SEMBANG GEGURL .:. ESSENCE MAGIC BLUSH

10:19 AM

SEMBANG GEGURL .:. ESSENCE MAGIC BLUSH


SEMBANG GEGURL .:. ESSENCE MAGIC BLUSH



Assalamualaikum. Holla ~

Dah lama tak sembang gegurl kan ? Last sekali cerita pasal Long Lash Mascara by ST... Hekhek.. Kali ni nak share pulak pasal Essence Magic Blush.

Sejak terpengaruh dengan YouTuber kaki make up, aku pun mula terpengaruh jugak nak jadi cantik macam deme. Dan disebabkan itu, aku pun mula menjejakkan kaki kat bahagian-bahagian tersebut kalau singgah kat Watson or etc.

Tak plan pun nak beli Essence Magic Blush ni sebenarnya. Dok tengok-tengok, belek-belek, tetiba duit terkeluar dari purse. Okey ! Yang tu tipu.




Beli kat Watson je Essence Magic Blush ni sekali dengan brush dia. Kenapa beli brush sekali ? Kan dah cakap, aku baru nak terjebak, dah sah-sah aku tadak lagi benda alah tu semua. So, start lah sikit-sikit.

Masa test dekat Watson tu, tak test dengan Essence Magic Blush ni. Masa tu test dengan blusher plain warna merah. Aku suka warna dia, tapi terkenan pulak mosaic kat Essence Magic Blush ni, tu yang terbeli yang ni. Ada lagi several type untuk mosaic ni. Ada merah + orange, ada merah + putih kot, aku tak ingat dah. Tapi, aku amek merah + pink. Tu pun setelah beberapa kali letak, amek, letak, amek. Tak tau yang mana satu nak amek. Huh !




Essence Magic Blush, harga dalam RM15.++ dan brush pulak RM 16.++. Brush tu punya lembut... Suka nya la haiiii ! Essence Magic Blush ni bagi beginner macam aku, aku suka effect dia. Aku suka warna dia bila dah blend together. Aku pakai light je sebab aku bukan pakai foundation berlapi-lapis pun. Nanti nampak pelik pulak kan.

Overall, aku memang suka Essence Magic Blush ni. Suka dengan warna dia, effect dia, senang nak cuci and brush dia pun aku suka. 

Untuk beginner atau maybe yang dah biasa guna blusher pun boleh try guna Essence Magic Blush ni. Boleh dapat di Watson, selain dari tu aku tak sure. Heee

You Might Also Like

4 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored