PHANTAMANIA WEEWEE A WAA WAA REVIEW .:. FACE THE FACT !

10:15 AM

PHANTAMANIA WEEWEE A WAA WAA REVIEW .:. FACE THE FACT !


PHANTAMANIA WEEWEE A WAA WAA  REVIEW .:. FACE THE FACT !



Phantamania, Weewee a waawaa Face the Fact. Apa kaitan ? Macam tak de je. Macam tak pernah dengar je Phantamania ni. Apa ko bondo nya Phantamania ni ?

Ni nak bagi tau lah ni. Phantamania ialah satu tarikan baru di Penang. Phantamania ni macam muzium, tapi bukan muzium. Macam 3D art, tapi bukan 3D art. Dah tu ? Ape nye Phantamania ni ? At first, buat research, aku sendiri confuse sampailah seluruh jiwa dan raga ni ku serahkan kepada Phantamania untuk merasai kenikmatannya.

Assalamualaikum. Holla ~ Phantamania ni adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati oleh pengunjung, tak kisahlah samada memang dari Penang mahupun luar dari Penang. Sebab ianya memang berbeza dari tarikan lain yang ad di Penang. Opening Phantamania ni adalah pada 26-June-2016, kira baru lagilah ni.


Aku nak cerita banyak pun, tak dapat sebab aku sendiri tak reti nak buat kesimpulan tentang Phantamania ni. Moh la layan gambar supaya korang faham apakah Phantamania ni. Apa yang menarik Phantamania ni.

Sebelum tu, untuk memudahkan pencarian Phantamania ni nanti, aku kongsikan lokasi kedudukan Phantamania ni ye.




Lokasi Phantamania ni adalah di Lebuh Victoria. Memang boleh nampak Phantamania ni sebab dia memang bangunan tepi jalan.

Ada beberapa cara nak kesini. Kalau naik kereta, parking kat depan Phantamania memang agak limited. Untung sabut korang dapat parking depan tu, untung batu, kena parking jauhlah jugak macam CP hari tu. Tapi, ada jugak kawasan parking berbayar, tu lagi senang tapi jauh sikit la. Kalau memang nak berjalan di sekitar kawasan tu, memang berbaloi.

Selain kereta, boleh jugak menaiki kenderaan awam seperti bus dan teksi. Kalau naik bus pun tak jauh jalannya. Senang dan mudah je untuk ke Phantamania ni.

Kalau dah parking kereta kat kawasan berbayar dan rasa jauh, bolehlah sewa basikal untuk ke Phantamania. Selain ke Phantamania, dengan berbasikal jugak korang boleh pusing Street Art dan amek gambar. Dah memacam art baru dah sekarang ni.

Okey ! Dah habis cerita pasal kenderaan, meh la jamu mata.


                                            

                                           

                                           
  
                                 

                                       

                                      


First part. Memang sepanjang jalan dipenuhi dengan cermin. Mirror mirror on the wall, who's the prettiest among all ? Hek2... Kat bahagian ni, korang kena jalan pakai tangan dan bukan pakai mata. Sebab, mata boleh menipu, tapi tidak tangan. Masa jalan tu, kena raba-rabalah. Tapi, AWAS ! Jangan tersalah raba pulak. Naya dek non oiii ! Kalau korang pakai mata time jalan, confirm akan langgar cermin dan dapat souvenir sebagai kenang-kenangan.

Teruskan perjalanan dalam cahaya yang samar dan penuh keterujaan.


                                               

                   


Hah ! Cane perasaan ade kembo ? Confuse dak yang mana satu ?





Can't move to the real world. Gittew lah ! Kat dalam tu cantik sangat, kalau nak buat candle light dinner memang port terbaiklah. Len kali datang, nak bawak kesayangan, nak hangkut meja, kerusi, lilin dan 2 biji cupcake. Auch ! Manis angat. Hiksss



Perasaan dicelup ke dalam perigi. Dah rasa dah Gerun seh ! Muhahaha

Dah la kena celup dalam perigi, tetiba pulak kena bergayut.. Habis sopan ai cover tau. (^_^)






Nina dok bergayut kat cermin rumah sapa ntah. Adeh !

Ber agogo dalam  cahaya yang samar. Post sebenar kat sini, tak dapat dikenal pasti.





Pengalaman beraya di rumah Encik Santa jugak tidak dapat dilupakan walupun hanya di jamu dengan ais batu dan telur pindang. Sempatlah jugak posing ala-ala salam perantauan.

Merasa merangkak masuk dalam igloo yang realitinya mungkin aku sempat sampai dan mungkin jugak tidak.

Kat rumah Encik Santa ni, memang macam sejuk sikit. Ko tengok kulit orang Malaysia, winter pun relax pakai tshirt Pagoda tau.. Heeee











Terima kasih Encik Santa sebab bagi peluang duduk di atas katil yang bertemakan Frozen ni.

Ni lah tempat yang aku tak boleh nak move ke alam realiti tadi tu. Ala yang aku nak buat candle light dinner dalam dia tu. haaa.. Yang ini lah bak kata Cikgu Salmah.





Selain daripada main attraction kat dalam tu, interior design kat dalam tu memang cantik dan boleh dijadikan tempat untuk sesi selfie wefie dan segala yang bersangkut paut dengan Fie. Mihmihmih








Terima kasih pihak Phantamania kerana telah sudi bekerjasama dengan Projek Blogger Utara. Pengalaman yang menarik ni telah kami abadikan disini untuk tontonan masa hadapan. Jika korang pun berminat untuk merasai pengalaman yang sama mahupun yang lebih extreme seperti kami di Phantamania, silalah berkunjung ke Phantamania mengikut lokasi yang telah dikongsikans dan harga tiket yang berpatutan seperti dibawah.

Harga Promosi Pembukaan
 Dewasa -RM19 
Kanak2/Pelajar/Warga Tua -RM12 

Harga Biasa 
Dewasa -RM28 
Kanak2/Pelajar/Warga Tua -RM18 
Kanak2 bawah 100cm - Percuma   


PHANTAMANIA PENANG 
Alamat:
 193 Lebuh Victoria  10300 Georgetown Penang 
Tel: 04-263 3193 
 Masa operasi : 10am-7pm setiap hari 





You Might Also Like

17 comments

  1. memang best kan..mcm tak puas berposing dalam tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. kaki bergambar memang suka lah tempat ni..boleh feeling Elsa-Frozen. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kaki bola ? boleh tak kak ? hehehe

      Delete
    2. kaki bola bahaya, kang dia sepak semua..haha

      Delete
  3. bestnya ZAf ada pintu doraemon..cantik untuk yang suka bergambar kan ,unik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Doraemon bagi pinjam kejap je kak.. ingat nak bawak balik... huk2

      Delete
  4. Tak puas lak tak dapat bergambar di lampu disko tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. haih ! dah ada orang dok tunggu... sadis

      Delete
  5. merasa gak duk kat dlm ice room tu
    hahaha tak sangka kt penang ada cam gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... ice room Hatyai dah tutup... Penang ada gantinya..

      Delete
  6. tak puas, rasa macam nak p repeat berposing kat dalam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan nset fully charged.. tu yang penting.. heeee

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored