KEKAL BERTENAGA DENGAN SUSU KURMA HOMEMADE

9:50 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Sepanjang bulan Ramadhan ni, mesti ramai yang memerah otak untuk memenuhkan meja dengan menu yang ringkas dan mudah. Ada kalanya, nak jugak menu yang canggih manggih kan. Kalau memang suri rumah sepenuh masa, makanya sempatlah nak buat juadah yang canggih manggih tu, tapi kalau working housewife, mestilah nak yang senang, janji perut suami kedepan. Upsss...

Cerita pasal menu berbuka, mesti dah banyak dekat carian Google kan ? Kali ni, MZ nak kongsikan pasal menu sahur MZ pulak. MZ ni jenis tak makan time sahur, tak dak hal punya. Tapi, kalau tak minum air kosong time sahur, hohemgeee.. Lembik mak noks !

Selalunya, tepi katil MZ memang ada sebotol air kosong, itulah sahur MZ. Dan disebabkan peningkatan usia, nak jugaklah MZ rasai menu ringkas dan cepat tapi bertenaga sepanjang bulan Ramadhan ni.


Memandangkan memang kurma significant dengan Ramadhan, makanya, banyaklah kurma kat rumah ni. Orang kat rumah ni, kureng sikit makan kurma, kecuali FL. Last year, sibuk buat air nabis kan, laju lah kurma tu jalan, tahun ni, tak buat pun. Tahun ni, MZ buat air lain pulak.

Air yang dimaksudkan itu ialah, susu kurma homemade. Ini bukan yang dibeli kat luar tu tau, ni MZ sendiri yang buat. Rasa dia memang lain dengan yang dibeli didalam botol, tapi memang sedap angat angat. Susu kurma ni lebih kurang macam smoothie lah.

Cara membuat dia ringkas sahaja, tapi in sha allah boleh membekalkan tenaga.

SMOOTHIE SUSU KURMA

susu kurma homemade, smoothie kurma, resepi menggunakan kurma, menu kurma, juadah kurma, susu pembekal tenaga, susu berkhasiat, menu berbuka puasa, menu sahur, resepi ringkas dan mudah, menu pembuka selera,


Bahan-bahan

20 biji kurma
250 ml susu penuh lemak 
(bergantung kepada citara, kalau nak guna susu tepung macam Anlene, Fernleaf, etc pun boleh, tapi kena bancuh lah dulu.. nak kelainan, gunalah susu strawberry ataupun chocolate)
Secubit garam (rahsia keenakan smoothie ini)

Cara-cara

1. Perisikan kurma (hati-hati dengan kurma sekarang ye. macam-macam ada didalamnya).
2. Tuang susu kedalam pengisar, dan kisarkan bersama kurma.
3. Kisar sehingga kurma betul-betul hancur, dan masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan.
4. Sedia diminum ketika sahur.


Memang sedap dan MZ memang suka dengan rasanya. Manis kurma, dicampur dengan lemak susu dan garam sebagai pembangkit selera. Nyum nyum nyum...


susu kurma homemade, smoothie kurma, resepi menggunakan kurma, menu kurma, juadah kurma, susu pembekal tenaga, susu berkhasiat, menu berbuka puasa, menu sahur, resepi ringkas dan mudah, menu pembuka selera,



You Might Also Like

2 comments

  1. haha..hati2 dengan kurma ye.lawaklah MZ ni.peningkatan usia mendanya

    ReplyDelete
  2. Mama sha pernah buat, tapi berketul2 macam tak boleh telan je. Kalau tapis memang sedap. Yummm

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored