YOU NEED A HOLIDAY LAH - LONDON !

3:19 PM

Assalamualaikum. Holla ~

Bercuti ? Melancong ? Sapa tak suka kan ? Sapa yang tak mau kan ? Seumpama orang mengantuk yang disorongkan bantal lah. Nak2 kalau destinasi tu memang destinasi yang telah lama diidam-idamkan. Siap termimpi-mimpilah katakan.

Traveloka sedang  membuat promosi sehingga December 2016 dan ada jugak sehingga January 2017. Di Traveloka, hampa boleh pilih untuk flight dan tempat untuk berteduh sewaktu melancong jugak. Dah alang-alang #MyTravelokaEscapade nak bagi peluang untuk bercuti secara percuma, mulalah nak start berangan kan. Antara destinasi yang menjadi pilihan hatiku untuk melancong ialah London. Kenapa London ?


Umum mengetahui *bajet sangat* aku memang pencinta Sejarah, peminat bangunan lama2. Tak berkelip mata memandang kalau tengok bangunan lama ni. Dengan design dia, architecture dia. Impress! So, it reveals places in London that I would love to be.

Image result for tower of london

Tower of London

Mungkin architecture luaran dia tak secantik Buckingham Palace. Tapi, bagi aku, bangunan berseni ni, memang semuanya cantik dan takkan pernah jemu melihat. Kadang aku terfikir jugak, aku ni salah amek bidang engineering ka ? Sepatutnya aku amek bidang Sejarah kan. Haih ! Terdiri daripada 12 tower kesemuanya, mungkin membuatkan aku berada disini untuk setengah hari atau mungkin sehari. 

Err.. tetiba rasa macam berada didalam dunia Harry Poter... kikiki

Image result for tower bridge

Tower Bridge

Masa kecik-kecik dulu selalu disajikan dengan lagu kanak-kanak London Bridge is Falling Down, dan disebabkan tu aku memang berhajat sangat nak tengok London Bridge ni. Sifat ingin tahu zaman kanak-kanak tu lah yang membuatkan aku teringin nak tengok sendiri Tower Bridge of London ni. Kagum dengan design a bridge in a tower, kagum dengan the tower itself. Mohon jangan air liur menitik bagai hujan lebat kalau ada rezeki nak tengok London Bridge tu nanti. In sha allah

Tower Bridge ni jugak boleh terbukak sekiranya kapal ingin melaluinya. Kat Malaysia belum ada lagi jambatan seumpama ini.

Image result for westminster abbey

Westminster Abbey

Moh la ke bangunan seterusnya, Westminster Abbey. Walaupun ia adalah sebuah gereja, tapi aku tetap nak melangkahkan kaki ke sini. Gilanya tak ! Can’t get get my eyes off over the building. Terasa macam Gurukul dalam cerita Mohabbatein pulak. 

Image result for Buckingham Palace

Buckingham Palace

Satu lagi tempat yang memang ada dalam wishlist aku kalau ke London. Tengok lah architecture dia. Awat cantik sangat ni ? Sambil cuci mata, mana tahu boleh jumpa Queen Elizabeth. Wah ! Syoknyaa…. Kot jauh pun jadi lah.. 

Image result for London Eye

London Eye

Masa first time dengaq Eye On Malaysia, jejakkan base nya dekat KL, rasa teruja nak tau macam mana rupanya. Bila search, jumpa London Eye. Terus tangkap cintan. Cantik nye la hai, nak-nak kalau naik malam. Yang kat KL dulu tak pernah naik, bila dia pindah ke Melaka pulak, aku dah ada kat Melaka, tapi masa tu dah tak beroperasi. Nak naik jugakk !!! Nak naik London Eye,  #MyTravelokaEscapade bring me to London please.


Big Ben

Nama Big Ben sering digunakan untuk menggambarkan menara, masa dan loceng, tapi nama itu mula-mula diberikan kepada Great Bell. Menara Elizabeth, yang terletak di hujung Majlis Parlimen, telah siap pada tahun 1859 dan Jam Besar bermula pada 31 Mei dengan ngauman the Great Bell tu buat kali pertama pada 11 Julai dan loceng suku pertama pun berbunyi pada 7 September. Jam yang dipasang dalam tower tu adalah jam terbesar pada pertengahan abad ke 19.

Banyak sangat wishlist kalau aku ke London. Tak cukup nak susun semuanya dalam masa seminggu, hopefully #MyTravelokaEscapade boleh bagi aku bercuti lama sikit dekat London. Muhaha... Semuanya bermula dengan angan-angan kan.

Sumber gambar adalah dari Google Image.




You Might Also Like

16 comments

  1. semoga tercapai hasratmu adik :)

    ReplyDelete
  2. All the best zaf..semoga tercapai impian nak ke london..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maseh kak .. mana tau doa #travelblogger, impian Zaf tercapai

      Delete
  3. best nya kat london ni!! all the best :)

    ReplyDelete
  4. Stadium Emirates tak masuk list? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugilah dah sampai sana, tak singgah Emirates... even jauh... T_T

      Delete
  5. Bestnya kalau dapat gi london...
    All the best Zaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan.. in sha allah ~

      Thank you kak

      Delete
  6. Sy nak pergi London nt. Nak kirim ape2 ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kirim bayu udara London boleh ? tolongla.. heee

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored