HATYAI DAY 2.0

11:30 AM

Assalamualaikum. Holla ~


Sesi merejam enti Hatyai dari awal tahun 2016. Day 2 di Hatyai. Setelah kepenatan malam semalam, tidur dah tentulah lena. Bangun je, terus terasa kelaparan tahap maks.

Pagi ni pun masih dengan aktiviti sendiri. Breakfast pun sendirilah makna katanya. Tapi, dah dapat tips untuk breakfast pada pagi ni. Breakfast di pasar Hatyai, khabarnya disitu memang meriah dengan makanan dan kebanyakkannya adalah halal.

Untuk ke sini, kami bertiga serta Kak Zai anak beranak telah menaiki tuk-tuk. Kebetulan tuk-tuk tu memang berada di perkarangan hotel. Tuk-tuk tu sebenarnya ingin menuju untuk upacara keagamaan memandangkan pada masa itu CNY bakal menjelma.

Sampai disitu, agak mencari jugaklah dimanakah food court. Rupanya food court tu berada di bangunan sebelah. Dah nama pun pasar pagi, memang ramailah orang yang meniaga. Tapi, motif asal adalah untuk mengisi perut yang berkeroncong.

Selepas membuat survey, decided to park our bontot here. Kedai paling hujung sekali. Food court ni dibahagian atas sekali, bahagian bawah kebanyakkan kedai yang menjual pelabagi jenis barangan antaranya beg dan kasut.

Memandangkan kami sampai masih awal pagi, kebanyakkan kedai dibawah tu masik belum memulakan perniagaanya. Cuma ada beberapa je yang telah memulakan perniagaanya.

Yang seronoknya disini, pepagilah dah ada makanan goreng2. Kalau di Malaysia, makanan goreng2 hanyalah pada waktu malam. Selain itu, ada jugak nasi campur. Dan kebanyakkan lauk masih lagi dimasak.








Aku order nasi goreng kampung, Anis pulak order nasi goreng sotong, dan Dikdik order Pad Ka Prao. Nasi goreng kampung dia memang sedap, lauk pun banyak. Pad Ka Prao dia pulak, lagilah jangan cerita, memang terangkat habis. Begitu jugak dengan nasi goreng sotongnya. Teh ais lagilah jangan cerita, memang membuatkan aku terus rasa tangkap cintan.

Dari bahagian atas kedai, dapatlah melihat keadaan pasar yang agak sibuk. 







Usai makan, kami turun ke bawah untuk melihat apa yang boleh dibeli. Adalah target untuk membeli dua tiga barang. Aku ada beberapa kali terpandangkan bedak Babi Mild dan berhajat sangat untuk membuktikannya sendiri dengan mata ku. And yes ! Aku berjaya snap bedak Babi mild tu.




Kali ni, confirm aku percaya. Selama ni, aku ingat orang dok edit, or typo. Ternyata bedak babi mild memang wujud. 

Naik rambang mata sewaktu nak membeli. Harga barangan dia memang jauh berbeza dengan harga yang ditawarkan di Malaysia. Ikut hati, nak je borong semua, tapi apakan daya, aku belum mampu berkahwin dengan tokey kayu balak.

Usai sesi membeli di kedai dibawah food court tu, kami teruskan perjalanan. Sambil berjalan, sambil mencari port untuk menaiki tuk-tuk untuk pulang ke hotel.

Baru aku perasan dan tahu sebenarnya ada dua jenis tuk-tuk. Kecil dan besar. Yang kecil tu tuk-tuk yang kami naiki tu lah. Dan yang besar tu pulak, lebih tinggi dan lebih ramai orang yang boleh menaikinya.

Hajat hati nak merasa menaiki tuk-tuk yang besar tu pulak, tapi apabila menunjukkan alamat hotel, terus driver tuk-tuk yang besar menunjuk ke arah tuk-tuk yang kecil. Pahamlah kami yang kami harus menaiki tuk-tuk yang kecil tu untuk pulang ke hotel.

Sebelum naik bilik dan berkemas untuk perjalanan seterusnya, moh la bergambar depan hotel dulu. 











Hotel ni betul-betul berhadapan dengan sungai, sungai yang aku sendiri tak pasti namanya. Lobby agak cantik, tapi design dan perabot di dalam bilik agak lama. Bilik mula yang aku dan Dikdik dapat, 2 buah katil single, bilik ni agak bersih dan kemas dan terletak di level 2. Akan sebab yang tak dapat dielakkan, kami bertukar bilik di level 3, 1 katil queen. Bilik ni agak scary berbanding dengan bilik yang mula. Nasiblah tak dak perkara yang tidak diingini berlaku.

Cerita bakal bersambung untuk part akhir Hatyai. Walaupun cerita dah agak basi untuk tatapan pada tahun 2017, hoepfully sudilah singgah entri sebelumnya.


You Might Also Like

3 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored