MENU DIET ANDA - NUTRI BROWN RICE

8:58 PM

Assalamualaikum. Holla ~


Hari tu kan MZ ada share pasal menu diet baru. Haaa.. hari ni MZ nak cerita penuh pasal menu diet tu.. kalau yang dok blur-blur lagi tu meh tengok kat SINI.

Kalau sebelum ni Nutri Brown Rice famous dengan beras perangnya. Kini, Nutri Brown Rice telah melangkah setapak dengan menghasilkan minuman yang bermotifkan Your Whole Grain Need On-the-go...

Beras perang telah terkenal dengan mineral dan vitamin nya seperti Magnesium, Iron, Vitamin B1, Vitamin B3, Vitamin B6 dan Vitamin E. Selain itu, ia membekalkan protien serta bertindak sebagai diet fiber.


Minuman beras perang daripada Nutri Brown Rice mempunyai dua jenis siri perisa, iaitu tiada gula dan rendah gula.. antara perisa yang terkandung dalam tiada gula ialah,  original beras perang (tanpa gula) dan perisa madu. Setiap paket madu, dibungkus secara berasingan, maka bolehlah ditambah mengikut sukatan yang diperlukan. Menarik kan. Walaupun ditambah dengan madu, tapi, perisa ini masih dikategorikan sebagai rendah gula.

Madu baik untuk tidur yang lebih berkualiti, meningkatkan daya ingatan dan bertindak sebagai pembekal tenaga. Dan kebanyakkan penggemar perisa madu ni, ialah wanita.

Untuk siri perisa yang satu lagi, dah tentulah perisa rendah gula yang terdiri daripada perisa original, oat dan soya lesitin dan coklat. 

Haaa.. sapa yang suka coklat, wajib kena cuba perisa coklat ni sebab Nutri Brown Rice tidak menggunakan perisa/pewarna coklat, tetapi menggunakan beras perang. Ianya mengandungi besi dan kalsium untuk pembetukan tulang dan darah. sesuai jugak untuk kanak-kanak., bolehlah mencuba 

Bagi peggemar oat, bolehlah mencuba minuman yang berkotak hijau, akan ada rasa chewy yang sangat mengujakan. Atau anda boleh mecuba produk paling popular dari, Nutri Brown Rice iaiti perisa original yang berkotak merah.

Nutri Brown Rice, menu diet alaf baru, cara untuk kurus dengan pantas, menu mudah sarapan pagi, menu ringkas, sarapan mudah dan ringkas, cereal drink, whole grain, berang perang, brown rice, kebaikkan beras perang,

Nutri Brown Rice, menu diet alaf baru, cara untuk kurus dengan pantas, menu mudah sarapan pagi, menu ringkas, sarapan mudah dan ringkas, cereal drink, whole grain, berang perang, brown rice, kebaikkan beras perang,


Nutri Brown Rice dihasilkan dengan menggunakan teknologi Amerika, dimana tiada sebarang bahan tiruan digunakan, jadi ianya adalah produk asli dan bermutu tinggi.

Bagi MZ, penggemar coklat, mestilah MZ suka perisa coklat, dengan beras perang yang digunakan menyebabkan ia berbau wangi, tetapi sangat mengenyangkan. MZ selalu mengambil Nutri Brown Rice perisa coklat ni sebagai sarapan tika di pejabat. Walaupun kekangan masa, tapi, minuman daripada Nutri Brown Rice cepat disediakan dan mengenyangkan.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Nutri Brown Rice ni, bolehlah mengunjungi lawan FB Nutri Brown Rice Malaysia, atau Nutri Brown Rice Singapore atau terus ke laman sesawang Nutri Brown Rice di, www.NutriBrownRice.com.



You Might Also Like

3 comments

  1. best gak ni bawak travel, sebab mengenyangkan

    ReplyDelete
  2. Sedap kan yg coklat tu...
    Akak pun suka..
    Jdu milk booster akk

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored