APA YANG MENARIK DI MUZIUM NEGERI KEDAH SEKARANG ?

9:19 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Yang tengah baca ni orang Kedah ka ? Tau tak apa yang tengah berlangsung di Muzium Negeri Kedah sekarang ? Ehh ! Geleng pulak.. Rugi lah tak tahu dan tak mengambil kesempatan dengan persekitaran hampa.

Ni nak habaq ni, untuk orang utara khususnya orang Kedah dan perlis, Pameran Pendidikan Tamadun Islam mendahului zaman sedang berlangsung di Muzium Negeri Kedah sekarang ni. Pada hari Isnin lepas,27-Mac-2017 perasmian telah diadakan oleh MB Kedah, YAB Dato'Seri DiRaja Ahmad Bashah dengan gilang gemilangnya yang turut dimeriahkan dengan bekas penyayi dangdut, Iwan.

perasmian pameran artifak Rasullullah S.A.W

Pameran Artifak Rasulullah

Pameran Artifak Rasulullah

Apa yang menarik ?
Alhamdulillah. Diberikan kesempatan untuk menyaksikan sendiri artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya. Selalunya artifak-artifak seperti ini boleh dilihat apabila kita berada di Tanah Suci, namun pada kali ini ianya dibawa terbang jauh untuk tatapan kita yang masih belum mampu untuk kesana.

Ada perlbagai artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya yang berada disana, antaranya darah bekam Rasulallah saw, serban, janggut dan sebagainya. 

MZ pun tak mau letak gambaq bebanyak kat sini, supaya hampa sendiri kesana untuk menysikannya. Masa sedang melihat artifak tersebut, rasa sebak di dada, Ya Allah.. walaupun kekasihMu belum dapat kutemui, tapi antara barangan peribadinya dapat kulihat walaupun dari dalam dinding kaca.

Pameran Artifak Rasulullah

Pameran Artifak Rasulullah


Selain itu, pengunjung betuah jugak bakal menerima cenderamata.


Sekarang jugak tengah berlangsungnya promosi untuk acara memanah. RM2 untuk 3 batang anak panah. Dan, jikalau panahan anda tepat, anda bakal menerima tiket masuk ke pameran secara PERCUMA.





Bila ?
Pameran  artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya ni bakal berlangsung sehingga 19-April-2017, jadi hampa masih berkesempatan untuk kesana, untuk melihatnya sendiri. Pameran berlagsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Lokasi ?
Seperti yang diberitahu tadi, pameran  artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya ni berlangsung di Muzium Negeri Kedah, jangan risau pasal parkin, kerana Muzium Negeri Kedah mempunyai tapak parkir yang luas serta percuma. 

Kedah ialah negeri keempat selepas Melaka sebagai negeri yang terpilih untuk mengadakan pameran ini. Untungnya rakyat Kedah kerana artifak tersebut telah dibawa terbang jauh untuk berada di tanah Hijau Kuning.

Semoga dengan kehadiran kita di Pameran  artifak Rasulallah saw serta para sahabatnya tersebut dapat meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasulallah saw serta mendapat keberkatan dariNya.

Ni lokasi ke Muzium Negeri Kedah untuk membantu memudahkan perjalan hampa.




Bagi yang ingin berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini anda boleh membeli tiket secara atas talian (online) di www.tamadunislam.com

Harga tiket adalah seperti berikut

* Dewasa - RM 20.00 seorang
* Pelajar - RM 10.00 seorang
* Warga Emas - RM 10.00 seorang
* OKU - RM 10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas - RM 10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Website : http://www.tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : http://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : http://www.twitter.com/PameranArtifak


You Might Also Like

3 comments

  1. alhamdulilah berpeluang tgk artifak rasulullah dari dekat..

    ReplyDelete
  2. tak bertuah hari tu masa pi. padahal dekat2 dah nak sampai ke pengunjung 10k hari tu ihhihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored