SUNWAY LAGOON - FIRST MOMENT ! PART 2

10:30 AM

Cerita bersambung.


Assalamualaikum. Holla ~

Moh sambung entri lepas. Kalau tak baca lagi entri lepas, boleh baca dekat SINI.

Masih cerita di Nicklodeon Lost Lagoon. Besar jugak dengan berkeluasan, entah aku lupa berapa hektar, sebab tak datang sini untuk jadi land surveyor. Dekat Nicklodeon Lost Lagoon ni ada escalator dan ada kipas sewaktu menggunakannya. Sejuk dalam panas.

Depan Nicklodeon Lost Lagoon ada Jungle Fury, Mystical Terrace and beberapa lagi.



sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing

sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing


Lama jugak berendam sambil main gelongsor dekat Nicklodeon Lost Lagoon. Duduk bawah bucket yang penuh dengan air, rasa macam duduk bawah air terjun. Main jugak beberapa gelongsor dekat Hypo Valley. Okey ! Time ni ada cerita lawak, tapi malaslah crita, nantik Dikdik ngamuk. 🤐

Memandangkan Sunway Lagoon menyediakan locker untuk meletakkan pirate private property so segala benda memang campak dalam tu kecuali water proof bag, 2 buah smartphone dan sedikit bekalan (duit). Pesan dah kat Dikdik, kita jangan makan kat dalam, minum pun jangan bila kenangkan harga yang mampu milik. Nasib baik, breakfast memang banyak, so kenyang lah sampai petang.

Tapi, bila terkenangkan ayat aku yang macam kejam tu, untuk counter balik, aku blanja Dikdik minum lemonade. 2 cup, RM 8. T_T

At least, tekak basah. Masalahnya, dah tekak basah, mesti dia nak terus je basah. Ni yang buat aku naik hantu,

sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing

sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing


Lepas tu, dok aim Ribena, 1 botol Ribena, 1 tin Sparkling Ribena dan 1 tin lagi Ribena kot *tak ingat, tapi dapat 3 item* berharga RM11. Yang ni, worth it lah kan. On the way nak ke amusement park, lalu sipi-sipi je dekat Wildlife Park. Argh ! Tak pe.. Yang tu dekat zoo pun boleh tengok. Wakaka


sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing

sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing

sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing


Since masa tu nak dekat Halloween, so Sunway Lagoon memang dihiasi dengan tema ala Halloween.

First game yang ktorang main, ialah Apache Pots, ala cup yang pusing-pusing tu. Sebab aku terlayan, kepala mulalah nak buat pasal, dengan perut kosong lagi. Penat aku tahan supaya tak spoil the mood. Sudahnya, ada beberapa game yang Dikdik main sensorang sebab benda tu men pusing-pusing jugak. Kang nanti ada pulak yang muntah darah kat situ. Sesian Dikdik.

Nak naik Butch Cassidy Trail dah kena beratur ramai, dengan kepala yang tak berapa hokey, plan cancelled !

Grand Canyon River Rapids, aku suke sebab tak banyak pergerakan. Duduk je dalam macam pelampung, dia bawak sampai ke hujung. Muahaha.. Tapi, yang tu memang best. Kalau banyak masa, nak je aku ulang dua tiga kali. 

Penutup dia ktorang main Colarado Splash. Best jugak, tapi kejap no. Pendek je gelongsor dia. Nak tarik pelampung naik atas balik, rasa malas. 


sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing

Agak, sherif letak kat jail ke letak kat Tampoi ?

sunway lagoon, weekdays, murah, taman tema air, water park, Halloween, vuvuzella, Nickelodeon park, cara nak ke sunway lagoon, best ke sunway lagoon, relevan, surfing


Eh ! Lupe pulak. On the way nak ke toilet, singgah kat Ghostbusters ni. Al kekdahnya, ktorang terlewat sikit sebab trip sebelum baru je masuk masa ktorang tengah jalan untuk masuk tu. Haih ! Tunggu je lah untuk next round and dah confirm lah kena dok depan sekali. Bila staff Ghostbusters panggil masuk, acah-acah relax padahal dalam hati dah debor gile. Mana taknya, sahih la aku yang terkejut dulu.

Masa masuk dalam tu, ada sesi briefing sikit. Hantu takkan sentuh kita, dan kita pun tak boleh sentuh hantu. All the way to memang ada staff yang guide kita, masa tu aku okey lagi sebab ada orang kat depan. Lepas tu, ada briefing lagi. Time ni lah aku ngelat bagi orang lain masuk dulu. Each person kena pegang bahu orang depan, yang couple seronok lah time ni. Aku ? Ntah ! Baju minah mana ntah aku tarik kat depan. 

Ada jugaklah yang aku terkejut. Sikit je. Sebab aku kan ngelat, so bila tengok derang dah kena, aku macam okey lah. Ada satu part tu, hantu tu tersentuh aku. Menjerit lah aku, tadi staff tu cakap tak boleh sentuh. Ngadu kat Dikdik, dia cakap, alaaa.. Dia tersentuh lettew. Gile ko ! Hakak ko nebes tau orang dok buat macam tu.

Part paling best masa dekat Voodoo Adventure. Macam tengok wayang 3D, memang kena splash dengan ayaq bagai, kerusi bergerak-gerak seumpama berada didalam roller coaster. Goggle diberikan sesiap. 

Lepas dah siap mandi sume, *ohoii.. lama jugak beratur* terus shoot ke Grafa. Dah siap makan, terus Dikdik nto aku ke KL Sentral. 

Dah sampai KLIA2 pun cerita sadis lagi tau. Aku almost nak kena tinggal flight. Gate dah tutup time tu even aku dah berlari seolah-olah Watson Nyambek. Selamat awek manis dekat gate bagi aku masuk jugak sebab tengokkan muka aku yang dah blushing sebab penat. 

Untuk yang nak ke Sunway Lagoon, nah info untuk korang sikit :

Latitude : 3.07199, Longitude : 101.60515
Operation hours : Open daily, 10am -6pm

Tickets are available online and walk in..




Remember :

1. Wear proper attire
2. No re-entry
3. No refund due to bad weather
4. Smoking allowed at designated area only
5. No outside food / beverage
6. Facilities / attractions may be closed without prior notice.

You Might Also Like

7 comments

  1. weeee bestnya Zaf..banyak aktiviti boleh buat yer.. ala steady la hantu tu nak ngorat la tu..heee..larikkkkkk!

    ReplyDelete
  2. 1st time pi sunway ni ms k.el sekolah dulu kut x igt
    mak abah bw pi sini...bygkanlah dah lama siot haha
    nak bawa anak2 tu xtaulah bila...tiket mahal jugak w/pun dah diskaun hihihi

    ReplyDelete
  3. x penh pi sunway ni, nak sgt pi tak x penah berjodoh ..hihihih bestnya mcm2 boleh buat

    ReplyDelete
  4. Sapa nak pi jom!!!!leh gang main semua menda ni...

    ReplyDelete
  5. Heee..xpernah p ke sini..teringin gak nak pi main2 semua ni

    ReplyDelete
  6. tak pernah datang tempat ni. tapi for sure segala menda mahal kt dlm tu hihihi

    ReplyDelete
  7. seumur hidup x penah jejak lagi wpn dulu keje kt subang jaya, hari2 lalu dpn sunway lagoon ni... insya allah ada rezeki kelak pasti smpi ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored