CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 BAHAGIAN UTARA DI ALOR SETAR, KEDAH

10:03 AM

CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 BAHAGIAN UTARA DI ALOR SETAR, KEDAH


CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 BAHAGIAN UTARA DI ALOR SETAR, KEDAH



3 September 2016, yang lalu telah berlangsungnya Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 untuk Bahagian Utara  di Concourse, AEON BIG Alor Setar, Kedah. Hadiah berjumlah RM144,000 menanti peserta di 4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaran terakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr.

Tengoklah gelagat peserta Zon Utara dalam menyediakan hidangan terbaik mereka.








Peraduan ini diadakan buat kali pertama dan dijangka  dapat memberi penghargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. 

Kini munculnya satu trend pengunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk 2016, Cabaran RKK mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah, kari, kicap dan lemak. 





Untuk Cabaran ini, para juri terdiri daripada  Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Utara (founder Projek Blogger Utara) Nor Ariffin Hamzah (yang lebih dikenali sebagai Cikpinz @ CP) yang telah mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut kriteria kebersihan, persembahan dan citarasa.

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov 2016, di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran RKK ini.






Pemenang-pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr Bahagian Utara








Sempat menimba pengalaman daripada chef otai, Chef Jo.





Antara menu yang dihidangkan oleh para peserta. Hurmh.. Menyelerakan ! Agak-agak, juadah mana yang menjuarai tekak dan lidah juri ?







You Might Also Like

6 comments

  1. Wuuu...Aku ni tak reti pun nak masak hahaha

    BTW sini dah ada senarai pemenang segmen :) Nanti datang tengok

    http://mekzumbie.blogspot.my/2016/09/10-pemenang-segmen-hang-komen-hang.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored