BUDGET TRIP KRABI DAY 2 PART 2

9:45 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Meh la sambung cerita basi Krabi ini. Sebelum tirai melabuhkan dirinya, harapnya khatam lah cerita Krabi ni. Mohon mood rajin rapat ke hatiku. Kuikuikui.. 

Hari kedua disini ialah hari air. Kenapa hari air ? Sebab memang plan, untuk berada di kawasan lautan sahaja. Kenapa pilih untuk berada di air dahulu berbanding dengan kawasan daratan ? Sebab, selalunya, air ni lagi penat dari daratan, segala jenis kuak dok ada. Jadi untuk mengelakkan tertinggal pesawat, MZ suggest untuk hari air dahulu, baru hari darat. Gittew ~

Kalau aktiviti air, memang akan bermula di Ao Nang, jadi beruntunglah yang stay dekat Ao Nang tu, pakej murah sikit dari yang stay dekat Krabi. So, plan your stay and your activities. MZ memang nak stay Krabi sebab, takut susah bangun pagi, kena tinggal flight nanti, nayooo ~
Untuk aktiviti air pun, ada pelbagai pakej contohnya macam Phi Phi Island, 4 Islands dan Hong Island. Ini antara pakej yang ditawarkan oleh Barracudas Tour, tour pakej yang lain, MZ kurang pasti. Rerajinlah study ye. Tapi, kebanyakkannya yang MZ nampak, Barracudas Tour lah. Dri pakej tersebut, boleh jugak pilih samada untuk menaiki speed bot dan long boat.

Apa beza speed boat dan long boat ni ? Yang utama, dah tentulah harganya. Pakej speed bot adalah lebih mahal berbanding dengan pakej long boat. Ini bergantung kepada jenis pulau yang hendak dilawati jugak. Dan yang paling penting, harga boleh nego lagi. Nego lah sebaik mungkin yeee...

Selain itu, kapasiti jugak berbeza mengikut jenis bot. Ikutlah keselesaan hampa kan, suka yang ramai ka suka yang tak ramai ka. Hampa yang bayaq, ikut hampa laa...

Kuasa kuda bot jugak dah tentunya berbeza, speed bot akan mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan long boat. Jadi, hampa mempunyai lebih masa disesebuah pulau itu. 

Long boat menjadi pilihan MZ sebab, harganya dan MZ tak kisah pun tentang masa dan kapasiti orang didalam boat. Dah namanya pun nak bercuti dan relax, nak kemana lagi masa tu kalau bukan menghabiskan masa sepanjang berada disana. Pakej ini juga termasuk dengan makanan halal.

MZ lupa total harga untuk pakej air ni, seingat MZ untuk total pakej air dan darat, 1350 baht. Pakej darat, tunggu entri seterusnya ye.

MZ memilih pakej 4 Islands, saja nak rasa pengalaman air kat Ao Nang ni. 4 Islands terdiri daripada Pharanang Beach, Chicken Island, Poda & Tup Island. Tup Island tu bergantung kepada nasib jugak, kalau air tak pasang, bolehlah hampa jejakkan kaki kat pulau seberang sana. Kalau air pasang ka, hampa tengok je la dari jauh.

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,

Tup Island. Kat sini lah saksinya ipong ku menyelam bersama ku. Tamatlah riwayatnya... huuuu... Kes ini berlaku kerana kecuaian diri ku sendiri, kerana tak seal waterproof beg dengan kemas. Dah banyak hoi gambar dalam tu. Dah tak sempat nak back up ke iCloud. Ku menangis tak berlagu, sebaik Dikdik sudi pinjamkan phone dia, bolehlah jugak menghubungkan yang jauh supaya ianya dekat. :p

Sempat jugak ke pulau dengan melintasi air, sikit lagi air pasang lah tu. Memang air dok naik dah time tu.

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,

Poda Island. Kat sini lebih kepada sesi menggelapkan kulit. MZ dan beradik-beradik yang lain dk bawa pokok je sambil ditampar oleh angin sepoi-sepoi. Syokkkk ! Walaupun hati tengah sedih mengenangkan ipong yang dijemur di atas bot. Huuuuu

krabi, back packing, ao nang, emerald  pool, blue pool, cara mudah nak ke krabi, trip budget ke krabi, budget ke krabi, pakej snorkelling di krabi, ao nang, apa yang best di krabi, night market krabi,

Tamatlah journey untuk hari kedua. Lupa nak bagi tahu pulak. Kami lunch di Tup Island. Time lapar, memang semuanya sedap. Kami tiba didarat lebih kurang pukul 3, sementara menunngu tuktuk, sempatlah Dikdik shopping beg Anello sebijon. Masa tu, harga kat Malaysia, masih mencekik halkum. Dikdik beli dengan harga 600 baht selepas diskaun.

Balik bilik, rehat-rehat, mandi, solat, malam ke Krabi Night Market lagi. Cadangnya, nak ke Ao Nang Night Market pulak esok. Ye tak ye je, Jadi tak plan kami tu ? Tungguuuuu !!

Untuk reservation pakej dengan Barracudas Tour atau sebarang pertanyaan, bolehlah emailkan kepada reservation@barracudastourkrabi.com atau pun sila layari www.barracudastourkrabi.com.

You Might Also Like

4 comments

  1. cantik pemandangan di krabi tu..

    Jalan-jalan Sini,

    Website Tempah Kuih Semperit Enak.

    ReplyDelete
  2. samalah akak pun g 4 island hari tu.nyesal tak amik phi phi sebab ramai kata tu lagi cantik..next time lah kot

    R.I.P ipong..

    ReplyDelete
  3. ammvoii, x snorkel kat air yg jernih mcm kaca itu kahh., ;p

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah

Be my friend

Sponsored