Ovaltine ni macam kasar sikit. Maybe because of the malt itself. But, I couldn't taste the malt either. Tak best...

Namun, size Biskut Ovaltine ni agak comel dan aku suka design atas biskut tu sendiri. Lain dari yang lain. Haaa... Part ni je lah yang tak fail bagi aku. Hehehehe

But, anyway, macam biasa yang pesan dalam setiap entri review jujur aku, tekak kita mungkin berbeza. Maybe tak kena pada tekak aku, tapi kena pada tekak korang. So, try lah ! No harm kan. Mana tau, you would love this.  

You Might Also Like

8 comments

  1. tak pernah jumpa lagi.. manis? huhuhu mesti terkeluar dari senarai, tak minat makanan manis2 nih..

    ReplyDelete
  2. Wah....akk smpai sekarang mmg mnum ovaltine instead of milo...
    Baru ingat nk try...zaf kata x sedap xjadik la i

    ReplyDelete
  3. x pernah nampak pun biskut nih..

    ReplyDelete
  4. whoaa..kena g cari jugak laa niiii..hihih

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jumpa lagi.. nanti nak carilah..

    ReplyDelete
  6. dah try...

    my tekak...suka je biskut ni. ada rasa macam nestum sikit.

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored