KFC CRUNCH ONION REVIEW

8:19 AM

KFC CRUNCH ONION REVIEW


KFC CRUNCH ONION REVIEW

Teringin sangat. Teringin sangat nak makan KFC. Selepas dendam kesumat ku simpan sekian lama, maka hari yang mendung itu telah membawa aku ke KFC.

Assalamualaikum. Holla ~

Sebab memang dah lama teringinkan KFC Crunch Onion ni, hari tu sesi membalas dendam lah katakan. Satu set ni berharga RM13.++ kalau tak silap aku. Dalam set ni, ada dua ketul ayam, satu gravy onion cheese, coleslaw dan kentang putar.

Sibuk sangat makan sambil hadap fon, lupa pulak nak bukak gravy onion cheese tu. Sejurus gravy comel tu dibukak, terus calitkan jari untuk rasa gravy tu sendiri tanpa ada bahan penambah perisa yang lain.

Urm... To me, gravy onion cheese tu, so-so je. Tak kuat sangat rasa onion dia. Nasib ! Kalau tak, tak tau cane nak telan. Hehehe

Sebab sibuk makan sambil hadap fon jugak, tak terhabis gravy onion cheese tu. Makan ayam berserta coleslaw dan kentang putar. Sudahnya gravy onion cheese tu ku bawa pulang untuk dimakan pada hari yang lain.




Sejujurnya, aku rasa tertipu. Tertipu dengan iklan KFC yang acap kali ditayangkan pada ruangan iklan di kaca televisyen. Kenapa gravy onion cheese tu ku lihat sangat menyelerakan, dengan gravy yang banyak dan tidak terlalu likat seperti yang dihidangkan ? Aku rasa terpalit sedikit kekecewaan apabila rupa yang kuidam-idamkan berbeza daripada apa yang ku lihat.

Adakah aku ni sejenis manusia yang mudah terpengaruh dengan iklan ? Ada betulnya.. Atau mungkin, iklan KFC tu terlalu hiperbola ? Pun mungkin boleh jadi jugak. 

Selebihnya, aku rasa biasa sahaja. Mungkin keghairahan aku menatap fon dan menyebabkan aku terlupa akan gravy onion cheese tu menyebabkan rasa biasa itu muncul ? Arghh.. Mungkin jugak. Jadi, kalau nak mencuba sesuatu yang baru daripada KFC ni, pastikan anda mengikut sperti saranan iklan walaupun rupa dalam iklan tu memang tidak harus anda percaya sama sekali.

Sekian ~

Insan teraniaya.

You Might Also Like

8 comments

  1. sikit sgt cheese nya tu..dekut.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok iklan..sapa2 tengok pun bleh jadi lapar dan terliur kan firah..kak wana pun dah try..sedap juga..lapar punya pasal abis juga tu..hhehe

    ReplyDelete
  3. teringin nak makan...nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  4. depa kalau iklan kemain...bila tgk real tu dia menipu je haha

    ReplyDelete
  5. Heheheh...lawak zaf...
    Rasa dia not bad bgi akak...
    Mayb sbb lapaq sama kot

    ReplyDelete
  6. Haha biasa lah. Iklan kekadang suka exaggerate

    ReplyDelete
  7. iklan kemain g sana ala sikit xcukup dgn ayam banyak hahahhahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored