TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM LAKSA UDANG IRYANI, PULAU PINANG

9:30 AM

Assalamualaikum. Holla ~


Entri makan lagi.. Muhehehe.. Kali  ni, dekat je, dekat Pengkalan Tambang.. Okeh ! Kalau tak tahu Pengkalan Tambang ni kat mana, meh nak cerita sikit. 

Kalau dari lebuh raya utara selatan, exit dekat Sungai Dua, exit no brapa, tak sure pulak.. Boleh Google sendiri... Lepas exit SUngai Dua, amek kanan dan anda akan melalui Char Kuey Teow Sungai Dua yang pemes amos tu. Straight je lagi sampai jumpa signboard Selera Sri Tambang Mee Udang. Haaa.. situ lah kawasan Pengkalan Tambang.


Apa yang best kat Pengkalan Tambang ni selain mee udang dia ? Tentulah Laksa Udang Iryani.... Perghhh ! Sekali makan, asyik teringat-ingat. Ini serius ! Bukan memain. 

Kali pertama makan Laksa Udang Iryani ni, Dikdik yang tapau kan. Lepas makan tu, terus rasa nak ke sana terus. 

So, ni version makan kat kedai lah pulak ! Jalan nak masuk ke Laksa Udang Iryani nim, agak jauh ke dalam kampung, Nanti, kalau dah masuk tu, jangan pulak rasa tersalah masuk ye. Memang akan memalui rumah-rumah orang, barulah sampai ke kedai Laksa Udang Iryani ni.

Jalan nak masuk ke Laksa Udang Irayni ni, nanti aku cerita kat bawah. Lagi teruja nak cerita pasal laksa dia.

Hari tu, usai amek Abah di Butterworth lepas jam 5 petang, terus ke sini. Bila sampai kat sini, dah pukul 5.++ , namun kedai Laksa Udang Iryani ni masih ramai dengan pengunjung. 

Setelah membuat pesanan, tak tunggu lama pun, makanan sampai. Walaupun orang ramai, tapi service di Laksa Udang Iryani ni, memang cepat. 

Hari tu, order 3 laksa biasa, teh tarik, lai ci kang dan ABC. Kenapa laksa biasa ? Kenapa tak laksa udang ? Sebab aku lagi suka laksa version pure. 

laksa sedap, laksa udang iryani, laksa kuah pekat, laksa sotong, kat mana jual laksa waktu petang,penang, nak makan apa kat penang,tempat makan best kat penang, ada apa kat penang,

laksa sedap, laksa udang iryani, laksa kuah pekat, laksa sotong, kat mana jual laksa waktu petang,penang, nak makan apa kat penang,tempat makan best kat penang, ada apa kat penang,

laksa sedap, laksa udang iryani, laksa kuah pekat, laksa sotong, kat mana jual laksa waktu petang,penang, nak makan apa kat penang,tempat makan best kat penang, ada apa kat penang,


Memangdangkan dah agak petang, kuah agak masin. Tapi, kalau dimakan dengan laksa, tak lah terasa sangat. Kuah memang pekat gilos macam kali pertama yang aku makan yang ditapau oleh Dikdik.

ABC pun sedap. Sebab terlampau sedap, order laksa lagi satu sebagai tambahan. Muhehe...

Makanan kat sini, tak mahal pun. Berikut adalah harganya dan waktu perniagaan untuk Laksa Udang Iryani...

laksa sedap, laksa udang iryani, laksa kuah pekat, laksa sotong, kat mana jual laksa waktu petang,penang, nak makan apa kat penang,tempat makan best kat penang, ada apa kat penang,


Harga laksa biasa, cuma RM2.50. Memang murah lah ! Mana nak dapat kat tempat lain kan ? Lai ci kang dan ABC pun berharga RM 2.50.

Lokasi Laksa Udang Iryani ni, macam yang aku cerita kat atas tadi. Lepas sahaja dari Selera Sri Tambang Mee Udang, anda dah boleh perlahankan kenderaan. Selepas dari selekoh kecil, di bahagaan kiri anda, ada satu lorong lagi dan dari tepi jalan tu anda boleh nampak kedai runcit. Masuk ikut situ. Anda boleh check signboard Laksa Udang Iryani kat simpang lorong tu, untuk memastikan kesasihan jalan yang bakal anda lalui.

So dari situ, terus je lah sampai anda jumpa kedai makan di bahagian kiri anda. Kedai Laksa Udang Iryani ni, terletak di antara rumah-rumah orang. Jadi, jangan lah laju sangat dah masuk kampung orang tu.

Untuk details lebih lanjut, boleh refer Facebook Laksa Udang Iryani seperti dibawah :


You Might Also Like

4 comments

  1. baca tajuk je dah garu hidung..sedih jadi orang alergik sini sana ni..haha

    ReplyDelete
  2. ni post kdua baca pasal laksa.. Allahu Ju bliur !

    ReplyDelete
  3. murah nyer !!!!!
    kat melaka ni tak jumpa lagi makanan laksa semurah tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored