MOVIE REVIEW .:. THE GREAT WALL

2:14 PM

Assalamualaikum. Holla ~

It's Friday, macam biasa, hari ni aku cuti sebab semalam aku tak cuti. Yang cuti semalam, tapi hari ni keje, jangan memalas ye. Hekhekhek

Okeh ! Back to the main story. I've shared before in the previous entry, movie that I've watched but Iforget the tittle. So here it is, The Great Wall.

Macam biasa, aku jarang plan nak tengok cerita apa, unless for movies that I really wanted to watch it, the rest, naaaa.... Since masa tu, banyak movie yang tak kena dengan jiwa, tengok poster The Great Wall, terus terpengaruh *sejenis manusia yang cepat terpengaruh*. 



Image result for the great wall


Masa dalam panggung, terus rasa amazed dengan cerita ni, dengan orang-orang dulu dek kerana teknologi derang. The Great Wall ni makan masa yang lama untuk siap, seingat aku 1000 tahun or more. Orang yang memula buat pun tak sempat tengok apa yang dia start. Dashyat kan...

Effect warna buat The Great Wall tu nampak lain dari realiti, tapi tetap tembok yang sama. Sampai hari ni dan saat aku menaip ni aku masih terbayangkan teknologi dia dan askar dia yang tak dak rasa sekelumit pun perasaan takut untuk melawan musuh.

Sinopsis cerita ni dari pandangan aku lebih kurang macam ni lah ye. 

Masa zaman Dinasti Song, sekumpulan orang yang bekerja untuk mendapatkan wang dan tugasan mereka kali ni ialah untuk mendapatkan serbuk hitam yang telah membunuh segelintir orang-orang mereka. Mereka berlindung di dalam gua tetapi kemudiannya diserang oleh raksasa yang tidak diketahui, meninggalkan hanya William (Matt Damon) dan Tovar (Pedro Pascal) hidup


The Great Wall (film).png

Mereka kemudiannya sampai ke kawasana jajahan Dinasti Song lalu telah ditangkap oleh tentera China yang diketuai oleh Ketua Shao (Zhang Hanyu) dan Strategi Wang (Andy Lau). Mereka mengesyaki dan William dan Tovar sebagai musuh mereka dan atas persetujuan mereka berdua bakal dibunuh esok harinya. Dan pada malam itu, muslihat untuk menyelamatkan diri mereka gagal.

Pada malam itulah mereka saksikan segalanya termasuklah apa yang mereka cari, black powder. Berlakunya pertempuran yang memaksa mereka juga turut sama membantu dalam usaha untuk menyelamatkan diri.

Image result for the great wall

Image result for the great wall

Pertempuran awal berjaya, tapi Pemerintah Dinasti Song yakin, musuh mereka bakal kembali dengan angka yang lebih besar. Atas sebab musabab itu mereka menggandakan usaha mereka untuk menggagalkan pihak lawan.

Apakah kesudahan The Great Wall ? Mampukah William dan Tovar menyelamatkan diri ?  Dapatkah mereka membawa pulang black powder ?

Bagi aku.. The Great Wall sangat impressive. Yes ! Aku suka jalan cerita dia, effect bunyi dan segala jenis effect. Paling aku kagum, teknologi yang digunakan, bukan sejenis teknologi yang canggih, tapi mampu untuk melawan musuh dengan sikap cintakan tanah air oleh pasukan tentera mereka tidak kira lelaki ataupun wanita.



You Might Also Like

5 comments

  1. terlps peluang nk tgk movie ni tempohari 😓

    ReplyDelete
  2. belum tengok lagi cerita ni. sinopsis awak ni macam menarik je cerita ni ya.

    ReplyDelete
  3. belom tengok lagi cerita ni.. macam syiok je citer ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored