REVIEW GOODDAY HONEY FLAVOURED MILK

10:46 AM

Assalamualaikum. Holla ~

Heboh. Bingit. Sesak. Viral.

Semua ada.... hari tu sibuk pasal susu Good Day. Laaa.. hampa tak tau ka ?? Kesian.. tak pa.. tak pa.. meh MZ nak kongiskan dengan hampa, lepas ni hampa bolehla kongsikan dengan orang lain pulak.

Good Day bebaru ni ada mengeluarkan produk baharu. Bukan 1, tapi 2 tau dak.. Produk baharunya ialah Honey Flavored Milk dan Green Tea. Ish... MZ pun terpengaruh bila terpandang dekat timeline, tu pun Onie yang post.

Disebabkan MZ memang sejenis manusia yang gigih, dan memang pada hari kejadian MZ nak keluar untuk proses yang lebih mengujakan, MZ singgahla kat Petronas. Tu pun sebab Sang Teruna nak ke ATM. MZ pun apa lagi, bagaikan orang mengantuk disorong bantal, terus la masuk ke dalam Mesra.

Cari punya cari dalam chiller dia, tadak lah pulak. Frust ! Nasiblah mulut ni ringan jugak, terus tanya dekat kaunter. Adik manis kat kaunter tu pun tunjuklah dekat atas rak berdekatan. Masa tu, rasa nak tampor diri lelaju. Kuang kuang kuang


Tapi, yang sadisnya, cuma ada perisa Honey Flavored Milk sahaja, Green Tea tiada. Nak memujuk hati yang duka lara, the positve side of me whispered. At least ada Honey Flavored Milk daripada tadak langsung, dapat jugak merasakan. And, me... agreed ! Sekotak berharga, RM1.80.

Beli 1 ja sebab Sang Teruna tak suka benda pelik-pelik, setakat nak rasa bolehlah. So, MZ pun dengan perasaan teruja teramat nak mencuba...


Honey Flavored Milk, good day, green tea, sedap tak susu baru, nak beli kat mana, mesra, petronas, 7eleven, harga, madu, kebaikkan madu, susu madu,


What say you after you tried this? Honestly, Honey Flavored Milk ni bukanlah taste tekak MZ. Rasa susu agak kuat walaupun dah dicampur dengan madu. Madu tu adalah jugak terasa, tapi, bagi MZ macam tak sesuai ja. MZ membayangkan madu menguasai semua rasa susu seperti perisa chocolate dan strawberry, but it looks that my expectation is so high.

So..... Honey Flavored Milk is not my type. Bolehlah kalau nak minum, tapi kalau nak membelinya, MZ rasa.. tidaklahhh... Tapi, tu lah MZ nak cakap, tekak hampa dengan tekak MZ bukan sama pun. Tekak MZ ala-ala comel gittew, tekak hampa MZ tak tau lah kan.. 

So, baik hampa try sendiri, sebelum membuat any judgement. Tapi, MZ nak pesan, kalau hampa jenis yang tak suka susu, tak minum susu, Honey Flavored Milk is not a good idea for you.


You Might Also Like

8 comments

  1. yui dua dua dh try.
    bolhla.

    antara green tea dan honey, leh terima lagi honey

    ReplyDelete
    Replies
    1. MZ tak berapa suka dedua.. tekak kata kureng umphhh

      Delete
  2. kena p beli gak ni... nampak sedap jer ni

    ReplyDelete
  3. uniknya madu tuu,boleh cari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. madu tu senang cari daripada green tea... make a try

      Delete
  4. cam x kena je..madu dengan susu.tapi x cuba x tau kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi2... try lah.. Yui suka yang madu ni

      Delete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored