MOVIE REVIEW .:. XXX: RETURN OF XANDER CAGE

9:31 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Antara movie pembukaan untuk tahun 2017. Aku rasa, sebelum ni aku ada tengok movie lain, tapi dah lupa pulak movie apa. Nanti aku review, kalau ingat naa.. 

Kali ni nak review, XXX, Return of Xander Cage. At first, memang tak plan langsung nak tengok cerita ni, main ambush ja. Tengok poster XXX, Return of Xander Cage. macam best ja, ada pulak Vin Diesel, terus rembat tiket.

Kebetulan, malam tu, ada 2 ja showtime, pukul 9 malam dan 12 tengah malam. Since pukul 9 malam, seat penuh, yang ada pun depan panggung and memang aku tak sanggup nak panggung pala mendongak langit, makanya aku amek jam 12 tengah malam.


Bayangkan menunggu dari jam 8 lebih sampai pukul 12 malam.. Haih ! Siap tido dalam keta, siap baca novel, Kief, itu pun jenuh menunggu.. Sabor je lah labu ~ Kalau kat rumah, sampai tak menang tangan sementara menunggu jam 12. Huh !

Jangan tanya aku kenapa Return of Xander Cage sebab aku memang tak tahu, and tak pernah tengok cerita ni sebelum ni (kalau ada).

Antara barisan pelakon, Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Kris Wu, Ruby Rose, Tony Jaa, Nina Dobrev, Toni Collette and Samuel L. Jackson.

Xxx return of xander cage film poster.jpeg
Google


Plot cerita bermula dengan menampilkan Neymar Jr. Seorang NSA Agent, Augustus Gibbons berhajat untuk melamar Neymar Jr untuk satu program, namun kedua-duanya mati kerana kemalangan satelit.

Image result for xxx return of the xander
Google

Maka, tertubuhlah satu kumpulan yang terdiri daripada 4 individu yang mempunyai kepakaran sendiri serta diketuai oleh Xiang. Mereka ditugaskan untuk mendapatkan Pandora Box yang mampu mengawal kemalangan satelit dari jauh.

Image result for xxx return of the xander
Google


Special Forces telah ditugaskan untuk membantu misi ni, namun kehadiran mereka tidak diterima atas alasan mereka berempat sudah mempunyai kepakaran masing-masing dan tidak memerlukan bantuan luar.

Serena, telah berjaya menemui Pandora Box itu dan telah memusnahkannya tanpa diketahui oleh ahli kumpulan yang lain. Pada masa yang sama, masih berlakunya kemalangan satelit. Dan Marke yakin Pandora Box yang dimusnahkan oleh Serena adalah sebuah prototype.

Berjayakah mereka berempat mendapatkan Pandora Box tersebut ? Mungkinkan kumpulan XXX dibubarkan ? Bagaimana nasib 4 individu tersebut ? Yang tu, kena saksikan lah cerita  XXX, Return of Xander Cage.

Untuk aku,  XXX, Return of Xander Cage ni ada pro and con dia.  XXX, Return of Xander Cage ada lawak dalam serius dia yang bagi aku, Donnie Yen dan Tony Jaa sangat tak sesuai bawak watak lawak ni. Mungkin telah sekian lama terhidang dengan watak serius dari Donnie Yen dan Tony Jaa, agak janggal nak menerima watak lawak dari mereka berdua.

Lakonan mereka agak kurang kerana impact dari itu. Raut wajah serius tetap "melekat" di muka mereka walaupun sedang berada di babak lucu.

Bab aksi jangan ceritalah, acceptable dan agak menarik bagi aku. Overall, aku terhibur dengan cerita ni dan suggest korang tengok. Mungkin persepsi kita berbeza, namun masih ada yang sama.

Selamat bercuti dan selamat beristirehat ~



You Might Also Like

7 comments

  1. haaa baru nk tgk harini.. mcm best

    ReplyDelete
  2. Neymar sejak jadi pelakon, main bola teruk. Pastu emosi. Ntah apa-apa. Hahaha

    ReplyDelete
  3. abg ben review tak best.. huhuhu.. bajet dan masa tak mengizinkan, kalau dak mesti dah pergi tgk..

    xXx yang pertama jadi cerita disebalik honeymoon Hairul dan Hanis Zalikha di Bora-Bora..

    ReplyDelete
  4. oo peminat abe vin diesel ye haha

    ReplyDelete
  5. sy x tau apa motif produser filem ni amik ramai pelakon2 dari asia... last2 yg hero tetap dr hollywood hehehe

    ReplyDelete
  6. List ot actor tu! Adeh! Vin diesel! Sgt teruja tgk lakonan dia tu!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored