8 Sebab untuk Dapatkan Huawei Honor 8

11:29 AM

8 Sebab  untuk Dapatkan Huawei Honor 8


8 Sebab  untuk Dapatkan Huawei Honor 8


Assalamualaikum. Holla ~

Aku pernah pakai telefon pintar jenama Huawei suatu masa dulu, iaitu pada tahun 2011. Masa tu semua orang sibuk pakai jenama yang tengah menguasai pasaran, dan aku pulak memilih untuk menggunakan Huawei. Masa tu, agak janggal, sebab dalam ramai2 aku antara satu bintang bekerlipan yang menggunakan Huawei.  

Walaupun masa tu aku rasa teknologi Huawei dah agak canggih, namun nama Huawei agak kebelakang sedikit jika nak dibandingkan dengan nama pesaing yang lain. Tapi, aku memang suka dengan teknologi dan apa yang Huawei berikan kat aku masa tu, dan jangan tak percaya telefon pintar Huawei zaman 2011 tu, masih ada dalam simpanan dan masih boleh digunakan. Walaupun, skrin dia retak, tapi masih boleh digunakan dan kalau nak tahu jugak, sebelum aku menggunakan telefon pintar yang sekarang, aku memang menggunakan telefon pintar Huawei tu. Ada lah lebih kurang setahun jugaklah.

Tapi, hari ni, seiring dengan perkembangan teknologi, nama Huawei semakin meningkat naik. Teknologi yang dihasilkan semakin berubah dan boleh dikatakan seiring dengan pesaing yang lain. Antara telefon pintar Huawei yang hangat diperkatakan adalah, Honor 8.


Apa yang best nya pasal Honor 8 ni ? Memandangkan Lazada tengah membuat promosi untuk Honor 8, maka hari ni aku nak share lah pasal Honor 8 ni.

 


Honor 8 bertemakan telefon pintar yang membuka mata anda kepada dunia kemungkinan.

Mengapa Honor 8 ?

1. Kamera yang didatangkan dengan lebih cahaya

   Sapa tak suka selfie kan ? Sapa tak suka amek gambar ? Phew ! Dengan Honor 8,          
   hibrid auto-fokus membolehkan tumpuan laser dari jarak dekat, tumpuan mendalam tepat
   untuk jarak yang jauh, dan tumpuan berbeza untuk membantu mengambil gambar yang
   lebih baik pada keadaan pencahayaan siang dan malam yang kompleks . Honor 8 juga
   mempunyai 12MP untuk kamera belakang yang bersertakan dwi tona kanta. Manakala, 8MP untuk
   kamera hadapan sesuai untuk selfie.





2. Bateri dan kuasa yang tahan lama

    Selain daripada kamera, antara ciri2 yang dititik beratkan sewaktu memilih untuk membeli telefon 
    pintar ialah, kapasiti baterinya. Bateri Honor 8 ni tidak dapat ditanggalkan dan berkapasiti        
    3000mAh.Teknologi "fast charging" mampu mempercepatkan proses mengecas dari 0% ke 47%    
   dengan hanya mengambil masa selama 30 minit. Dengan bateri yang dicas penuh, memain video 
    tanpa henti selama 10 jam adalah perkara yang sangat hebat untuk Honor 8. Yang best 
    nya lagi, sepuluh minit waktu mengecas membolehkan panggilan telefon dibuat selama 2 jam 
    ataupun 6 jam waktu untuk mendengar muzik. Hebat kan Honor 8 ni ?  




3. Rekabentuk yang eksklusif

   Selain daripada kamera dan bateri, rekabentuk jugak adalah satu ciri yang menjadi asas dalam 
   pemilihan telefon pintar. Honor 8 menggabungkan reka bentuk yang eksklusif dan hasil     
   kerja yang mewah. Struktur badan yang licin Honor 8 diperbuat daripada kaca 2.5D pada 
   permukaan hadapan dan belakang skrin serta reka bentuk bezel ultra-sempit untuk badan yang 
   lebih kukuh dan licin. Apa tu kaca 2.5D ? Tengok sini untuk penjelasan kaca 2.5D.




4. Paparan skrin FHD 5.2-inci

     Dengan paparan skrin FHD, Honor 8 menampilkan warna yang lebih cerah, lebih bijak 
     mengawal penglihatan, serta detail yang lebih teliti. Dengan NTSC, paparan yang lebih baik serta 
     jelas dan tajam dapat dihasilkan. Honor 8 juga mempunyai ciri "Mod Eye-Care" yang 
     membantu untuk mengurangkan ketegangan mata dengan penapisan sebahagian daripada cahaya 
     biru. Jadi, kalau menonton pada Honor 8 dengan kadar yang lama pun, tiada lagi keadaan mata 
     yang tidak selesa.




5. Sistem pemprosesan

    Honor 8 didatangkan dengan OCTA-core CPU atau 4x2.3GHz + 4x1.8GHz dibina pada 
    satu seni bina 16nm. 4GB LPDDR4 RAM membolehkan pelabagai kerja dapat disiapkan dengan 
    sempurna dan serta dapat bermain permainan video dengan lancar. CPU chipset mengandungi i5 
    bersama pemproses, yang mengawal sensor Honor 8 dan ciri-ciri lain.  LPDDR4 
    membantu menjimatkan tenaga sewaktu penggunaan. 




6. Teknologi cap jari yang serba canggih

     Selain itu, aku berkenan jugak dengan dengan teknologi Huawei yang terkini ni. Hanya 0.4 saat 
     sahaja diperlukan untuk membuka kekunci Honor 8. Dengan kemahiran auto-
     pembelajaran, oleh sensor cap jari, membantu meningkatkan pengiktirafan cap jari dari masa ke 
     semasa. NFC, P2P dan pembayaran mudah alih berasaskan HCE juga antara teknologi canggih 
     Honor 8




7. Media pintar

   Yang ni pun aku suka jugak. Kadang2 nak bersembang lama2 sewaktu membuat panggilan, tapi 
   malas nak memegang telefon pintar untuk jangka masa yang lama. Dengan kekuatan "gain" 
   microfon yang tinggi, dah boleh letak telefon pintar sambil bersembang sewaktu membuat 
   panggilan dan ini tidak akan menjejaskan kualiti audio kepada kedua-dua belah pihak. Disamping 
  "noise cancelling" yang membantu meningkatkan mutu audio.




8. Mesra alam

   Ciri terakhir yang aku rasa belum ada lagi untuk telefon pintar yang lain ialah ciri mesra alam.    
   Honor 8 diperakui dengan UL 110 (tahap Platinum) untuk kemampanan telefon bimbit 
   dan kesan alam sekitar yang positif, dengan pembungkusan dan manual pengguna yang dicetak 
   menggunakan dakwat soya. Sesuatu yang baru dan mesra alam kan ? Pembungkusan ini diluluskan    oleh " Forest Stewardship Council", yang menggalakkan perhutanan kekal.





Untuk maklumat lanjut serta spesifkasi mengenai telefon pintar Honor 8 ni, jangan lupa layari http://www.lazada.com.my/honor-8/.

Honor 8 bakal memanaskan industri telefon pintar dengan teknologi yang canggih serta moden.

Kalau berhajat untuk membeli telefon pintar Honor 8 ni, bolehlah singgah ke Lazada kerana Lazada sedang mengadakan promosi hebat untuk penjualan telefon pintar ni.

Lazada jugak sedang menjalankan promosi My CyberSale. Klik iklan tu ye untuk melihat promosi yang bakal berlangsung iaitu dari 26 Sep 2016 sehingga 30 Sep 2016. Boleh "bookmark" dulu barang apa yang hendak dibeli nanti sementara meununggu gaji. 




You Might Also Like

3 comments

  1. Bestnya features phone nih! Akak pun tengah tunggu cybersale ni. Nak nyopping :)

    ReplyDelete
  2. kalau dapt hakni seketul alangkah bestnya..

    ReplyDelete
  3. Memang cantik..
    Kalau dapat satu nie, best gak..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored